Proses perubahan hormon semasa kelahiran dan melahirkan anak membuatkan haid terhenti seketika. Namun jika haid masih belum lagi datang walaupun selepas setahun melahirkan anak, ada baiknya mama pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Dengarkan perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) yang menjelaskan secara terperinci buat semua ibu-ibu.
Selepas melahirkan anak, selalunya wanita akan mengalami gangguan kitaran haid. Selalunya seorang wanita akan mengalami haid semula antara enam hingga dua belas bulan.
Namun jika hal ini berlanjutan lebih dari setahun, terdapat gangguan hormon (ketidakseimbangan hormone) yang serius berlaku dalam tubuh wanita tersebut.
Selain itu selalunya selepas melahirkan anak, seorang wanita dinasihatkan mendapatkan suntikan pencegah kehamilan. Suntikan ini dikenali sebagai Provera (Medroxyprogesterone Acetate) adalah hormon progesterone sintetik yang menggangu kitaran haid.
Masalah berat badan berlebihan dan obesiti juga mengganggu kitaran haid. Obesiti juga mungkin disebabkan oleh masalah kekurangan hormone thyroid (hypothyroidism) di mana mungkin sesetengah orang mengalami masalah kesukaran untuk menurunkan berat badan.
Masalah tekanan emosi sepanjang tempuh pantang seperti tidak cukup tidur kerana memberikan perhatian pada anak dan terpaksa bangun setiap 2 jam bagi menyusukan anak juga mempengaruhi hormone seterusnya mengganggu kitaran haid.
Saya mencadangkan agar puan-puan melakukan pemeriksaan doctor, bimbang ia disebabkan oleh masalah yang lebih besar seperti ketumbuhan atau masalah pramatang menopause yang sering berlaku pada wanita muda di zaman ini.
Selalunya doctor akan membuat pemeriksaan hormon dengan mengambil sampel darah bagi melihat tahap hormone-hormon seperti testosterone, estrogen, thyroid dan beberapa jenis hormone lagi.
Selain itu doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat bayangan organ dalaman seperti ovari, rahim atau mungkin ketumbuhan lain yang ada dalam rongga pelvis.
Pemeriksaan MRI hanya akan dilakukan jika doctor melihat ada sesuatu yang tidak normal dalam pemeriksaan darah atau ultrasound. Jadi proses diagnose yang dilakukan agak rumit dan mengambil masa. Harus bersabar dan menurut saja arahan doctor untuk setiap pemeriksaan.
Kredit: Dr Zubaidi Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI