Dah Mula Tolak Makanan, Pandai Memilih, Ada Cara Mama Perlu Tarik Minat Anak Makan Semula!

Share

Semakin anak membesar semakin bijak anak menolak satu-satu jenis makanan malah adakalanya anak mula pandai memilih apa yang disukai dan tidak disukainya. Namun anak menolak makanan kerana asyik dan leka dengan perkara lain pastinya membuatkan ibu bertambah runsing.

Memujuk anak untuk kembali makan dengan berselera dan memupuk minat mereka untuk kembali makan sebenarnya memerlukan kemahiran dan ibu berperanan lebih besar dalam memujuk anak untuk makan.

Menurut Dietition, Puan Nor Hafizah Sobri, anak tidak mahu makan bukan petanda ibu melakukan beberapa kesalahan atau tersalah langkah sebaliknya anak itu sendiri sedang melalui fasa bermain dan sebagainya. Jadi tidak perlulah menyalahkan diri sendiri sebaliknya mencari langkah bijak untuk menarik perhatian anak kecil kita. Lima tip yang dikongsikan olehnya mama perlu tahu bagi memujuk semula anak untuk makan.

ADOI PAYAH NYA NAK ANAK MAKAN

‘Silap saya masa weaning diet haritu awal awal saya kenal benda manis awal awal’

‘Silap saya asik bagi makanan ready to eat macam N****m aje masa mula makan’

‘Saya risau bagi anak amalkan baby led weaming,asik suap je,sekarang bila nak suap anak paling muka’

Kadang akibat teknik dulu boleh effect anak nak makan pada waktu sekarang bila dah besar sikit. Mungkin masa tu mommies tak tahu sumber untuk rujuk waktu nak kenalkan weaning diet.

ATAU
Mungkin masa tu mommies nak cepat.

 

Tapi apa apa sebabnya jangan putus asa untuk bagi anak makan real and natural foods. Jangan salahkan diri. Jangan give up. Normal akan ada masa anak kurang minat terhadap makanan sebab lebih minat dengan nak main. Normal ye.

So post ni nak bagi tips semula macam mana nak tarik minat anak makan semula.

PERTAMA
Sebelum mula kena pastikan emosi anak stabil sebelum nak makan. Jika anak tengah nangis, kenalpasti tangisan anak jenis apa dan selesaikan dulu baru boleh pujuk anak nak makan.

 

Mengikut pakar ada 5 jenis tangisan
1. Sakit
2. Mengantuk
3. Lapar
4. Sedih
5. Takut

Tiada istilah nangis mengada. Kalau mengada bukan nangis, cuma buat bunyi sahaja. Atasi punca mereka nangis baru boleh pujuk untuk makan.

Terdapat 5 Teknik menarik semula minat anak kepada makanan.

1. WARNA
– Tukarkan pinggan ke pinggan berwarna tapi elak gunakan warna seperti merah, hitam, dark brown yang kurang mengambil perhatian anak. Warna seperti kuning, hijau, biru, purple warna yang menarik.
– Gunakan pelbagai warna dalam masakan
– Presentation makanan tu penting.
– Setakat nasi goreng dengan telur je nampak putih, dull, boring ajer. Cuba tambah warna dari sayur sayuran, sumber protein atau condiments macam peper, daun sup, daun bawang etc.

2. BENTUK
– Dari bagi sandwhich 4 segi yang boring potong dalam pelbagai bentuk, segi empat ke, bulat ke, star ke.
– Boleh beli cookie cutter dekat kedai (ala Mr Diy, Daiso semua ada) dan waktu nak buat bentuk AJAK anak sekali biar dia buat sekali.
– Tak terhad kepada sandwhich, buah boleh, ice cream homemade boleh, nasi boleh.
– Pernah tengok bento yang buat bentuk muka/kartun gitu?
– Kalau kita rasa menarik anak pun akan tertarik nak makan.

3. JOIN
– Maksudnya kita bagi mereka join sekali dalam proses nak buat makan. Ini termasuk Proses Pembelian, Proses Penyediaan, Proses Masak dan Proses plating (letak makanan atas pinggan fan hidang).
– Kesilapan ramai ibu bapa adalah tidak melibatkan anak dalam proses ini dari A sampai Z. Selalu sekerat jalan. Anak tak dapat nak tengok apa jadi kepada makanan dari awal sampai akhir.
– Lebih banyak penglibatan anak, lebih tinggi minat anak nak makan.

4. BUNYI
– Yes…bagi anak anak kecil kita boleh buat bunyi kapal terbang ke, choo choo train ke, kereta ke waktu nak menyuap.
– Kalau tak reti buat bunyi, SEMBANG dengan anak. Ni colour apa, ni sayur apa, ni makanan apa. Percayalah bila kita sembang anak lagi suka dan lagi seronok waktu nak makan.
– Masalahnya ramai ibu bapa sekarang waktu makan bukan tengok anak tapi lihat FON, ini lah yang buat anak tak seronok. Suka ke bila kita makan dengan kawan kawan waktu nak sembang, si kawan sibuk hadap fon?

 

5. IKON
– Sebelum waktu makan boleh pasangkan show-show yang cerita mengenai makanan sihat atau mereka makan dengan banyak.
– Ini nak sentuh bahagian psychological di mana secara tak sedar sedang menggalakkan anak untuk makan sebab adanya ikon mereka.
– Ada banyak show, saya siap buat posting lagi tentang show show yang mak ayah boleh download untuk pasang sebelum makan. Kita boleh guna ikon sebagai model/contoh baik.
– Example: Haaa tadi nampak tak upin ipin makan buah banyak tadi?

Harap harap ini membantu mommies dan daddies luar sana.

 

Published by
Siti Ramlah Mahmud