Kehamilan

“Dah Check 3 Kali”, ‘Gender Reveal’ Salah, Rupanya Alieff Irfan Bakal Timang Kembar Boy & Girl!

Share

Youtuber terkenal, Alieff Irfan yang sebelum ini mengumumkan bakal mendapat anak kembar lelaki di majlis ‘gender reveal’ bayi mereka berkongsi kesilapan kepada jantina bayi di dalam kandungan isterinya.

Semuanya disebabkan kesilapan doktor semasa membuat imbasan bayi mereka. Namun paling menarik rupanya Alieff dan isterinya, Bella bakal menimang sepasang bayi kembar.

“Alhamdulillah ya Allah.

“Salah scan pun tapi kami tetap happy & bersyukur dengan segala rezeki Allah SWT.” ujar Bella dalam video yang dimuat naik olehnya di Tiktok.

Menerusi perkongsian itu, Alieff juga turut meminta maaf akan kesilapan itu dan turut mengumumkan bayi kembar lelaki dan perempuan yang bakal dilahirkan sedikit masa lagi.

Malah katanya lagi, biarpun tersilap, dia dan isteri amat bersyukur dan pastinya tidak sabar untuk menantikan bayi kembar mereka.

“Assalamulaikum semua, haritu Alieff ada buat satu majlis, iaitu birthday Bella dan reveal gender anak kami.

“Dan time tu kami mendapati anak kami adalah kembar lelaki seperti yang disahkan oleh doktor.

“Bila Bella buat check up dalam dua hingga tiga minggu lepas, barulah kami diberitahu kami rupanya bakal menimang kembar lelaki dan perempuan.

“Masa check tu, Dr pun minta maaf, Dr dah check tiga kali masa tu.

“Syukur dengan kuasa Allah. Apa pun kami sangat happy sebab dapat pasangan twin boy and girl” ujar Alieff.

Menerusi satu petikan akhbar, Alieff juga turut berkongsi keadaan isterinya yang kini sudah memasuki usia kandungan tujuh bulan itu berada dalam keadaan baik malah bersedia menantikan cahaya mata sulung mereka September nanti.

“Insyallah sekitar September depan nanti isteri akan bersalin anak sulung kami. Doakan yang baik-baik dan dipermudahkan semua urusan.

“Buat masa sekarang kami tidak membuat banyak persiapan, tetapi insyallah semuanya akan diselesaikan sedikit masa lagi,” jelasnya lagi yang begitu teruja menantikan cahaya mata sulung mereka.

Terdahulu, Alieff Irfan dan isterinya Bella menunggu hampir dua tahun untuk mempunyai anak. Berkat kesabaran Alief bersama isterinya, mereka akhirnya mengumumkan kehamilan bayi kembar mereka kepada umum.

Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM