Apa saja yang perkembangan terbaru Ainul Mardhiah pastinya ia terus menjadi perhatian. Bertuah sungguh anak kecil ini kerana orang sentiasa doakannya tak kira masa.
Mungkin berkat dari doa orang ramai, si kecil ini nampak semakin kuat dari sehari ke sehari dan tentunya kedua ibu bapanya begitu bersyukur melihat perubahan Ainul setiap hari.
Berkongsi perkembangan terbaru Ainul, nampaknya dia sudah mula pandai mengawal keadaan apabila mula dapat bernafas tanpa oksigen dalam tempoh 10 minit. Sebelum ini Ainul memang tak boleh berenggang dengan mesin itu.
Sejak usianya dah nak masuk usia 2 tahun dan pembedahan yang dilakukan tahun lalu menunjukkan kesan yang baik, kesihatan Ainul nampak semakin elok.
Dah slow-slow dapat off oksigen
Menurut Ahmad Safiuddin, sebagai bapa dia memang mengharapkan Ainul dapat off sepenuhnya oksigen secepat mungkin. Cuma bila waktu yang sesuai bergantung pada keadaan Ainul dari semasa ke semasa.
“Cuma bila nampak dia dah boleh berenggang sekejap tanpa bantuan oksigen sekitar 5-10 minit itu sesuatu yang bagus sekali. Kalau lebih dari itu, mukanya akan sedikit pucat,” kongsinya.
Makin cute dengan potongan rambut baru
Sementara itu dalam perkongsian di instagram mamanya, nampaknya Ainul semakin cute dengan potongan rambut baru dan melihatkan dia seolah-olah seperti kanak-kanak dah besar.
Bukan itu saja, Ainul juga makin aktif dan mula didedahkan dengan pelbagai permainan. Nampak berbeza sekali dengan keadaannya sebelum ini yang hanya banyak terlantar saja.
Dr Amalina Puji Ainul
Perkongsian mama Ainul mengenai potongan rambut Ainul itu telah mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri dan warganet yang meninggalkan pelbagai komen.
Dengan kapsyen yang pendek, Dr Amalina menulis cutenya rambut dengan emoji smile.
Semua mengharapkan Ainul terus sihat membesar dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak seusia pada masa akan datang.
Sumber: Ahmad Safiuddin & Nurul Erwani