Kehamilan

“Dah Lama Teringin Badan Berisi”. Anzalna Syukur Pertama Kali Beratnya Naik 11 Kilogram

Share

Sejak mengandung anak sulung, pelakon Anzalna Nasir sentiasa berkongsi pengalaman hamilnya. Pengalaman ini juga antara yang sering dialami oleh wanita berbadan dua.

Terbaru melalui perkongsiannya di instagram, Anzalna mengakui dia telah lama menyimpan impian untuk menaikkan berat badannya supaya kelihatan lebih berisi.

Kini Anzalna menjelaskan berat badannya sudah naik 11 kilogram (kg) ketika sedang hamil anak sulungnya.

“Berat Anzalna sekarang 54kg dari 43kg. Baby 2kg.

“Melantak lagi banyak-banyak kat kenduri orang! Hahahahahah.

“Tapi I dah lama teringin badan berisi!,” tulisnya.

Walaupun badan Anzalna naik lebih 10 kilogram tetapi sentiasa cantik. Pengalaman ini juga pasti akan dirindui oleh semua wanita yang bergelar ibu. Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Anzalna dan anak yang dikandungkan itu sentiasa sihat.

Anzalna yang kini hamil lapan bulan itu mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.

Sumber: ig Anzalna Nasir

Published by
Wan Amy