“Dah Jadi Ibu Tetap Kena Bersiap, Jangan Nampak Selekeh.” Suami Tengok Pun Senang Hati

Share

Biarpun sudah bergelar ibu, pelakon Datin Elvina Mohamad amat menitik beratkan soal penjagaan dan penampilan diri.

Kata Elvina, walaupun sering sibuk menguruskan anak lelakiya, Karl Mateen pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf itu enggan kelihatan selekeh.

“Kalau di rumah memang saya macam orang gaji, tak terurus, saya bukan Elvina pelakon itu.

“Sebagai seorang ibu saya mahu menguruskan semua keperluan anak saya sebab kurang percaya jika tugas itu diserahkan kepada penjaga.

“Namun apabila keluar rumah saya perlu kemaskan diri, tak mahulah orang cakap saya selekeh. Kadang-kadang perlu ada ‘me time’ untuk diri sendiri.

“Sebagai mak-mak saya perlu bersiap juga, baru tak timbul isu lain,” katanya kepada Gempak.

Jelasnya, prinsip itu bukan disebabkan kontroversi lampau tetapi kemahuannya sendiri untuk kelihatan menawan sentiasa.

“Setiap lelaki nak benda cantik, sudah tentulah suami kita pun nak kita nampak cantik sentiasa. Jadi, jangan pandang rendah soal penjagaan diri.

“Saya bersiap bukan kerana kisah itu. Bagi saya setiap orang berbuat kesilapan dan saya sudah memaafkan serta melupakan isu tersebut,” tambahnya.

Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 24, mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Karl Mateen pada Disember tahun lalu.

Sebelum ini rumah tangga pasangan itu terpalit kontroversi apabila wujud dakwaan ada pihak ketiga namun perkara itu diselesaikan dengan baik.

Sumber: Astro Gempak

Published by
Wan Amy