Mengajar anak toilet training bukan satu hal yang mudah. Bukan anak sahaja perlu bersedia, ibu dan ayah juga perlu bersedia saat menghadapi tempoh ini. Biarpun tempohnya tidak lama, seminggu hingga dua minggu sahaja namun ketika proses ini berlangsung kedua-duanya baik anak dan ibu bapa sendiri perlu bersedia mental dan fizikal.
Satu hal yang menjadi penyebab utama akan kegagalan anak adalah diri kita sendiri yang tidak memberi galakan sepenuhnya buat anak disamping rasa malas untuk sentiasa bersedia jika anak membuang air di lantai tanpa memberi isyarat lebih dulu.
Ini menjadikan ibu stress dan tertekan, apa lagi terpaksa menguruskan kesemuanya sekali. Jadinya, selain anak, ibu ayah juga menjadi orang yang cukup penting saat proses ini berlangsung.
Menurut Terapis Carakerja, Pn Mahfuzah Zainol, terdapat empat penyebab utama akan kegagalan toilet training ini. Ini anda perlu tahu dan perbaikinya sebaik mungkin agar dapat mendorong anak sukses.
Okay kita mulakan minggu ini dengan topik pengurusan diri termasuk toilet training. Toilet training adalah satu kemahiran yang amat penting. Ada tadika yang memberi syarat kemasukan supaya bebas diapers untuk diterima bersekolah pada usia 4 tahun.
Kebiasaannya kanak-kanak mula faham konsep ‘kencing’ di tandas pada usia sekitar 3-4 tahun. Jika ada lebih awal, wow, tabik spring!
Well done!
Jika umur 3-4 tahun ibu bapa boleh mula ajar kemahiran toilet training dah.. namun ada juga kes kemahiran ini tidak berjaya diajar.
Ada beberapa sebab proses latihan ke tandas tidak berjaya :
1. Tidak konsisten. (hanya lakukan di hujung minggu, sepatutnya setiap hari)
2. Terlupa mengingatkannya ke tandas setiap 1 atau 2 jam. Memang selalu la lupa.
3. Anak ini masih belum pandai londehkan dan pakai semula seluar sendiri. (Masih belum independent)
4. Semangat ibunya yang tidak kuat. (Hehe, ataupun cepat putus asa. Kemahiran ini, jika dilatih betul-betul, boleh dapat dalam masa 2-3 minggu, insha Allah)
So, yeah
Mari berusaha!
Sedikit perkongsian daripada saya sebagai ahli terapi carakerja dan juga seorang ibu dengan 3 anak kecil. Seorang dah lepas toilet train, seorang lagi baru off diapers siang hari. Lagi sorang masih bayi.
Jadi jangan patah semangat untuk terus melatih anak kita. Sukar di awalnya namun mudah dikemudian hari. Bila anak sudah terbiasa, perjalanan makin lancar. Ayuh!
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA 26 OGOS 2020 INI
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI