Hati ibu mana tak sedih saat dapat tahu anak yang baru dilahirkan dan berusia tiga hari disuapkan biskut sehingga dadanya bengkak. Bagaimanapun, umur bayi ini masih panjang dan kini dah berusia 4 bulan serta membesar dengan sihat.
Bagaimanapun, perkongsian ibu ini di TikTok atas akaun Yusti Ridayanti mungkin boleh dijadikan pengajaran bersama agar tak berulang lagi pada orang lain.
Menurutnya, kejadian ini diluar jangkaan dan dia sangat terkejut selepas mendapati keadaan bayi yang ketika itu baru sahaja berusia tiga hari tidak seperti kebiasaannya.
Kongsi Yusti Ridayanti, gara-gara disuap kudapan biskut oleh ibu mentua, keadaan dada anaknya bengkak.
@yustiiimdv Balas @ikkayunita ♬ suara asli – Yustii Ridayantii
“Alhamdulillah, sekarang anak dah bertambah sihat. Bukan saya tak tahu. Saya dah cuba halang mentua tetapi saya dimarahi olehnya,” tulis ibu itu di ruangan kapsyen.
Diharapkan kisah ini boleh menjadi peringatan semua kerana setiap orang pendirian berbeza. Bila dah berlaku macam ni, akan buat lebih faham dan tak sewenang-wenangnya memberi bayi bawah 6 bulan makan.
Menurut Jururawat, Bel Nawhen, ibu yang pertama kali ada anak, kalau nak bagi bayi makan kena tunggu anak itu cukup 6 bulan ya! Kadangkala kekurangan info menyebabkan ramai ibu terutama yang baru pertama kali ada anak akan mudah mendengar cakap orang lain.
Bila boleh mula makanan pelengkap?
• Apabila bayi berusia 6 BULAN (waktu ini sistem penghadapan bayi sudah matang)
• Apabila bayi menunjukkan tanda bersedia untuk menerima makanan pelengkap seperti:
~ Boleh duduk tanpa sokongan atau sedikit sokongan dan boleh mengawal kepalanya.
~ Cepat lapar atau meminta susu lebih kerap selepas diberi susu.
~ Mampu mengawal lidah dengan baik.
~ Mula mengunyah atau menggerakkan mulut sepeti mengunyah.
~ Gemar memasukkan benda kedalam mulut.
~ Menunjukkan minat kepada makanan atau yang anda makan atau cuba merampas makanan dan membuka mulutnya.
Sumber: TikTok Yusti Ridayanti
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)