Pelbagai cara kita usahakan untuk pulihkan masalah batuk-batuk anak yang berterusan tanpa henti. Selain mandi dalam air rendaman garam dan usahakan pelbagai remedy lain, jangan dilupakan buah lemon yang begitu banyak khasiatnya.
Bantu anak cairkan kahaknya dengan minum air lemon yang dicampurkan dengan sedikit mandu. Ini tip mudah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Lemon bantu cairkan kahak anak. Dalam lemon ada kandungan citric acid yang tinggi. Ini yang buatkan kahak anak mudah mencair.
Perah setengah biji air lemon, larutkan dalam air suam 1 cawan. Kalau campur madu lagi baik. Bagi anak minum, 2 kali sehari.
Boleh try buat kalau anak batuk kahak lebih seminggu tak baik-baik lagi. Untuk anak 1 tahun ke atas.
Lemon jugak, tinggi dengan vitamin C. Bantu kuatkan imuniti anak, lawan jangkitan kuman yang sebabkan batuk berkahak.
Korang cuba ok. Kita ikhtiar sampai anak sembuh, insyaAllah. Usaha dari kita itu perlu, yang sembuhkan itu Allah. Kita cuba sama-sama ya.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Terlampau Pendiam & Pemalu, Cara Ni Buat Anak Yakin & Lagi Berani!
Anak kita berbeza-beza. Ada yang tahap keyakinannya di hadapan orang ramai terlalu tinggi, namun ada juga anak yang pendiam dan pemalu biar pun dirangsang dengan pelbagai cara.
Bagi ibu ayah yang mempunyai anak yang pemalu dan pendiam, trik yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi ini boleh dicuba.
Saya pernah rasa risau dengan anak saya yang kedua ni. Sebab masa kecik dia pemalu. Dah besar sikit, selalu rasa rendah diri.
Dia selalu diejek sebab rambutnya yang kerinting. Diejek sebab membaca lambat. Direndahkan sebab tak terer sangat bersukan. Dan cakap pun agak lambat-lambat.
Saya taknak dia struggle dengan keyakinan diri macam saya masa kecik. Jadi saya dan suami bekerja keras jugak untuk buat dia kekal confident.
Ini antara 10 perkara yang saya buat pada anak yang pemalu.
1) Validate.
Anak ada hak untuk rasa malu. Jangan sesekali perlekeh atau ketepikan perasaan dia.
Saya cakap pada anak, “Mama faham Aqlan malu. Sebab mama dulu pun pemalu. Tapi mama fikir balik, buat apa nak malu nak bercakap. Bukan orang tau pun kita malu. Baik berlakon confident.”
2) Puji.
Ini antara ubat mujarab untuk anak pemalu Bukan sembarangan puji untuk bagi anak perasan. Tapi puji sikap baik dan effort anak tu.
Insya Allah perlahan-lahan, bila selalu dapat pujian dan galakkan, confident anak akan memulih dan berkembang.
3) Pesan pada anak, bila bercakap dengan orang, pandang mata. Kalau rasa kekok, pandang batang hidung orang tu. Bercakap kena yakin dan jelas.
4) Pesan pada anak, kalau nampak kawan sebaya tengah main, angkat tangan dan bagi salam. Minta izin untuk cuba join main sekali.
5) Pesan pada anak, kalau teringin nak main, tapi takut orang tu kedekut, mintak dia ajar. Orang suka bila kita buat dia rasa pandai.
“Weh, pandai la ko main ni. Ajar aku boleh?” Walaupun niat nya nak bodek main sekali je.
6) Pesan pada anak, Cari benda untuk puji kawan.
Kalau dia menang, cakap tahniah. Kalau kawan kalah, bagi semangat, “Tak apa. Ko cuba lagi weh.”
7) Pesan pada anak, bila orang tak nak kawan, tak apa. Saya cakap,
“Rugi orang taknak kawan dengan budak baik macam Aqlan. Insya Allah mama doa, Aqlan akan jumpa kawan yang hargai diri Aqlan.”
8 )Pesan pada anak, bila orang ejek, stay confident.
“Aah. Rambut saya macam megi. Saya suka je.”
“Saya ok je. Hidung besar, lagi senang bernafas.”
Sekarang ni alhamdulillah dia makin ok. Sampai ke tahap, dia senyum je orang cakap dia miskin, sebab pakai baju koyak.
Orang cakap dia busuk, dia buat-buat cium ketiak, angkat ketiak sambil kejar orang yang mengata dia. That confident. Mama pun tak ada.
9) Jangan takut cakap “Tak nak” bila orang paksa anak buat benda yang dia tak suka. Atau berterus terang “Tak selesa” bila dibuli.
Pernah sekali masa tadika, cikgu suruh buat kerja, tak lama lepas tu, dia bagitau cikgu,
“Cikgu, tangan saya dah lenguh. Saya taknak buat dah.”
Saya geleng kepala. Tapi jauh di sudut hati, saya bangga dia tak kekok untuk cakap apa yang dia nak dan perlu.
10) Kalau kawan buli, stand up for yourself. Cakap terus terang,
“Aku tak suka ko buat macam ni. Main elok-elok”
Kalau rasa tak boleh handle sangat, cakap kat kawan,
“Mak aku nak jumpa ko. Sebab ko selalu buli aku.”
Syukur sangat. End up, semua pembuli dia berjaya jinakkan. Dah boleh berkawan baik
dengan anak saya ni.
Bila saya tanya dia handle macam mana, dia kata, dia buat baik je. Cakap elok-elok, nasihat elok-elok.
“Bila Aqlan geram sangat, Aqlan jerit je. Terus dia takut.” Kata anak saya.
Sekarang, saya boleh berbangga dengan dia. Ada saat yang dia tak boleh lakukan apa yang kawan-kawan lain boleh buat, dia dengan tenang cakap,
“Ala takpe. Aqlan boleh main benda lain.”
“Aqlan kena prektis lagi ni.”
Kalau dulu, jumpa orang, dia menyorok dalam baju mak. Tapi sekarang, dengan budak kecik, dengan orang tua pun, dengan jutawan pun dia boleh bersembang tanpa rasa segan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Tersalah Aliff! Dua Aliff Ini Sayang & Setia Pada Isteri Dan Anak-Anak Mereka
Gara-gara viralnya gambar pelakon yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz yang ‘kantoi’ kali ketiga bersama wanita lain di media sosial semalam, ramai netizen mula mencari gerangan Aliff. Namun masih ada lagi yang tersilap ‘Aliff’ dan mula melakukan serangan/kecaman di media sosial Aliff Satar dan Juga Aliff Syukri.
Setiap kali Aliff Aziz terkantoi dan viral media sosial, yang menjadi mangsa serangan di instagram pastinya Aliff Satar dan juga Dato Aliff Syukri kerana kedua-dua ini juga merupakan selebriti yang terkenal.
Alif Satar dan Aliff Syukri memang terkenal dengan sikap “Family Man” mereka, kemana sahaja pasti bersama isteri dan di setiap posting Instagram mereka pasti menghargai isteri dan anak-anak. Boleh dikatakan anak dan isteri pasti ada 24jam bersama-sama.
Akibat terkena tempias perbuatan curang Aliff Aziz dengan isterinya Bella Astilah, Alif Satar & Aliff Syukri memuatnaik gambar posting seolah muak dengan sindiran Netizen dan berharap agar tidak ada lagi yang keliru.
DI INSTAGRAM DATO ALIFF SYUKRI
korang tau beza tak org ye?? tolong jgn salah komen kat page org lain
disebb ramai orang komen jadi saya bagi penerangan pada semua.. jom saya ajar ini perbezaan sya dan aliff aziz… cuba tengok gambar betol2 kan berbeza hidung,gigi, mata smuaa …. saya buat video kerana penat dengan cacian dan makian natizen setiap kali posting saya… hmm doakan baik2 utk beliau… .
tag kawan korang yg selalu confius
Rata-rata Netizen memenuhi ruangan komen di instagram Dato Aliff Syukri. Mereka terhibur dengan video yang dimuatnaik di instagram Aliff Syukri.
Dato Memang Win
Kerana Seorang Aliff
Dah 4 Musim Kena Kecam
DI INSTAGRAM ALIF SATAR
Mungkin sudah penat menjelaskan kekeliruan, Alif Satar hanya mampu memuatnaik sekeping gambar yang memberi seribu makna.
Tabah je Bro
2 Alif viral minggu ini
Samalah kita mat
“Saya kuat kerana adanya wanita hebat ini” walaupun Dato Aliff Syukri seorang jutawan namun dia tetap setia bersama anak-anak dan isteri.
Alif Satar tidak pernah lekang mengucapkan “I love You” di setiap gambar bersama isteri
Dato Aliff Syukri juga meminta agar semua mendoakan yang baik-baik untuk Aliff Aziz. Apa pun kita doakan yang terbaik di bulan yang baik agar ada pengakhiran yang baik-baik buat Bella Astilah dan juga Aliff Aziz.
Sumber: Aliff Syukri, Alif Satar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kesian Dekat Anak” Kurangkan Beban Beg Sekolah Anak, Cikgu Ni Kongsikan Cadangan Bernas!
Isu beg sekolah anak yang berat dan membebankan anak kita sememangnya menjadi isu hangat yang dibincangkan oleh semua ibu bapa. Masing-masing tidak tahan melihat kepayahan anak membawa beg yang berat setiap hari.
Cikgu Mohd Fadli Salleh, guru yang begitu dikenali di media sosial berkongsi cadangan bernas agar dapat membantu anak-anak kecil kita ke sekolah dengan lebih baik.
Seorang ibu hantarkan aku video ni. Video anak dia sendiri ni, bukan main cedok ikut suka. Ibu dia cakap,
“Cikgu tolong share dengan orang atasan hal ni. Share sampai kat Yang Dipertuan Agong pun tak apa. Biar ada tindakan. Kesian anak saya, dah la perempuan, badan kecik lagi”.
Okey kawan-kawan. Jom share biar sampai Agong pun tahu hal ni. Biar ada tindakan segera.
Ni bukan isu kecil. Ini melibatkan kesihatan anak-anak kita. Ada kajian sains mengatakan ia boleh menyebabkan kerosakan kekal tulang belakang akibat pikul bebanan berterusan setiap hari. Bahkan dah ada beberapa bukti dari kawan-kawan tentang masalah anak belakang mereka dipercayai pikul beg berat.
Sebenarnya senang je nak settlekan masalah beg berat ni.
1. BUKU TEKS TINGGALKAN DI SEKOLAH
Tu ja cara paling cepat, paling pantas, paling berkesan. Banyak sekolah wujudkan locker dan almari di kelas untuk murid tinggalkan buku teks. Awal-awal ja berkesan cara tu, kemudian semua tak nak letak sebab buku anak mereka hilang, rosak koyak, dan seumpamanya. Itu punca locker atau almari kat sekolah tak berjaya.
Kerana setiap buku ada pemilik berdaftar dan perlu pulangkan setiap tahun. Bila rosak, mereka yang kena ganti.
Pemilikan buku ini punca orang tak nak tinggalkan buku di sekolah. Mereka tak nak buku anak mereka hilang dan rosak, seterusnya mereka pula kena beli lain dan ganti. Dah beli lain dan ganti, hilang lagi dan lagi. Penat weh main gini. Sebab tu tak berjaya sebelum ni.
Apa kata lepas ni semua sekolah di Malaysia BUANG HAK PEMILIKAN itu. Makna kata, semua buku teks adalah milik sekolah, bukan milik mana-mana murid/pelajar.
Jadi tak ada isu buku hilang, rosak dan sebagainya. Sebab tiada hak pemilikan. Jika rosak, hilang itu hak sekolah dan sekolah je yang ganti lain.
Macam program tasmik, Al Quran elok je tinggal dalam kelas. Tak ada hilang, tak jadi isu murid kena pikul ke sekolah.
Bahkan banyak sekolah swasta buat hal serupa. Buku teks milik sekolah dan ditinggalkan dalam kelas. So murid bawa buku latihan sahaja setiap hari. Ringan lebih dari 60% tau. Settle masalah.
Simple sangat penyelesaiannya jika mereka serius nak atasi masalah ni. Cuma mungkin anak-anak orang kayangan semua sekolah swasta, so mereka tak nampak isu ni melanda anak mereka. Sebab tu mereka biarkan isu beg berat tanpa solusi tuntas. Mungkin je lah. Bukan tuduhan okeh.
Dan tolong la letak kelas murid tahun 1 dan tahun 2 di aras bawah. Kenapa kelas murid tahun satu pun ada yang ditingkat 3? Common sense kot. Budak tu kecik, beg berat. Macamana mereka nak pikul naik atas?
Isu silibus berat, subjek banyak pun satu hal juga. Takkan nak suruh kami netizen fikirkan cara penyelesaian juga? Haishhh.
Okey, jom share sampai ke istana hal ini. Rakyat jelata dah perlu campur tangan istana nampak gaya kalau orang politik dan mereka yang berkuasa kat atas sana terus menerus memandang sepi isu beg ini.
Ini isu kesihatan anak-anak kami! Bukan isu picisan. Tolong sesiapa yang ada kuasa perjuangkan.
Menarik: Beg Sekolah Berat Tak Bagus Untuk Kesihatan Anak, Beli Beg Jenis Paling Ringan/
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI