Seperti kakak dengan adik! Walaupun dah berusia 48 tahun, Erra Fazira maintain awet muda. Memiliki seorang anak perempuan cantik, Engku Aleesya, 13, pastinya jika berjalan sama-sama orang tak kata macam ibu dan anak.
Menerusi perkongsian Erra Fazira di instagramnya, ibu dan anak ini mengenakan pakaian sedondon ketika menghadiri sebuah majlis sekolah Aleesya.
ARTIKEL MENARIK [“Sayang 3 Ungku Buah Hati Bonda..” Makin Berseri Jihan Muse Lepas Habis Pantang]
[Anak Paling Kita Rasa Mencabar Perangai Dia, Itulah Yang Sama Personaliti Dengan Kita]
Dapat dilihat Erra meluangkan masa berkualiti bersama anak tunggalnya, Aleesya dan begitu sporting menyertai beberapa aktiviti di booth yang disediakan.
Walau bagaimanapun, ruangan komen Erra dihujani dengan pujian warganet yang kagum dengan kecantikan anak dara pelakon Sembilu dan Maria Mariana itu.
“Cantiknya anak dara Kak Erra, persis ayahnya, mewarisi kecantikan ibu,”.
“Cantik Aleesya bertutup sopan dan ayu macam mama.
“Suka Aleesya sebab tak perlu seksi-seksi untuk popular. Pemalu pun ye.”
“Dah macam adik beradik. Cantik sangat Aleesya macam ibunya.”
“MasyaAllah…cantiknya ciptaan Allah. Macam adik beradik, boleh jadi model tudung sebab cukup pakej, tinggi macam model dah.”
“Cantik anak dara Erra pakai hijab, kekal pakai hijab ya Aleesya.”
Selain itu, ramai yang memuji cara didikan Erra pada Aleesya tidaklah terlalu moden. Erra masih lagi mengekalkan ciri-ciri seperti ibu-ibu lain yang tak suka anaknya terdedah dengan dunia glamour dan lebih selesa Aleesya membesar seperti anak-anak orang lain.
Populariti bukan ukuran tetapi kejayaan Aleesya dalam hidup dan pendidikan agama dititikberatkan oleh Erra. Moga Aleesya menjadi anak yang solehah dan sentiasa membanggakan mama.
Sekadar info, Erra Fazira pernah mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada tahun 2007 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan tunggal, Engku Aleesya.
Kredit: IG Erra Fazira