Sudah masuk bulan tiga, tapi anak masih belum pandai membaca dengan lancar. Tentu ibu ayah risau. Namun tentu ada puncanya yang ibu ayah kena tahu supaya dapat mencari penyelesaian supaya anak membaca.

Menurut perkongsian seorang ibu dan juga Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak katanya seorang anak perlu mempunyai asas sebelum bersedia untuk diajar membaca.

Dah Masuk Sekolah Tapi Anak Tak Pandai Membaca Dengan Lancar? Cuba Cara Ini

Ikuti perkongsian Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Maryam Thoraya Arifin yang menggunakan pendekatan ini untuk mendidik kanak-kanak dipusat pendidikan.

Memasuki penghujung March biasanya guru-guru tadika akan di tanya, cikgu anak saya belum pandai baca ni. Macam mana ya? Inilah soalan standard yang akan di hadapi oleh kebanyakan guru tadika

Ads

Tuan/Puan yang dihormati, mari saya tolong jelaskan . Anak-anak kita perlukan FOUNDATION sebelum mereka BERSEDIA di ajar membaca.

Sekiranya kita tak sempat/atau belum tahu bagaimana berikan FOUNDATION ini di rumah, guru-guru akan gunakan 3 bulan pertama ini untuk bantu buat foundation ini dahulu pada anak. FOUNDATION ni sebenarnya makan masa tau tak cukup 3 bulan. Tapi para pendidik gigih membantu.

Laaa tak boleh ke skip foundation ni, terus je ajar baca? Jawapannya, anak anda, kena ada kemahiran mendengar dan biasa bertutur lama sebelum dia pandai bercakap dengan baik. Begitu juga dengan membaca. Ada benyak persediaan mereka perlukan sebelum mereka bersedia di ajarkan membaca.

Ads

Apa kesannya kalau terus je? kesannya, anak tak fokus, anak tak berminat, anak tak enjoy, anak cepat bosan, akhirnya target nak kasi pandai membaca semakin tergendala.
Habis, anak dah 5 tahun ni? Iya, mari kita bantu cepatkan proses ini dengan KUATKAN FOUNDATION membaca di rumah melalui rutin harian. Sangat banyak yang ibu bapa boleh lakukan kerana ibu bapa ada kuasa KASIH SAYANG yang LUAR BIASA.

5 Asas Penting Mesti Tahu

  1. Sentiasa berbual
    Sentiasa berbual mesra dengan mereka dan pastikan mereka on tract. Anda boleh dedahkan kepada perbualan harian yang melibatkan aktiviti yang kita sering buat. Hadirkan suasana yang menggalakkan anak untuk rasa nak bercakap juga.
  2. Object Recognition Skills
    Anak-anak, sebelum dia nak kenal huruf A, huruf B,C , mereka perlu sudah dibiasakan mengenali objek sekitarnya. Dah boleh cerita ini gajah, ini harimau, ini bapak dinasour, ini ada tanduk, ini tiada tanduk, ini warna merah, monyet tu warna coklat, burung tu warna putih, apa terjadi pada burung tu. Di sini saya gabungkan sekali mereka kenal objek dalam conteksnya. Maksudnya mereka mengenalinya dan dapat relatekan dalam dunia sebenar.
  3. Attention Skills
    Biasanya anak antara 2-4 tahun, mereka aktif ke sana-sini. Mereka seronok ekspore macam-macam. Kita tak boleh terus paksa mereka tiba-tiba berubah kepada duduk diam baca buku. Bantu anak untuk fokus dengan wujudkan aktiviti untuk mereka. Aktiviti yang mereka minat.

  4. Tactile Skills
    Tidak dapat dinafikan, anak-anak amat perlu tectile skills ini. Deria sentuh mereka perlu sentiasa dirangsang dengan pelbagai tekstur dan aktiviti. Meramas pasir, bermain biji-biji kacang, menggunting, painting, bermain air, menggunakan pelbagai alat adalah amat bagus. Ini akan membantu meransang otak mereka yang kelak akan membantu perkembangan emosi, bahasa dan banyak lagi. Boleh google: Messy Play & Sensory Play Activities. Mulakan yang senang dulu ya.

  5. Minat Explore Buku!
    Sebagai orang dewasa, sukakah kita belajar sesuatu yang kita tidak minat? Sukakah kita untuk belajar sesuatu yang kita tak faham kenapa kita perlu belajar? Begitulah mereka. Minat ini teramat sangat perlu kita bantu pupuk dahulu. Kerana ia makan masa. Macam mana nk bantu pupuk minat membaca? Panjang penjelasannya tapi yang paling mudah ialah wujudkan bonding dengan anak, seronok nak explore gambar je dulu. Bantu anak untuk dapat relatekan buku dengan keseronokan. Tak payah sibuk dengan perkataan pun tak apa lagi. Gunakan buku tapi tajuannya untuk meransang minat dan target-target di atas dahulu.
Dah Masuk Sekolah Tapi Anak Tak Pandai Membaca Dengan Lancar? Cuba Cara Ini
Deria sentuh mereka perlu sentiasa dirangsang dengan pelbagai tekstur dan aktiviti antaranya meramas pasir yang akan membantu meransang otak anak untuk membantu perkembangan emosi, bahasa dan banyak lagi.

Lakukan Cara Ini

Ads

Bermain/beraktiviti /Projek
Macam mana nak buat perkara 1-4 di atas? anda boleh gabungkan 2,3 atau 4 target di atas dalam 1 aktiviti yang bersesuaian. Saya pasti ramai yang membeli toys untuk anak. Anda boleh jadi fasilitator pada anak dengan bermain dengan toys yang ada. Banyak libatkan pancaindera anak-anak. Tak semestinya buat yang gempak. Buat ikut keadaan masing-masing. Hebat tu bukan pada nampak sofisticated aktiviti kita, tapi pada kesannya pada anak. Apabila kita dedahkan anak-anak dengan aktiviti/projek, kita membantu mereka memahami context yang sebenar dalam hidup mereka.

Cuba fahami ini
Pernah anda lihat experimen di youtube dengan anak-anak dan cuba buat sendiri experimen tersebut? Bagaimana perasaannya? Bagaimana response kedua-duanya? Sangat tak sama kan? PROSES menjayakannya itulah proses kita polish skill mereka. Its all about connecting experience. Ramai kita tak suka raikan proses. Semua nak cepat. Semua nak paksa. Tapi proses itulah yang jauh lebih anak ingat. Bebanding hasil akhir. Kadang-kala, hasil akhir boleh hancur sejam lepas tu. Jadi yang kekal ialah kenangan proses itu, pelajaran dari proses itu. Kemahiran itu. Asas-asas ini amat penting buat anak. Ia ibarat akar untuk pokok.

Kredit: Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Maryam Thoraya Arifin 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI