Sebut soal anak, ini antara salah satu soalan yang sensitif. Begitu juga yang berlaku pada pelakon Izzue Islam yang hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga dan sudah lali dengan soalan tentang anak.
Melewati usia 32 tahun, Izzue mendedahkan dirinya sama sekali tidak pernah terasa hati apabila orang bertanya soal anak asalkan tidak berbunyi sindiran.
Semasa ditanyakan soal pengambilan anak angkat, izzue sebelum ini pernah memikirkannya bersama isteri, namun enggan menanggung risiko kerana bimbang tidak mampu lunaskan tanggungjawab akibat jadual waktu yang padat.
Oleh kerana berfikiran seperti itu, pasangan berkenaan terpaksa menangguhkan dahulu hasrat mereka untuk mengambil anak angkat.
Dalam pada masa yang sama, Izzue turut memberitahu keluarganya sama sekali tidak pernah membangkitkan soal anak serta tidak mendesak untuk segera mempunyai cahaya mata.
Kalau orang cakap, anak adalah punca bahagia, kami pula mempunyai pendapat sendiri. Kebahagian itu boleh dicipta, meskipun tanpa kehadiran cahaya mata.
“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Cuma, sudah tentu ia akan menjadi lebih bermakna apabila dikurniakan anak.
Pelakon drama Rindu Kasih itu juga meluahkan rasa syukur kerana masih bahagia, biarpun hanya hidup berdua bersama isteri.
Sekadar info, Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2013.
Kredit: Utusan
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)