“Dah Masuk Hari Ke-6 Pencarian” Bayi 18 Bulan Hilang Di Sabah, Minta Doa Semua

Share

Usaha mencari adik Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang sejak Sabtu lalu di Kampung Saliwangan Baru, di sini, masuk hari ke lima, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, operasi yang bermula jam 9.21 pagi itu akan dijalankan di sepanjang sungai menggunakan bot.

Katanya, pencarian di kawasan belukar serta ladang kelapa sawit sekitar juga masih diteruskan.

“Operasi hari ini membabitkan 17 anggota dan pegawai bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk dua anjing pengesan K9 serta pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Operasi turut dibantu seramai 70 penduduk kampung berhampiran dan setakat ini, mangsa masih gagal ditemui,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Adik Jude Angel yang dijaga neneknya dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah keluarga berkenaan.

Mangsa dipercayai sesat di hutan ataupun terjatuh ke sungai berhampiran.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa