Sudah masuk bulan tiga, tapi anak masih belum pandai membaca dengan lancar. Tentu ibu ayah risau. Namun tentu ada puncanya yang ibu ayah kena tahu supaya dapat mencari penyelesaian supaya anak membaca.
Menurut perkongsian seorang ibu dan juga Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak katanya seorang anak perlu mempunyai asas sebelum bersedia untuk diajar membaca.
Ikuti perkongsian Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Maryam Thoraya Arifin yang menggunakan pendekatan ini untuk mendidik kanak-kanak dipusat pendidikan.
Memasuki penghujung March biasanya guru-guru tadika akan di tanya, cikgu anak saya belum pandai baca ni. Macam mana ya? Inilah soalan standard yang akan di hadapi oleh kebanyakan guru tadika
Tuan/Puan yang dihormati, mari saya tolong jelaskan . Anak-anak kita perlukan FOUNDATION sebelum mereka BERSEDIA di ajar membaca.
Sekiranya kita tak sempat/atau belum tahu bagaimana berikan FOUNDATION ini di rumah, guru-guru akan gunakan 3 bulan pertama ini untuk bantu buat foundation ini dahulu pada anak. FOUNDATION ni sebenarnya makan masa tau tak cukup 3 bulan. Tapi para pendidik gigih membantu.
Laaa tak boleh ke skip foundation ni, terus je ajar baca? Jawapannya, anak anda, kena ada kemahiran mendengar dan biasa bertutur lama sebelum dia pandai bercakap dengan baik. Begitu juga dengan membaca. Ada benyak persediaan mereka perlukan sebelum mereka bersedia di ajarkan membaca.
Apa kesannya kalau terus je? kesannya, anak tak fokus, anak tak berminat, anak tak enjoy, anak cepat bosan, akhirnya target nak kasi pandai membaca semakin tergendala.
Habis, anak dah 5 tahun ni? Iya, mari kita bantu cepatkan proses ini dengan KUATKAN FOUNDATION membaca di rumah melalui rutin harian. Sangat banyak yang ibu bapa boleh lakukan kerana ibu bapa ada kuasa KASIH SAYANG yang LUAR BIASA.
5 Asas Penting Mesti Tahu
Lakukan Cara Ini
Bermain/beraktiviti /Projek
Macam mana nak buat perkara 1-4 di atas? anda boleh gabungkan 2,3 atau 4 target di atas dalam 1 aktiviti yang bersesuaian. Saya pasti ramai yang membeli toys untuk anak. Anda boleh jadi fasilitator pada anak dengan bermain dengan toys yang ada. Banyak libatkan pancaindera anak-anak. Tak semestinya buat yang gempak. Buat ikut keadaan masing-masing. Hebat tu bukan pada nampak sofisticated aktiviti kita, tapi pada kesannya pada anak. Apabila kita dedahkan anak-anak dengan aktiviti/projek, kita membantu mereka memahami context yang sebenar dalam hidup mereka.
Cuba fahami ini
Pernah anda lihat experimen di youtube dengan anak-anak dan cuba buat sendiri experimen tersebut? Bagaimana perasaannya? Bagaimana response kedua-duanya? Sangat tak sama kan? PROSES menjayakannya itulah proses kita polish skill mereka. Its all about connecting experience. Ramai kita tak suka raikan proses. Semua nak cepat. Semua nak paksa. Tapi proses itulah yang jauh lebih anak ingat. Bebanding hasil akhir. Kadang-kala, hasil akhir boleh hancur sejam lepas tu. Jadi yang kekal ialah kenangan proses itu, pelajaran dari proses itu. Kemahiran itu. Asas-asas ini amat penting buat anak. Ia ibarat akar untuk pokok.
Kredit: Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Maryam Thoraya Arifin
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!