Sedar tak sedar, anak kedua pelakon Eyra Hazali kini sudah pun berusia sebulan selepas selamat dilahirkan pada 29 April yang lalu, iaitu beberapa hari sebelum kita beraya.
Melalui Instagramnya, sempena kelahiran sebulan anak keduanya yang diberikan nama, Muhammad Endra Haqimie itu, Eyra memuat naik gambar keluarga mereka bersama.
Malah melalui entri terbaru, Eyra turut sama memuat naik beberapa keping gambar majlis aqiqah yang berlangsung pada 21 Mei yang lalu.
“My Endra is one month old today.
“My Hayder & Endra 🤍,” kongsi Eyra di kapsyennya.
Ads
Pilih tema warna putih
Pada majlis majlis aqiqah yang berlangsung meriah pada 21 Mei lalu, Eyra sekeluarga tampil anggun dan cantik dengan pakaian serba putih.
Biarpun masih berpantang, namun Eyra kekal cantik jelita bersama dua anaknya, Hayder dan Endra.
Jom intai perkongsian majlis ringkas Eyra sekeluarga.
Ads
Eyra selamat melahirkan anak keduanya, Muhammad Endra Haqimie pada 29 April tepat jam 6.18 petang. Eyra turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya hingga detik melahirkan.
Terdahulu, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish dan kini bahagia menerima kelahiran anak kedua mereka, Muhammad Endra Haqimie.
Daun kesum antara daun-daunan herba yang paling cepat layu berbanding daun herba lain dalam masakan.
Bila disimpan di dalam peti ais, daun yang cukup popular dalam pembuatan Asam Pedas dan Laksa ini lebih tidak tahan lama.
Bagaimana hendak mengembalikan semula kesegarannya? Jangan terus dibuang sebaliknya ikuti tip ini seperti yang dikongsikan oleh satu akaun Tik Tok, @muaketom.
“Lemahhhh kan bila tengok sayur layu tak segar.”
Tak perlu membazir kita segarkan daun ini dengan mineral salt & aloe vera.
Nampak tak sayur ni mula-mula nampak layu kan.
Kita rendam je dulu dengan air sekali dengan Sunlight.
Wanita walaupun diciptakan untuk dilindungi, tapi jangan pula kita menyangka golongan wanita itu lemah. Terkadang golongan wanita lebih kuat bila hati mereka telah cekal dan tak akan goyang walau sebesar manapun ujian melanda.
Namun secekal manapun hati isteri, pasti dia akan diam kepenatan menguruskan segala hal dunia yang diamanahkan. Bebelanya tak lain tak bukan hanya ingin difahami, hanya ingin melepaskan penat yang terbuku. Begitulah wanita, sifatnya dicipta untuk disayangi.
Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai. Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai. Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.
Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai. Itu rambut isteri kita.
Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?
1. Tekanan.
Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.
2. Hormon yang tidak stabil.
Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.
3. Pengambilan Ubat-ubat yang tertentu.
Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.
4. Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.
Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.
5. Produk rambut
Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.
Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.
Kita nak semuanya baik kan?
InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.
Mereka mahkluk paling penat! Berilah sedikit masa untuk mereka rehat.
Penulis asal: Abu Hurairah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melalui perkongsiannya di laman FB, Pn. Adlil Rajiah mengatakan bahawa ibu bapa hanya mempunyai masa sehingga anak-anak 12 tahun untuk bersama dengan anak-anak sepenuhnya. Selepas tempoh itu, fokus anak-anak akan beralih kepada perkara lain.
Hakikat yang kita selalu lupa– anak2 “ada” dengan kita 12 tahun je.
Lepas 12 tahun, mereka mula lebih fokus kepada kawan2. Lepas tu dah sibuk menjaga hati pasangan dan rakan sekerja. Tak lama lepas tu, sibuk fokus keluarga dan anak2 mereka sendiri pula.
Semakin lama, ranking kita dalam hati mereka semakin rendah.
Sumber foto: Facebook Adlil Rajiah
Tak percaya? Tengok diri kita sendiri sebagai anak. Tengok kat mana keutamaan ibu bapa kita dalam urusan hidup kita hari ini. Macam mana “jarak” kita dengan ibu bapa kita bila kita semakin dewasa.
Of course, we never hate them. We still love them unconditionally. They’re still the king and the queen of our life. Of course.
Tapi secara hakikatnya kita tak lagi letakkan mereka nombor 1 dalam banyak perkara. Why? Circumstances. Life cycle. Work demands. Bla bla bla..
Sumber foto: Facebook Adlil Rajiah
Ini lah lumrah yang kita sedang lupa. Bila dah ada anak sendiri, kita lupa–
Mereka juga akan “tinggalkan” kita satu hari nanti.
12 tahun itu tak lama, tuan puan.
Sebelum keadaan memaksa anak2 untuk lebih mengutamakan kawan2, pasangan, keluarga, kerja, instead of kita ibu bapa mereka–
adakan kita dah sehabis baik memanfaatkan masa yang ada bersama mereka sekarang ni?
Kita cepat sangat marah anak, lempang anak, maki anak, rotan anak, abaikan anak–
sebab kita sangka mereka akan ada dengan kita sampai bila2.
Rupanya tak. In fact, mereka tak pernah pun jadi milik kita.
Walau macam mana besar pun peranan kita dalam membentuk anak2– mereka tetap tertakluk kepada percaturan dan perancangan Allah.
Soon– They’ll surely leave.
Sepanjang 12 tahun anak2 letakkan kita nombor 1 dalam hati mereka, adakah kita juga letakkan mereka nombor 1 dalam hati kita?
Satu hari nanti, bila anak2 dah dewasa, dah sibuk kejar cita2, dah kawen, kita akan bangun tidur tanpa mereka di sisi. Dan masa tu kita akan bertanya sendiri–
Have i played with them enough? Have I enjoyed the opportunity to be a part of their lives?
Itu sebab penting untuk kita bina jambatan yang kuat dengan anak pada 12 tahun pertama. Because research shows that anak2 yang rapat dengan ibu bapa sepanjang 12 tahun pertama akan sentiasa rapat dengan ibu bapa mereka sampai bila2– walau sejauh mana pun mereka terbang.
I always admire parents yang very close to their children walaupun dah besar panjang. Bila mereka berjumpa, macam best friends! ?
In fact, Rasulullah saw pun suruh ibu bapa layan anak seperti kawan baik bila anak mencecah 14 tahun kan.
I observe some senior parents that i know yang rapat dengan anak2, dan tanya apa yang diorang buat sampai jadi rapat sangat dengan anak2 walaupun dah dewasa. Most of them jawab–
“It’s in the routine. Good relationship tak dibina dalam sehari dua. Tapi dibina setiap hari since day 1.”
Even David Beckam & Victoria Beckam pun cakap benda yang sama bila ditanya tentang hubungan rapat diorang dengan anak2.
So let’s learn from these parents yang dah berjaya bina jambatan kukuh dengan anak2.
According to Dr Laura Makham, these are some routines we can do to build a closer relationship with our child:
1. Peluk anak for 5 minutes setiap pagi bila dia bangun tidur. 2. Ambik masa 2-3 minit setiap pagi untuk berbual dengan anak tentang apa plan dia hari ni. 3. Kurangkan menjerit dan marah2 di waktu pagi. Your temper will ruin your child’s emotion throughout the day. 4. Tulis nota cinta, contohnya “Mama love you so much, sayang.” dan selitkan dalam beg sekolah atau bekal anak. 5. Bila hantar anak ke sekolah, instead of reminding your child to be a good boy, beritahu dia: “Mama tak sabar nak jumpa Haikal petang ni. Have fun at school ok!” 6. Tinggalkan kerja di tempat kerja. Balik rumah dengan hati yang “penuh” untuk jumpa anak2. 7. Bila naik kereta dengan anak, tutup radio bila anak ingin berbual. Beri perhatian dan encourage them to talk. 8. Bila anak gaduh dengan kawan/adik beradik. Cari penyelesaian instead of cari siapa salah. 9. Bila anak tantrums atau mengamuk, PELUK dia. 10. Bila anak buat lawak, GELAK. Walaupun kadang2 tak paham atau tak lawak langsung ? 11. Spend alone time berdua dengan setiap anak, at least 15-20mins every other day. Buat aktiviti kegemaran anak, dan biar dia rasa kita sentiasa ADA. 12. Bila anak bercerita, LISTEN. Try to not mencelah, disagree atau nasihat sebelum dia habis bercerita. 13. Cium dahi anak sebelum tidur. Ambil masa 5 minit untuk peluk dia dan beritahu dia, “Mama bersyukur sangat Allah pinjamkan Haikal untuk mama.”
Haa ada banyak cara kan.
Nampak leceh kalau tak biasa buat. Tapi once dah jadi habit, banyak benda akan jadi lebih mudah dan hubungan dengan anak akan jadi lebih manis. InsyaAllah.
And hopefully dengan usaha keras kita sepanjang 12 tahun pertama ni, bila anak dah mencecah usia remaja, kita akan tetap relevan di hati mereka dan mereka masih sudi rujuk pada kita dalam apa jua hal.
Haikal sekarang dah 7 tahun. Saya ada 5 tahun je lagi sebelum dia mula letakkan kawan2, pasangan, kerja, keluarga on top of kami ibu bapanya.
Semoga sempat untuk saya gunakan waktu yang ada sebaiknya. Dan semoga Haikal tetap sudi peluk cium mama walaupun kau dah berbini nanti?
Betul juga, kerana semakin mereka membesar lebih banyak perkara baharu yang akan mereka pelajari. Lebih banyak pendedahan yang mereka akan dapat. Ikuti perkongsian ibu ini, sedikit sebanyak mungkin boleh memberi pengajaran kepada kita.
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.