“Dah Nak Dekat Raya Abang Oii.” Telinga Anak Lan Solo Koyak Kena Bucu Kabinet. Mujur Tak Teruk!

Share

Malang tak berbau, boleh berlaku pada bila-bila masa dan terkena sesiapa saja. Itulah yang berlaku kepada anak lelaki penyanyi Lan Solo iaitu Mohamad Akid Qassyaff yang telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti malaya (PPUM) semalam apabila telinga koyak akibat terkena bucu kabinet.

Sumber foto: Instagram Lan Solo

Ketika kejadian, Lan sedang sibuk berniaga di Starvendors KLCC Mega Raya 2023 dan telah mendapat panggilan dari anak perempuannya yang memberitahu tentang hal itu.

“Alahai nak, dah dekat nak raya ni. Biasanya budak-budak dekat raya kalau ke hospital sebab mai bunga api atau mercun.

Ini tak, lompat-lompat lepas tu jatuh kena bucu kabinet televisyen.”

Kata Lan, dia dan isteri berasa cemas apabila mendapat tahu tentang hal ini. Tinggal anak sekejap nak pergi berniaga tapi diuji jadi begini dalam bulan yang baik begini.

Lan berkongsi tentang hal ini menerusi Instagram dan turut melahirkan rasa syukur kerana Akid tidak mengalami kecederaan parah.

Baca Juga:

“Memang Penang Mai, Sempoi.” Gelagat Jebat Cakap Utara, Serupa Sungguh Macam Sharnaaz Ahmad!

“Ibu Dah Cuba Kuat, Lillahitaala.” Menangis Di Mahkamah, Shuhada Beritahu Dirinya Hamil 10 Minggu

Selamba Peluk & Cium Anak Tanpa Kebenaran, Preity Zinta Luah Rasa Kesal Orang ‘Ceroboh’ Privasi

Walaupun begitu, sebagai seorang ayah dia tetap risaukan keadaan anaknya. Menurut Lan lagi, ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Akid pernah mengalami kecederaan yang lain.

Sumber foto: Instagram Lan Solo

“Alhamdulillah tak teruk sangat lukanya tu tapi biasalah mak ayah kan. Faham-fahamlah. Sebelum ni dahu kiri, lepas tu belah kanan koyak. Yang ni di telinga pula. Akid oh Akid..”

Sumber foto: Instagram Lan Solo

Sekadar recap, Lan dan isterinya, Nur Sheila Hassim mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Mohamad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quzandra.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
Emy H