Pelakon Farah Nabilah yang baru sahaja selesai menjalani tempoh berpantang berkongsi wajah putera sulungnya dalam beberapa gambar yang dimuat naik semalam di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Farah memuat naik gambar-gambar sekitar majlis cukur jambul Andre Omar yang berlangsung pada Sabtu di kediaman mereka. dihadiri oleh keluarga terdekat, majlis tersebut meraikan Andre yang dilahirkan pada 22 Oktober yang lalu
Lengkap mengenakan persalinan putih, Farah berkongsi momen indah sepanjang majlis berlangsung sekaligus mendedahkan wajah anaknya buat pertama kali kepada umum.
“Assalamualaikum everyone! Today me, mommy and daddy dah habis pantang! & today is my cukur jambul day,” tulisnya.
Berkongsi kegembiraan ini, ruangan komen dihujani dengan komen dari wargamaya. Rata-ratanya turut memanjatkan rasa syukur dan teruja melihat wajah comel Andre.
Terdahulu, Farah mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang merupakan seorang juruterbang, Mohamed Amirul Yunus pada Disember tahun lalu selepas dua bula mengikat tali pertunangan.
Comel Andre Omar, moga membesar jadi anak yang soleh untuk mommy dan daddy!
Sumber: IG Farah Nabilah
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
Baca: “My Precious Andre Omar Bin Mohamed Amirul,” Farah Nabilah Kongsi Nama Putera Sulung. Sedapnya Nama!
Baca: “Kalau Boleh Saya Nak Melahirkan Anak Secara Normal”. Farah Nabilah Tak Mahu Tahu Jantina Anak!
Baca: Farah Nabilah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Bakal Kongsi Nama & Wajah Anak Bila Tiba Masa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)