Seramai 2,000 orang murid tahun 2 hingga 5 akan menerima barangan kelengkapan persekolahan iaitu satu set pakaian sekolah, stokin, kasut sekolah dan alat tulis. Selain daripada itu, pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) juga akan turut mendepositkan RM50 ke dalam akaun para murid yang menerima sumbangan bantuan persekolahan. 

Dah Dapat Kelengkapan Persekolahan Percuma, Dapat Pula RM50 Dalam Akaun BSN

BSN kembali meneruskan inisiatifnya untuk membantu murid-murid kurang berkemampuan dalam membuat persiapan persekolahan menjelang tahun baharu melalui program ‘Jom To School’ BSN (JTS BSN) untuk tahun ke-2. Program ini dijalankan di seluruh negara secara bergilir-gilir dan berakhir pada 22 November ini di Melaka.

JTS BSN sebelum ini berlangsung di Johor serta Negeri Sembilan dan diteruskan secara serentak pada hari ini di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Dah Dapat Kelengkapan Persekolahan Percuma, Dapat Pula RM50 Dalam Akaun BSN

Ads

“Alhamdulillah pihak kami dapat meneruskan lagi program JTS BSN untuk tahun ke-2 pada tahun ini. Pada tahun lepas pihak kami berkesempatan untuk membantu sebanyak 1,041 orang murid sahaja. Tahun ini kami tingkatkan jumlahnya kepada 2,000 orang agar lebih ramai murid yang kurang berkemampuan dapat memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan dengan selesa.”

Dah Dapat Kelengkapan Persekolahan Percuma, Dapat Pula RM50 Dalam Akaun BSN

“Kami sedia maklum bahawa persiapan persekolah ini menjadi kekangan terhadap sesetengah keluarga terutamanya yang kurang berkemampuan. Atas dasar itulah, BSN dengan kerjasama daripada pihak sekolah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat melalui ‘Jom To School’ BSN ini” menurut Puan Syanorida Bahari, Naib Pengerusi Kanan/Ketua Pengurusan Sumber Manusia BSN ketika ditemui di majlis penyerahan sumbangan di SK Wangsa Maju Zon R10 pagi tadi.

Ads

Dah Dapat Kelengkapan Persekolahan Percuma, Dapat Pula RM50 Dalam Akaun BSN

Tambahnya lagi, program ini juga adalah sebagai tanda penghargaan kepada sekolah-sekolah dan guru-guru yang setia menyokong kempen dan aktiviti promosi yang pihak BSN laksanakan selama ini. “Jika tiada sokongan daripada sekolah-sekolah dan guru-guru, mana mungkin kempen dan aktiviti yang dijalankan oleh BSN akan dapat dicapai.”

Ads

Puan Syanorida telah menyerahkan barangan kelengkapan persekolahan kepada 105 orang murid sekolah dari beberapa daerah di Negeri Selangor. Pemilihan kategori penerima sumbangan dibuat oleh guru-guru di sekolah yang terlibat.

Dah Dapat Kelengkapan Persekolahan Percuma, Dapat Pula RM50 Dalam Akaun BSN

Selain itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Maznah binti Abu Bakar turut turun padang memberikan sumbangan dan menjayakan program ini.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI