Biarpun sudah bergelar ibu, pelakon Datin Elvina Mohamad amat menitik beratkan soal penjagaan dan penampilan diri.
Kata Elvina, walaupun sering sibuk menguruskan anak lelakiya, Karl Mateen pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf itu enggan kelihatan selekeh.
“Kalau di rumah memang saya macam orang gaji, tak terurus, saya bukan Elvina pelakon itu.
“Sebagai seorang ibu saya mahu menguruskan semua keperluan anak saya sebab kurang percaya jika tugas itu diserahkan kepada penjaga.
“Namun apabila keluar rumah saya perlu kemaskan diri, tak mahulah orang cakap saya selekeh. Kadang-kadang perlu ada ‘me time’ untuk diri sendiri.
“Sebagai mak-mak saya perlu bersiap juga, baru tak timbul isu lain,” katanya kepada Gempak.
Jelasnya, prinsip itu bukan disebabkan kontroversi lampau tetapi kemahuannya sendiri untuk kelihatan menawan sentiasa.
“Setiap lelaki nak benda cantik, sudah tentulah suami kita pun nak kita nampak cantik sentiasa. Jadi, jangan pandang rendah soal penjagaan diri.
“Saya bersiap bukan kerana kisah itu. Bagi saya setiap orang berbuat kesilapan dan saya sudah memaafkan serta melupakan isu tersebut,” tambahnya.
Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 24, mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Karl Mateen pada Disember tahun lalu.
Sebelum ini rumah tangga pasangan itu terpalit kontroversi apabila wujud dakwaan ada pihak ketiga namun perkara itu diselesaikan dengan baik.
Sumber: Astro Gempak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bersalin Dah Lebih 2 Tahun, Ibu Ini Kongsi Tiba-Tiba Keluar Air Bisa & Nanah Di Tempat Czer
Setiap ibu pasti ada pengalaman bersalin normal atau czer. Cuma yang fobianya, ada yang masih terasa lagi sakit selepas beberapa tahun bersalinkan anak secara pembedahan. Inilah orang kata pengorbanan seorang ibu.
Ada yang melalui pengalaman perit ketika saat nak melahirkan tetapi dalam pantang tiada masalah. Ada juga mengalami dua-dua situasi itu sekaligus. Tak kisahlah apa sekalipun, sentiasalah positif. Jangan cepat rasa stres kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan diri.
Namun bagi ibu yang menjalani proses kelahiran secara pembedahan, penyembuhan luka czer akan mengambil masa yang lama untuk betu-betul ok. Walaupun luar nampak dah elok jahitan, luka dalaman masih lagi perlu dijaga.
Menerusi perkongsian seorang ibu, Shasha Kamaruzzaman mengenai luka jahitan yang mengalami infection akibat pembedahan yang pernah dilaluinya walaupun telah melahirkan anak lebih 2 tahun lalu.
Walaupun perkongsian ini bukan kejadian yang baru berlaku tapi tak salah ia untuk peringatan semua ibu-ibu yang bersalin czer. Berikut adalah perkongsian pengalamannya.
Tempat czer kena jangkitan kuman
Tempat bekas luka czer Sha bengkak balik, jadi kemerahan. Bukan luka tu terbuka balik tapi dekat hujung belah kanan luka itu, macam ada satu lubang. Dan lubang tu terjadi akibat jahitan luka itu tidak sempurna atau tidak cantik. Infeksi tu mudah singgah dan infection ini hanya pada kulit sahaja tau.
Jadi Sha bersihkan dan letak krim untuk disapu for infection. Then biarkan sahaja. Sejak hari tu yang bernanah tu. Tak pernah sekali pun lupa lap dan keringkan. Pakai panties dan seluar pun tak ketat. Tapi masih juga bengkak.
Pagi tadi bangun nak cek, tengok panties Sha bahagian bawah getah jadi basah. Allah, pecah ke? warna kekuningan. Sha tak rasa itu nanah tapi air bisa. Lepas itu, cepat-cepat Sha bersihkan. Tengah-tengah sapu, darah keluar banyak dan sangat pedih.
Parut dah 2 tahun 8 bulan
Sha akan pergi jumpa doktor untuk ambil antibiotik. Sebab itu lah satu-satunya cara. Benda ini terjadi secara tiba-tiba. Parut ini dah 2 tahun 8 bulan. Benda ini jadi bukan sebab tak jaga makan, tak jaga pantang dan bukan sebab Sha mengandung.
Kalau ikutkan dalam pantang memang Sha betul-betul jaga dan tak ada masalah pun. Semua ni kebetulan dan benda nak jadi memang langsung tak dijangka.
Sha dah terima rawatan. Tempat czer pun sudah dicuci nasib tak kena toreh. Hanya cungkil untuk keluarkan air bisa dan nanah yang masih ada dekat dalam. Skin Infection itu terjadi sebab ada lubang kecil yang membolehkan kena jangkitan kuman. Hanya lapisan kulit sahaja, luka dalam alhamdulillah.
Kena jaga betul-betul
Kejadian macam ni bukan kita jangka pun tapi untuk sesiapa yang bersalin czer kena betul-betul jaga makan dan kebersihan kerana tak tahu benda ni akan jadi semula walaupun anak dah besar. Bukan niat nak takutkan cuma untuk kita semua berjaga-jaga sepanjang masa.
Kredit: Shasha Kamaruzzaman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susu Ibu Boleh Merawat Atau Menyebabkan Bayi Kuning? Panduan Ini Boleh Membantu Para Ibu
Jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir. Kira-kira 60 peratus bayi mengalami jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran. Kebiasaannya apabila bayi baru lahir didapati mengalami jaundis, doktor akan menyarankan agar bayi diberikan susu ibu dengan secukupnya.
Tetapi dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi mungkin mengalami jaundis disebabkan susu ibu sendiri. Jadi, apakah sebenarnya kaitan antara bayi kuning dengan susu ibu?
Bagaimana jaundis berlaku?
Jaundis berlaku apabila bayi mempunyai kadar bilirubin yang tinggi dalam darah mereka. Bilirubin adalah pigmen kuning yang dihasilkan semasa pecahan sel darah merah yang telah tua.
Bilirubin kebiasaannya melalui hati yang memprosesnya untuk disingkirkan melalui usus. Walau bagaimanapun, dalam bayi yang baru lahir, hati selalunya belum cukup berkembang dan mungkin tidak dapat menyingkirkan bilirubin daripada darah. Apabila terlalu banyak bilirubin dalam darah, ia boleh menetap di kulit. Ini menyebabkan kulit dan mata kelihatan kuning.
Selain masalah menyingkirkan bilirubin melalui hati dengan berkesan, bayi juga tidak mempunyai pergerakan usus yang cukup kerap. Salah satu manfaat kolostrum atau susu pertama bayi ialah ia membantu membersihkan usus bayi anda. Walaupun kolostrum hanya sebanyak satu sudu teh, ‘susu pertama’ ini akan membantu bayi anda membuang air. Jadi, jika bayi anda dipastikan menyusu secukupnya, bayi anda akan menerima banyak kolostrum dan akan menyebabkan banyak pergerakan usus, yang akan membantu bilirubin disingkirkan dengan cepat.
Susu ibu dan jaundis
Terdapat dua jenis jaundis yang berkaitan dengan penyusuan badan iaitu jaundis susu ibu (breast milk jaundice)dan jaundis penyusuan susu ibu (breastfeeding jaundice).Dalam kebanyakan hal, bayi anda mungkin mengalami jaundis penyusuan susu ibu, iaitu disebabkan tidak menyusu dengan mencukupi. Dalam keadaan ini, anda akan disarankan untuk menyusukan bayi anda sekerap mungkin, agar lebih banyak bilirubin dibuang daripada badan bayi.
Doktor anda mungkin akan menyarankan tip-tip berikut:
- Sejurus selepas kelahiran, pegang bayi anda kulit ke kulit supaya menggalakkan bayi menekap di payudara. Letak bayi di dada sekerap mungkin.
- Susukan bayi sejurus selepas kelahiran dan sekerap mungkin dalam beberapa hari pertama. Lebih kerap bayi menyusu, lebih kerap bayi akan membuang dan menyingkirkan bilirubin.
- Pam susu anda untuk diberikan kepada bayi, jika perlu.
- Jika bayi anda kerap mengantuk, pam susu kolostrum dan berikan menggunakan cawan atau sudu.
- Hubungi konsultan laktasi untuk pemeriksaan teknik menyusu untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
- Ketahui isyarat lapar bayi anda dan segera bertindak balas! Jangan tunggu sampai bayi anda menangis untuk mula memberinya makan.
- Pastikan anda menyusu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.
- Jika bayi anda tidak bangun sendiri dalam tempoh 3 jam, kejutkan untuk menyusukannya.
- Buka pakaian bayi anda dan biarkan lampin sahaja agar bayi terjaga sewaktu menyusu dan menyusu dengan betul.
- Teruskan menyusu. Jangan memberikan air untuk menyingkirkan bilirubin.
Jaundis susu ibu (breast milk jaundice) pula adalah penyakit kuning dalam bayi yang berlaku seminggu selepas kelahiran. Keadaan ini sangat jarang berlaku dan dilaporkan terjadi dalam kurang daripada 3 peratus bayi. Keadaan ini kadang-kadang boleh bertahan sehingga 12 minggu, tetapi jarang menyebabkan komplikasi pada bayi yang sihat dan menyusu baik.
Punca sebenar jaundis susu ibu tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia mungkin terkait dengan bahan dalam susu ibu yang menghalang protein tertentu dalam hati bayi daripada memecahkan bilirubin. Keadaan ini boleh diwarisi dalam keluarga.
Maklumat ini mungkin menimbulkan kerisauan bagi para ibu yang mengesyaki anak mereka mengalami jaundis susu ibu. Pun begitu, anda tidak boleh berhenti menyusu jika anda khawatir bayi anda mungkin mengalami jaundis susu melainkan atas arahan doktor. Susu ibu adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Ia membekalkan semua nutrien yang diperlukan dan melindungi bayi daripada penyakit dan jangkitan. American Academy of Pediatrics mengesyorkan bayi menyusu lapan hingga 12 kali sehari untuk enam bulan pertama kehidupan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berkat Ramadan, Ibu Mohon Doakan Zulaikha. Harap Keajaiban, Walaupun Doktor Minta ‘Bersedia’
“Harap sangat Ramadan kali ini memberi keajaiban buat anak kami yang sedang bertarung nyawa,” kata Haffiszattul Nur Akmar Samsudin.
Haffiszattul, 30, berkata tahun ini dia dan suaminya, Sheikh Muhammad Bukhary Sheikh Basir, 33, menyambut Ramadan di hospital, menemani puteri kesayangan mereka, Sheikha Zulaikha yang menderita Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH).
“Kami sudah berkampung di hospital sejak 19 April lalu selepas keadaan Zulaikha tidak stabil dan kerap demam panas.
“Jadi Ramadan ini juga kami akan berpuasa di sini kerana keutamaan kami hanya kepada Zulaikha,” katanya.
Dia yang sedang hamil lapan bulan berkata, pemindahan sum sum tulang yang sepatutnya dijadualkan Khamis lalu, terpaksa ditunda kerana keadaan Zulaikha yang tidak stabil dan kritikal.
“Jika pemindahan sum sum tulang dibuat sekarang ibarat mencabut nyawanya saja jadi ia terpaksa ditangguhkan,” katanya.
Katanya, Zulaikha yang berusia 16 bulan kini sedang dipantau di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) selepas sesak nafas dan mengalami gangguan sistem pembekuan darah.
“Najisnya berwarna hitam dan ada tanda pendarahan pada perutnya dan apabila ambil darah pada tangannya darah keluar lambat berhenti.
“Semua ini berlaku disebabkan penyakit HLH yang dialaminya itu semakin mengganas dan kini paras Ferritin Zulaikha mencapai 120,000 berbanding bayi normal sebayanya cuma 500 Ferritin.
“Jadi, buat masa ini doktor hanya boleh memberikan ubat khas untuk mengawal pendarahan dalam badannya terlebih dulu,” katanya.
Sempena mengambil keberkatan Ramadan ini, mereka sekeluarga memohon rakyat Malaysia mendoakan kestabilan kesihatan Zulaikha supaya nyawanya dapat diselamatkan menerusi pemindahan sum sum tulang.
Artikel berkaitan:
[“Hanya Ada Sebulan Lagi.” Bayi 15 Bulan Derita Penyakit Rare, Jalani 44 Kali Kimoterapi]
“Tiada apa yang kami harapkan, cuma mohon rakyat Malaysia semua mendoakan anak kami kuat melawan penyakitnya yang sedang merebak dalam tubuh badannya sekarang,” katanya.
Balik bercuti kesihatan Zulaikha merosot
Sementara itu, Haffiszattul berkata kini Zulaikha juga dipaksa berpuasa dan hanya boleh minum air putih sahaja bagi mengelakkan masalah lain.
“Saya tahu Zulaikha sedang menahan sakit tapi dari raut wajahnya dia tetap memberi senyuman dan mengenyit mata pada kami seolah-olah dia tak mahu kami risau keadaannya.
“Kami suami isteri langsung tak menyangka hanya dengan demam, keluar ruam merah dan benjolan dileher terus menyebabkan keadaan Zulaikha berubah 100 peratus. Dari anak yang aktif, ceria kini pergerakannya terhad.
“Sebelum Zulaikha demam, kami ada bawanya pergi bercuti ke Pulau Pinang sempena cuti Tahun Baru Cina dan singgah ke beberapa tempat. Balik dari situlah dia demam hinggalah dia disahkan sakit.
“Mungkin ini hanyalah penyebab sahaja tapi kami reda. Berdasarkan apa yang diberitahu doktor, punca Zulaikha sakit disebabkan EBV virus yang banyak di sekeliling kita seperti orang pegang, peluk, cium, dan orang yang batuk,” jelasnya.
Sebagai ibu, sekali lagi saya harapkan sama-samalah berdoa untuk Zulaikha dan biarlah dia dapat mengembalikan keceriaan buat kami suami isteri.
Sumber: Haffiszattul Nur Akmar Samsudin & Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI