Anak-anak yang sering tidur lewat, sebenarnya boleh menjejaskan tumbesaran mereka. Paling menakutkan, mereka berisiko untuk mendapat obesiti kerana tabiat makan tengah malam jika tidur lewat. Sebagai ibu ayah, kita suka anak selera makan. Tetapi jika makan lewat malam menjadi tabiat, ia akan menjejaskan tahap kesihatan anak-anak.
Artikel Menarik: [Pendiam & Susah Berkawan? Sifat Yang Biasanya Ada Pada Anak Kreatif]
Sehubungan itu mengajar si manja tidur awal sejak kecil adalah penting supaya tidak menghadapi masalah kesihatan dan menjejaskan pertumbuhannya apabila usianya mencapai umur pra sekolah.
Ini kerana daripada hasil kajian yang dilakukan oleh Jean-Philippe Chaput, Marc Brunet dan Angelo Tremblay mengumpulkan data sebanyak 422 anak usia 5 sehingga 10 tahun. Hasil kajian mereka dikongsikan melalui laman web NCBI berkaitan dengan tidur dan obesiti.
Artikel Menarik: [Gigi Susu Depan Cepat Rongak Sebab Anak Tidur Dengan Botol Susu Di Mulut]
Mereka melakukan penilaian terhadap berat badan, tinggi badan, dan lingkar pinggang para peserta. Mereka turut mengumpulkan informasi tentang gaya hidup anak-anak tersebut serta status sosial ekonominya melalui wawancara dengan ibu bapa mereka.
Hasil penelitian tentang Body Mass Index menunjukkan bahawa 20 peratus kanak-kanak lelaki dan 24 peratus kanak-kanak perempuan mengalami masalah kegemukan. Anak-anak yang memiliki waktu tidur kurang dari 10 jam dalam seharinya berisiko mengalami kegemukan 3 atau 5 kali lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidur 12 jam atau lebih dalam seharinya.
Untuk memastikan anak tidur awal , terdapat 8 tip yang boleh menjadi panduan:
1.Pastikan si kecil tahu dengan jelas waktu untuk dia tidur. Contohnya pukul 9 malam perlu masuk bilik untuk tidur.
2.Tegas apabila waktu tidur sudah tiba.
3.Jangan biarkan dia menonton televisyen setengah jam sebelum waktu tidurnya.
4.Cipta suasana tenang seperti suasana bilik yang senyap dan gelap.
5.Biarkan si kecil tidur dengan sendiri daripada anda yang mendodoikannya.
6.Jangan berinya minuman berkafeina seperti kopi yang menyegarkan matanya.
7.Jadikan waktu tidurnya adalah rutin. Jangan ubahnya kecuali jika perlu.
8.Hargai setiap masa jika si kecil memberitahu mahu tidur.
Artikel Menarik: [Waktu Hamil Nak Makan Durian, Silakan. Tapi, Janganlah ‘Baham’ Sampai Berbiji-Biji]
* Patuhi tip ini secara konsisten. Si kecil yang tidur awal akan menjadi seorang kanak-kanak yang sihat dan ceria.