Penyanyi dan juga juara Master Chef Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob berkongsi gambar anaknya sebelum dan selepas kurus di instagram.

“Dah Jumpa Leher” Dato’ Fazley Kongsi Gambar Anak Kurus Lepas Amalkan Keto Diet

Baru berumur 9 tahun tetapi anak keduanya, Fierudz Fazley berjaya menurunkan berat badan masuk hari ke 29 dalam cabaran keto diet.

Menurut perkongsian Fazley lagi, mereka sekeluarga sepakat untuk melakukan keto diet selama 40 hari. Memang nampak perubahan berat badan yang ketara pada mereka sekeluarga.

“Dah Jumpa Leher” Dato’ Fazley Kongsi Gambar Anak Kurus Lepas Amalkan Keto Diet

Gambar kanan Fierudz sebelum dan gambar kiri selepas. Nampak ketara perubahan berat badanya.

Ads

“Ramai juga tanya macam mana dengan Piyush (9 years old) dalam 40 days #Ketodiet Challenge ni. Tengoklah, @fierudzfazley saya dah jumpa leher anak saya yang hilang berbulan2 lamanya. Tersorok di bawah dagu dia rupa-rupanyanya 🤣🤣🤣 #Day29”

Bagi yang tertanya-tanya, apa benda keto diet ni? Menurut Healthline.com, diet ketogenik atau diet keto adalah diet yang memerlukan pengamal mengehadkan pengambilan karbohidrat dan mengantikannya dengan pengambilan protein dan lemak. Ini menurunkan kadar gula dalam darah dan insulin, dan mengalihkan metabolisme tubuh daripada karbohidrat ke lemak dan keto.

Manakala anak sulung Fazley pula berjaya kurangkan berat badan sebanyak 9 kilo. Bukan calang-calang terutama untuk kanak-kanak, pastinya memerlukan disiplin yang kuat.

Ads

“Dah Jumpa Leher” Dato’ Fazley Kongsi Gambar Anak Kurus Lepas Amalkan Keto Diet

“Ramai yang tanya saya, selain saya dan @azrene_ahmad yang kurus dalam keto 40 days challenge ni, siapa lagi yang kurus? Ni anak sulung saya, Payish @fariedzfazley hilang 6kg dah alhamdulilah! (he is 12 years old) We have 14 days to go! #keto. Well done baby dida! Im so proud of you!! ❤️❤️❤️ Nak tengok tak before dan after saya dan @azrene_ahmad pulak?”

Rata-rata wargaNet terkejut melihat perubahan berat badan anak-anak Fazley. Ramai yang tak sangka mereka mampu menurunkan berat badan diusia mereka. Malah ada yang meminta tip daripada Fazley bagaimana dia boleh melakukan Diet keto untuk keluarganya.

Ads

“Dah Jumpa Leher” Dato’ Fazley Kongsi Gambar Anak Kurus Lepas Amalkan Keto Diet

Apa pun syabas buat keluarga Fazley kerana mengutamakan kesihatan dan berusaha mendapatkan BMI yang normal dan sihat.

Kredit: Fazley Yaakob

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI