Tahniah diucapkan buat pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid dan isterinya, Syifa Melvin yang mengumumkan bakal timang cahaya mata tidak lama lagi.
Menerusi satu temubual media, Safawi mengakui hantaran gol yang dibuatnya semalam dalam sesi perlawanan Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon adalah hadiah buat dirinya untuk isteri tercinta, Syifa Melvin yang kini sedang hamil enam bulan.
Teruja dengan kemenangan semalam, Safawi juga meminta untuk mendoakan kehamilan isterinya hingga selamat melahirkan bayi sulung mereka kelak.
“Gol itu hadiah untuk isteri saya yang mengandung.
“Jadi, doakan kami. Semoga selamat semuanya, bersalin,” kata Safawi.
Malah kongsi Safawi lagi menerusi temubual yang sama, usia kandungan isterinya itu kini sudah pun berusia enam bulan dan bakal memasuki trimester ketiga kandungan.
“Dah nak masuk enam bulan,” ujarnya lagi yang begitu teruja dengan kehamilan itu.
Berkongsi kisah kemenangan semalam, aksi Safawi yang memasukkan bola ke dalam bajunya ketika menyumbangkan gol ketiga semalam rupanya sebagai tanda keterujaan akan kehamilan isterinya.
Malah kata anak kelahiran Terengganu itu lagi, gol ketiga skuad negara yang dijaringnya itu adalah cukup istimewa dan dia menghadiahkan buat Syifa.
Terdahulu, netizen mendakwa Syifa Melvin kini sedang hamil setelah melihat perubahan bentuk perutnya selain sering makan makanan masam. Tidak mengiyakan atau menafikan soalan tersebut, sebaliknya adik kepada pelakon Syatila Melvin itu hanya memohon doa sahaja.
Syifa Melvin dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di sekitar ibu kota.
@nadhieeerah Pawi sahkan Syifa sudah 6 bulan pregnant! 😍 #harimaumalaya #safawirasid ♬ original sound – nadhieeerah
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Comelnya bila superhero cilik berkumpul ramai-ramai! Jom, daftarkan si manja ada di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/himpunan-little-hero/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!