Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Darah seni yang mengalir dalam tubuh si comel Aafiyah sudah pastinya datangnya dari aura kehebatan luar biasa penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza.
Tidak hairanlah si comel Aafiyah kini sudah mula menunjukkan minatnya ke arah bidang yang sama. Seiring dengan perkembangan kanak-kanak seusia Aafiyah iaitu tiga hingga lima tahun yang sememangnya cukup gemar menyanyi dan menari, Aafiyah juga sudah mula menampakkan rentaknya.
Menerusi Insta Story penyanyi kesayangan ramai itu, Datuk Siti berkongsi dua gaya Aafiyah ketika sedang asyik menyanyi dan menari.
Bukan main ‘feeling’ lagi bila Aafiyah beraksi. Paling menarik, gelagat Aafiyah yang menyanyi dengan penuh perasaan dan tidak mahu diganggu ibunya.
“Suruh ibu buat kerja, jangan tengok dia menyanyi.
“Dah..dah datang feeling dia tu,” tulis Siti di Insta Storynya.
Bukan hanya menyanyi bahkan Aafiyah juga makin lincah menari. Apa lagi kala dibelikan gaun cantik Elsa oleh ibunya. Sampai dua hari Aafiyah menggayakan dress comel Elsa. Kanak-kanak mana yang tak teruja kan?
Menerusi Instagram yang dikongsikan semula oleh peminat, rata-rata peminat begitu terhibur melihat aksi comel Aafiyah. Malah mendoakan Aafiyah mewarisi bakat luar biasa ibunya kelak.
“Hollohhh…Aafiyah seronoknya dia dapat baju berjoget-joget.. haha”
“Amboi kemain lagi”
“Haha feeling buat konsert ke tu”
Menarik: Kakak Gelak Kemain Comel, Adik Afwa Dah Pandai Meniarap, Aafiyah Yang Teruja
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ctdk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rindu Nak Susukan Raid…” Hanya Demam, Ibu ‘Hilang’ Anak 4 Bulan, Otak Dijangkiti Kuman
Tanpa disangka si kecil pergi dulu, belum sempat membesarkannya seperti adik beradiknya yang lain. Hanya dengan simptom demam, tidak disangka-sangka ada kuman yang sedang menyerang otak si kecil.
Perkongsian ibu ini mengundang titisan air mata sesiapa yang membacanya. Bagaimana seorang ibu terpaksa berhadapan dengan berita yang mengejutkan apabila anak yang demam rupanya mengalami sesuatu yang lebih serius dan membahayakan.
Sedikit coretan tentang anak syurga kami
Pada 16 Februari 2019 jam 11.45 pg, lahirlah seorg putera yg diberi nama Muhammad Raid Huzair..selama tempoh mengandung mama langsung tak ada sebarang masalah dan alahan. Sehinggalah melahirkan..
Mama cuma sakit sekejap je. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mama untuk lahirkan Raid. Raid sangat senang dijaga selama tempoh berpantang, Raid langsung tak susahkan mama sbb Raid tahu mama berpantang sendiri..terima kasih sayang.
KAMU MURAH DENGAN SENYUMAN
Raid murah dgn senyuman,wlupon baru sebulan Raid dah pndai senyum2 bila di agah..masuk bulan kedua Raid dah pandai nak berborak. Rajin borak-borak dengan mama baba, abang long dan kak ngah.
RINDUNYA MAMA PADA AWAK SAYANG…
Rindunya mama pd awak sygbulan ke-3 bila masuk bulan puasa, Raid masih tak susahkan mama. Mama masih sempat masak untuk berbuka dan sahur dengan tenang sebab awak tak meragam. Mama bersyukur sebab ada abang long n kakngah yang bantu mama jaga Raid..
Mama excited nak sambut raya dengan Raid , mama cari baju melayu Raid sampai jumpa. Comel Raid bila pakai baju melayuMama baba belikn byk baju raya untuk Raid. Alhamdulillah semua baju-baju raya Raid sempat pakai.
Raya tahun ni mama baba tak berjalan sangat sebab mama baba tak dpt cuti lama. Tapi banyak kenangan bersama Raid sehinggalah Raid demam. Semuanya berlaku dengan begitu cepat..
20 JUN 2019
Mama dah start cuti sebab kononnya nak kemas-kemas rumah untuk kenduri aqiqah Raid pada 22/6. Tapi Raid tetiba demam. So paga khamis tu mama bawa Raid pergi klinik untuk ambil ubat.
Alhamdulillah suhu badan Raid tak adalah tinggi sangat, cuma 36-37° Celcius je. Walaupun demam Raid still boleh senyum dan menyusu mcm biasa. Tapi mama sentiasa monitor suhu badan Raid..
21 JUN 2019
Pagi jumaat tu Raid dah start tak nak menyusu. Mama ingat Raid tak nak nyusu sebab tekak sakit, tapi mama paksa juga Raid minum susu sebab makin lama Raid makin lemah sebab langsung tak menyusu..mama baba risau tgok keadaan Raid dan terus bawa Raid ke hospital.
Masa dekat hospital tu ambil masa lama juga utk jumpa doktor sebab ramai.Raid makin lemah dan sentiasa merengek. Sampailah doktor pggil n check Raid.Tapi doktor ckp Raid tak ada apa-apa.mama ckp dgn baba,keadaan Raid yg lemah cmni doktor still kata Raid ok???at least masuk la air ke tuk bg tenaga pd Raid..tp xmama baba xsedap hati,terus ke klinik lain pulak..smpai di klinik doktor terus bg surat untuk refer hospital sbb dia tgok Raid dah lemah kami terus bawa Raid ke hospital
Saat sampai di emergency..Raid terus dibawa ke zon merahAllahuakbar..anak mama dikerumun doktor-doktor..berlari2 doktor untuk slmtkn Raid. Masa tu mama dah nangis2 bila doktor kata Raid kritikal. Mama baba biarkan doktor buat ape pun tuk selamatkan Raid..tp keadaan Raid makin kritikal dan dimasukkan ke PICU.
Raid dah xsedarkan diri,tp mama pk Raid xsedar mybe sbb ubat..mlm tu sampai pukul 2 pg mama kat hspital. Tapi mama tak dibenarkan tunggu n jaga Raid. So mama baba balik rumah tak smpai hati mama nk tingggalkan Raid sorang-sorang,tp doktor suruh balik sbb PICU tak boleh tggu.
22 JUN 2019
Pada tarikh ni sbenarnya mama baba nak buat kenduri aqiqah Raid..disebabkan semuanya dah siap di tempah,jemputan pon dah dijemput..kami teruskan juga kenduri tu tanpa Raid di rumah.mama baba buat kenduri tuk raikan awak Raidtp awak tengah melawan sakit dihospital,Allahuakbar.
Pagi tu mama baba pergi melawat Raid dulu, sedihnya mama bila tgok awak masih belum sedar..penuh wayar kat bdn Raid.Raid bergntung sepnuhnya pada mesin.mama xdpt lama sbb kenduri start pukul 12..Alhamdulillah ramai yg dtg,rezeki awak Raid..kami buat solat hajat tuk mohon pd Allah supaya Raid diberi kesembuhan..mama sambut tetamu dgn linangan air matasbb terkenangkan Raid kat hspital..
Alhamdulillah selesai majlis,trm kasih pd semua yg membantu tuk lancarkan majlis aqiqah Raid..mama baba mmg xbuat ape2 sbb hati n fikiran kami hny terfikirkan Raid dkt hospital..mujur ada adik beradik saudara mara yg byk mmbantu..semoga Tuhan membalas kebaikan kalian semua slps selesai saje knduri mama baba terus ke hspital jenguk Raid dgn harapan Raid dah sedar..luluh hati mama bila tgok Raid masih belum sedar..mama baba terus berdoa agar Allah angkat segala kesakitan yg ditggung Raid dan diberi kesembuhan.
23 JUN 2019
Pagi-pagi lg mama baba dah ke hspital tuk lawat Raid.doktor bgtau hasil dr ct scan xde menunjukkan sbrg ptunjuk tuk doktor diagnost ape punca Raid jd mcm tu..tp doktor ada ambil darah dan hasil dr keputusan ada kuman dlm darah.dktor nak buat ujian MRI sbb takut kuman dah smpai ke otak..kesiannya awak Raid.tp MRI xdpt buat pd haritu sbb xde slot kosong..Raid still xsedar,dan makin lama makin xde respon dr Raid..
24 JUN 2019
doktor ambil keputusan tuk buat sekali lg ct scan..tp kali ni ct brains tuk tgok keadaan otak Raid.hasil dr ct brains mmg tunjukkan otak Raid dah mbgkak.tp doktor still nk teruskan MRI tuk dptkan keputusan yg lg tepat..hari ke-5 awak xsedarkan diri,tp mama tgok muka awak tenang je,mcm org tidur..bukan mcm org sakit..hari2 mama berdoa agar ade keajaiban tuk Raid.
Mama rindu nk tgok Raid senyummama rindu nk susukan Raid..hari2 mama pam susu utk bg dekat awakAlhamdulillah byk susu mama.bila doktor bgtau awak dah boleh minum susu mama ,mama gembira sgt wlupon awak hny boleh minum mggunakan tiub.sbb awak masih xsedar.
25 JUN 2019
Ujian MRI dijalankan..tp utk buat MRI risikonya tggi sbb Raid bergntung penuh dgn mesin.doktor bgtau risiko utk proses transportation sbb bilik MRI jauh dr PICU..kemungkinan utk wayar2 tercabut boleh berlaku dan akan menyebabkan Raid collapses..tp demi utk kebaikan dan kesembuhan Raid mama baba terpaksa akur dan benarkan awak buat ujian MRI.Alhamdulillah,proses MRI dipermudahkan..
tp result nya xboleh dpt pd hari yg sama.mama berharap xde ape yg serius..setiap kali waktu melawat mama sentiasa disisi Raid..borak2 dgn Raid,sbb mama tahu Raid dgr ape yg mama ckp knkadang2 air mata Raid meleleh..mama tahu Raid kuat tuk lawan sakit,mama tahu Raid nk buka mata n borak2 dgn mama baba..tp Raid xmampu..mama xkuat syg tgok keadaan Raid.
26 JUN 2019
Pg2 doktor call suruh mama baba dtg hospital sbb doktor nk terang kan pasal result MRI.berdebar2 mama baba nk dgr penerangan doktor..doktor bgtau result MRI tunjukkan yg kuman mmg dah smpai ke otak dan otak Raid dah membgkak..doktor bgtau,Raid dah xmampu tuk lawan sakit..tuan puan kena redha yg Raid boleh pergi bila2 masa sahajaberjurai2 air mata mama syg.takut akan kehilangan kamu..tp mama xputus asa,mama terus n terus berdoa agar ada keajaiban tuk Raid.
27 JUN 2019
pg ni bila mama baba lawat Raid ,mama sedih lihat Raid sbb sblm ni Raid mcm org yg tengah tidur..xnmpk muka sakit..tp harini mama tgok muka dan badan Raid dah mula membgkak sbb badan Raid dah xmmpu nak hadam segala ubat yg diberi..Allahuakbar,kesiannya awak syg.mama tahu awak kuat tuk lawan sakit tp awak xmampu..pd harini mama di beri peluang utk bg susu pd Raid gunakan tiub,mama bersihkan bila Raid popo..dan mama dpt mandikan Raid..hilang rindu nk mandikan Raid..
Terima kasih pd nurse yg baik hati bg peluang pd mama tuk buat semua tu..hari2 mama bacakan yasin disisi Raid dan berdoa Raid diberi kesembuhan..mama borak2 dgn Raid..tak sggup mama tengok Raid mcm tu..mungkin ini ujian dr Allah utk mama baba di atas segala dosa2 kami..kami redha ya Allah..
mama bisik pada Raid..Raid syg,klu Raid xmampu nk lawan sakit xpela,mama redha.mama halalkan semua susu mama pada Raidberehat la syg..mama xsggup lihat awak sakit mcm ni..meleleh air mata Raid,mgkin Raid dgr ape yg mama ckp kan..
28 JUN 2019
pd pukul 5.30 pg hospital call suruh mama baba dtg hspital sbb keadaan Raid dah kritikal dan makin lemah..menggigil badan bila dpt pggilan dr hspitalkami terus ke hspital..smpai hspital kami bacakan yasin tuk Raid..borak dgn Raid..sekali lg mama bisik pd Raid,berehat la syg..mama halalkan semua susu mama tuk Raid..tepat jam 7.24pg jumaat yg mulia doktor sahkan Raid dah pergi utk selamanya..Allahuakbar,betapa sedihnya mama waktu tu syg..
Alhamdulillah Tuhan permudahkan sgt setiap urusan Raid pg tu.mama baba dpt mandikan jenazah Raid masa kat hospital..wanginya anak mama..putih berseri Raid masa tu..bersinar2 muka comel Raid..setelah selesai mandikan Raid kami bw Raid balik rumah sblm dikebumikan.
abglong dan kakngah terkejut bila mama bawa blik Raid dlm keadaan cmtu..sbb mama janji dgn diaorg mama akan bw balik Raid.mama tunaikan janji mama pd abglong ngn kakngah,tp mama minta maaf syg,mama xbw adik dalam keadaan yang sihat,tp dlm keadaan yg terbujur kaku.
Ramai yg dtg ziarah Raid..ramai yg syg Raid..sblm Raid dibawa ke masjid,sekali lg mama mencium Raid buat kali terakhir.sebak,sedih hny Tuhan yg tahu perasaan mama waktu tu..Ramai sgt yg smbhygkan Raid dekat masjid,rezeki anak syurga mama.
Mama baba mmg sengaja xnk bw Raid ke kampung utk dikebumikan..mama baba nk Raid dekat dgn kami,oleh sbb tu kami kebumikan Raid dekat tnah perkuburan bersebelahan dgn taman rumah kami.supaya sng kami nk ziarah Raid..Alhamdulillah semua urusan utk Raid amat2 dipermudahkan..
Mama baba redha atas pemergian awak Raid.mama yakin awak bahagia disana.bermainlah kamu di Syurga sana wahai anakkutggu mama dan baba ye syg..
Terima kasih Allah kerana bg kami peluang utk mengukir kenangan2 indah bersama anak syurgaku selama 4 bulan 12 hari..
Al-Fatihah untuk anak syurga mama Muhammad Raid Huzair bin Mohd Iqbal
#genapsebulanRaidpergi
Sumber: Norfazilah Manap
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Nak Beli Susu Formula Untuk Anak, Ambil Kira 7 Faktor Penting Ini!
Ada macam-macam jenis susu formula di pasaran sampai ibu ayah keliru mana satu yang patut dibeli untuk anak. Sebenarnya ada banyak faktor penting yang perlu diambil kira sebelum memilih susu formula untuk anak anda.
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kementerian Kesihatan Malaysia mengalakkan agar pemberian susu ibu diberikan secara eksklusif kepada bayi dari lahir sehingga berusia enam bulan. Kemudian diteruskan sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pejal pula mesti diperkenalkan apabila bayi mencapai umur enam bulan.
Biasanya ramai ibu mula mencari susu formula untuk anak mereka apabila si manja mula mencecah usia setahun terutama apabila mereka sudah bercerai susu ibu. Ramai ibu akan keliru dan tak tahu mana satu susu formula yang sesuai untuk anak mereka.
“Aduh banyaknya jenama susu formula kat pasaraya ni. Mana satu yang sesuai untuk anak aku? Promoter susu ini pulak tak habis-habis cakap susu dia yang paling terbaik.”
Sebelum anda tersilap membuat pilihan susu formula untuk anak, ada baiknya semak dahulu beberapa kriteria yang perlu diberi perhatian sebelum membeli.
1. Kenali jenis-jenis susu formula
Susu formula memang ada banyak jenama tetapi ada empat jenis susu formula di pasaran iaitu susu formula berasaskan susu lembu, susu formula protein dihidrolisis, susu formula berasaskan soya dan susu kambing.
Susu formula berasaskan susu lembu
Biasanya jika anak anda tiada sebarang masalah alahan maka susu formula ini boleh menjadi pilihan. Susu lembu tidak disyorkan sebagai minuman bagi bayi di bawah umur setahun kerana kandungan zat besi dan vitamin C yang rendah.
Susu formula dihidrolisis
Ia direka khas untuk bayi yang mempunyai masalah alahan atau intoleransi terhadap susu lembu. Bayi yang alah terhadap susu lembu, protein dalam susu akan menyebabkan reaksi alahan. Dia akan sukar menghadam laktosa atau gula yang terkandung dalam susu lembu. Susu ini berasaskan susu lembu tetapi protein dalam susu telah dihidrolisis menjadikan ia bebas laktosa dan bayi yang ada intoleransi terhadap susu lembu boleh menghadamnya dengan mudah.
Susu formula berasaskan soya
Sementera susu berasaskan soya diperbuat daripada kacang soya. Ia diubah suai dengan penambahan vitamin, mineral dan nutrien untuk menjadikannya sesuai sebagai susu formula. Susu formula jenis ini hanya boleh diberi kepada bayi selepas mendapat nasihat daripada doktor yang memeriksa anak tersebut. Susu formula soya tidak digalakkan diberi kepada bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu kerana biasanya mereka juga akan alah terhadap soya. Susu formula soya juga berisiko merosakkan gigi bayi dalam jangka masa panjang kerana ia mengandungi sirap glukosa.
Susu formula berasaskan susu kambing
Kini lebih banyak pengeluar susu telah mengkomerisialkan susu kambing kerana khasiatnya yang dipercayai lebih baik untuk tumbesaran anak.
2. Kenali khasiat tambahan dalam susu formula
Jika anda membaca label pada tin susu formula tentu anda akan terbaca beberapa khasiat tambahan yang ada dalam kandungan susu iaitu DHA, ARA, prebiotik dan probiotik. Tetapi anda sendiri tak tahu apa fungsi khasiat tersebut kepada si kecil.
Asid lemak omega 3 (DHA dan ARA)
Nutrien asid lemak omega 3 (Docosahaexaenoic Acid – DHA dan Arachidonic Acid – ARA) dikatakan penting untuk perkembangan kognitif memberangsangkan pada bayi dan penglihatan yang baik. Bayi menyerap nutrien ini sama ada melalui plasenta atau susu ibu (sebab itu susu ibu makanan terbaik untuk bayi!) mengumpulkan zat-zat ini dalam mata dan otak mereka dalam trimester ketiga (dalam kandungan ibu) dan semasa dua tahun pertama hidup mereka. Tetapi ibu jangan pula terpengaruh dengan label susu formula yang mendakwa kandungan DHA dan ARA mereka lebih tinggi adalah yang terbaik. Menurut pakar pemakanan, kandungan lebih banyak nutrien tersebut dalam susu formula tidak bererti ia adalah susu yang terbaik. Biasanya susu formula yang mempunyai kandungan DHA dan ARA lebih tinggi akan lebih mahal harganya. Sebaiknya berikan anak anda menu harian yang kaya dengan khasiat DHA dan AA secara semula jadi seperti ikan dan makanan laut lain bagi meningkatkan pengambilan nutrien tersebut. Jadi, jumlah DHA dan AA dalam susu formula tak perlu dirisaukan sangat.
Prebiotik dan probiotik
Nutrien ini penting untuk menghasilkan persekitaran usus yang sihat serta membantu mengurangkan jangkitan dan risiko alahan. Probiotik adalah bakteria baik yang membantu penghadaman dalam usus. Prebiotik pula menyediakan keadaan yang sihat untuk pertumbuhan bakteria tersebut.
3. Pilih ikut peringkat usia
Anda tidak boleh memberi susu formula bayi usia setahun kepada bayi yang baru berusia enam bulan. Walaupun ia susu tetapi kandungannya tidak sesuai untuk usia mereka. Pastikan anda beli susu formula mengikut peringkat usia anak anda. Susu formula untuk bayi enam bulan berbeza komposisi vitamin dan mineralnya berbanding susu formula untuk bayi usia setahun. Ini kerana sistem penghadaman bayi masih belum sempurna untuknya menghadam susu formula yang dirumus untuk kanak-kanak usia setahun ke atas. Jangan abaikan label kategori usia bayi ketika membeli susu formula anak. Jangan kerana nak cari susu yang murah anda abaikan hal itu.
4. Cuba sampel dulu
Kadangkala kita tidak tahu mungkin anak akan suka atau tidak susu formula tersebut dan paling penting adakah dia berisiko mengalami sebarang alahan atau masalah seperti kembung perut, sembelit, ruam jika minum sesuatu produk susu formula. Oleh itu elakkan daripada terus membeli susu formula bersaiz besar untuk si manja. Sebaiknya dapatkan sampel susu tersebut untuk dicuba oleh anak atau jika tiada sampel, belilah dalam saiz yang kecil. Dengan cara ini, anda dapat membuat pilihan tanpa perlu membazir.
5. Jangan ikut orang
Ada ibu bapa yang mungkin terikut-ikut atau terpengaruh dengan kawan-kawan yang mengesyorkan beli susu jenama tertentu untuk anak. Perlu diingatkan yang setiap bayi mempunyai tahap penerimaan yang berbeza antara satu sama lain. Tak semestinya jika susu A itu sesuai untuk anak orang lain maka ia juga bagus untuk anak anda. Sebaiknya tanyalah kepada doktor kanak-kanak yang memeriksa kesihatan anak anda.
6. Sesuaikan dengan bajet anda
Jangan mudah terpengaruh dengan harga susu formula yang mahal. Ini kerana harga yang malah bukan penentu ia adalah yang terbaik. Kadangkala jenama yang terkenal dan mahal itu kelihatan hebat kerana faktor pengiklanan dan pemasarannya. Paling penting sekali pilih jenama susu yang sesuai dengan bajet kewangan anda kerana si kecil bukan minum susu sekotak sahaja sebulan.
7. Kandungan gula tambahan
Kebiasaannya si kecil cenderung untuk kuat minum susu dan ini meningkatkan risiko kemungkinan dia boleh mengalami penambahan berat badan secara mendadak jika minum susu secara berlebihan dalam sehari. Ini kerana dalam susu formula terdapat pelbagai kandungan gula tambahan yang sangat tinggi. Sekiranya berat badan bayi anda naik mendadak selepas minum sesuatu jenama susu formula maka anda perlu menimbang semula sama ada untuk meneruskan atau menukar jenama lain.
Untuk pengetahuan para ibu bapa, sebenarnya jika anak sudah berusia setahun ke atas, mereka tak perlu bergantung kepada susu formula lagi. Sebaiknya mereka perlu mendapatkan nutrien dan zat makanan dari sumber semula jadi melalui menu makanan seimbang setiap hari. Contohnya dapatkan sumber kalsium dari yogurt, keju dan lain-lain. Jika anak nak minum susu berikan sahaja susu segar yang lebih mudah diberi dalam cawan.
Sumber info: babycenter.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak 2 Tahun Suka Menjerit, Marah Sebenarnya Ikut Perangai Seseorang! Periksa & Selesaikan Segera
Bagi anak 2 tahun, semua orang macam sama sahaja padanya. Jadi dia akan juga marah nenek dan atuk dia. Jerit pada mereka dan sebagainya. Ikuti perkongsian Ibu ini.
Bila anak buat begitu kepada atuk dan nenek, tiada masalah untuk anda membetulkan dia di depan atuk dan nenek mereka.
Contoh kata-kata yang boleh jadi menyelesaikan 2 masalah dalam satu masa ialah;
“Oh, mama tahu sayang suka menjerit-jerit sebab sayang belum faham. Sayang, menjerit pada orang lain tu tak elok. Sebab sayang masih kecil lagi, mama tak cubit mulut sayang. Tapi bila dah besar, buat macam ni, mama akan cubit mulut dan hukum. Sekarang say ‘nenek’, say ‘atuk’ say ‘love you’”
Kemudian ambil tangan dia dan usap.
Dan usap kepala dia dan kata :
“You are a good boy…sikit lagi, bila dah mula faham, abang akan berhenti menjerit-jerit pada orang begini. Terutama pada nenek dan atuk. Sebab you are a good boy and you love nenek and atuk. And mama loves you…sekarang minta maaf dengan nenek dan atuk. Tak elok kita jerit-jerit pada orang ya. Minta maaf dan cium tangan nenek dan atuk.”
Bila anak itu ulang untuk kali KEDUA, maka beri amaran yang lebih TEGAS.
Keraskan lagi suara. Guna jari untuk say, “NO”
Dan nyatakan perkara itu tak elok. Suruh minta maaf and say Yes, Yes, Yes! bila dia minta maaf.
Bila dia nak buat lagi sekali :
Cepat-cepat tutup mulut dia dan bawa dia ke tempat lain dan kali ini perlu lebih keras untuk saya No, No and No! dan bila dia dah mula tunjukkan boleh control behavior dia, katakan Yes, yes, yes dan katakan bagus dia pandai tak jerit pada orang.
Semasa membetulkan perbuatan anak itu, fikirkan juga mengapa dia suka menjerit. Adakah dia mengikut seseorang atau bagaimana? Dan selesaikan yang itu juga.
Bila nenek dan atuk dengar, mereka tahulah yang sayang sebenarnya sedang mengajar anak sayang berakhlak mulia. Dan secara tidak langsung nenek dan atuk yang dah lupa budak usia 2 tahun memang begitu akan teringat balik anak-anak dia masa usia begitu pun seperti itu.
Jadi mak dan ayah ni perlu pandai
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI