Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2020, dah bersedia ke mak ayah dengan car seat yang diwajibkan untuk anak-anak berumur 12 tahun ke bawah. Dah Berjaya ke latih anak-anak untuk duduk dalam car seat?
Memang tak dinafikan jika tidak menjadi kebiasaan untuk anak-anak kecil berada dalam car seat ia pastinya agak sukar. Tapi demi untuk keselamatan mereka, mama papa kena berusaha lebih sedikit. Proses pengulangan kan biasanya berkesan kepada si kecil, jadi mama papa jangan mudah putus asa. Ingat ini semua untuk kebaikan mereka.
Melalui perkongsian yang dibuat oleh Uswatun Hasanah Mohd Habib di laman Facebook, beliau turut berkongsi pengalaman sendiri memandu ke tempat kerja dengan dua anak yang masih kecil.
.
Dalam perkongsian tersebut, Uswatun turut menyenaraikan lima tip untuk mama papa buat bagi membiasakan si kecil duduk dalam car seat sepanjang perjalanan.
Anak menangis, jadi apa masalahnya? Apa perlunya anda gabra dan susah hati dengan anak yang mengamuk kerana tak mahu duduk di car seat? Anak tak sakit, tak cedera dan bukan lapar, bukan? Dia hanya protes. Tak kira berapa kuat anak menjerit, mengalah BUKAN caranya. Letak di car seat berhentikan kenderaan untuk tenangkan anak bila dah tak terkawal letak semula anak di car seat dan teruskan perjalanan ULANG langkah ini walau 100x ia di perlukan.
Ia boleh di lakukan. Saya dahulunya adalah ibu berkerja yang memandu 2 anak kecil bersendirian SETIAP HARI ke tempat kerja yang mengambil masa 35-40 minit jarak sehalanya. Maka SAYA TAHU PROSESNYA, SAYA TELAH LALUI DAN SAYA FAHAM.
Situasi terburuk yang pernah saya hadapi? tersekat dalam kesesakan selama 3 jam akibat banjir kilat bersama 2 anak kecil hingga jam 10 malam.
Dalam bab car seat , TIADA ISTILAH KASIHAN DENGAN ANAK MENANGIS TAK KIRA BERAPA TERUK ATAU BERAPA LAMA ANAK NAK MENANGIS. INI SOAL NYAWA. TITIK. alasan. ber tapi, tapi.
1. ‘ Practice makes perfect ‘
Saya mengamalkan berlatih setiap hari memandu bersama anak sekitar 2 MINGGU SEBELUM saya perlu masuk kerja mengikut waktu saya patut sampai ke pejabat dan habis kerja. Percayalah, anak yang telah biasa duduk di car seat pun masih akan meminta untuk melepaskan diri sekali-sekala. Dalam isu ini, latihan demi latihan mungkin tidak akan menyempurnakan keadaan, tetapi akan amat-amat banyak memudahkan dari sudut ‘faham’ jalan. Peluang berlatih akan membuat anda faham jalan mana yang kurang berisiko dari segi kurang sesak,tidak banyak lampu isyarat dan lebih banyak tempat yang sesuai untuk memberhentikan kenderaan jika anda perlu menyusukan atau mententeramkan anak. Latihan juga memudahkan anda ‘membaca’ jika jalan yang anda pilih bakal sesak pada waktu-waktu tertentu seperti ketika murid sekolah tamat waktu persekolahan atau usai solat Jumaat. Latihan bukan sahaja membuat ibu/ayah lebih bersedia,malah anak lebih biasa dengan rutin menaiki kenderaan.
2. Rancang perjalanan anda
Saya lebih suka keluar lebih awal diwaktu pagi ketika anak masih tidur. Maka, anak mungkin tidak terjaga langsung disepanjang perjalanan atau bangun ketika sudah hampir tiba ke destinasi. Buat anda yang asyik bergelut dengan anak yang pasti menangis setiap kali diletakkan didalam car seatnya, boleh mulakan dengan membawa anak menaiki kenderaan ketika dia sedang tidur. Oleh kerana tidur bukan koma,bermaksud anak masih boleh sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling, maka perbuatan sengaja memasukkan anak ke dalam car seatnya semasa dia tidur akan membuka ruang untuk anak merasa kurang takut dengan car seatnya. Ini kerana bila anak terjaga dan masih mamai ketika didalam car seatnya, dia akan mula sedar car seatnya tidaklah seteruk yang dia sangkakan.
Susukan anak sebelum mula berjalan dan pastikan lampinnya tidak kotor. Anak yang telah kenyang dan selesa,lebih mudah untuk terlelap semasa di dalam kenderaan atau dapat kekal tenang lebih lama didalam perjalanan. Malah, ibu dapat memandu dengan lebih tenang bila menyedari kalaupun anak menangis, ia PASTI bukan kerana anak lapar atau tidak selesa dengan lampinnya. Pasang skrin penghadang cahaya untuk mengelakkan silau. Semasa berulang-alik dengan anak dahulu,kebetulan saya telah belajar ilmu mengenalpasti tangisan rutin bayi melalui kaedah Dunstan Baby Language. Ia lebih lagi menambah rasa yakin saya. Jika anak membuat bunyi tangisan lapar, ingin sendawa atau tak selesa, saya akan segera mencari tempat untuk memberhentikan kenderaan. Namun,jika anak membuat bunyi tangisan mengantuk/letih, saya hanya akan meneruskan perjalanan kerana anak pasti akan terlelap tak berapa lama kemudian.
4. Cipta suasana menarik didalam kenderaan
Buat bayi di bawah 4 bulan, jika pergerakan kenderaan itu sendiri menyebabkan reflex MORO (tersentak-sentak) mereka jadi lebih teruk ketika di dalam car seat, maka bedunglah anak selepas anda kemaskan tali pinggangnya. Belajar teknik balutan bedung yang sesuai untuk tali pinggang car seat nya di kemaskan.
Gantungkan permainan pada kerusi bayi. Mainan berbunyi lebih bagus. Boleh juga mainkan CD yang menarik minat anak anda. Lain anak lain kegemarannya. Bereksperimenlah. Contohnya, anak sulung saya amat gemarkankan Maher Zain. Dia pasti terdiam malah boleh langsung tertidur bila dipasangkan CD lagu Maher Zain semasa didalam kenderaan. Lain halnya dengan anak kedua saya. Suara saya paling mententeramkan. Maka, saya terpaksa bercakap-cakap dan menyanyi terus disepanjang perjalanan.
5. Usah cepat panik!
Semua manusia takut, tak selesa dan perlu masa untuk terima pelajaran baru atau perubahan. Maka, SEMUA PELAJARAN BARU AKAN BUAT ANAK MENANGIS.
Ini ibubapa tak boleh ubah.
Sikap gelabah ibu/bapa serta cepat mengalah dengan amukan dan tangisan anak lalu menurut kehendak anak adalah HALANGAN kejayaan terbesar bagi anak.
Ini ibubapa boleh ubah. Nak gabra atau tak, itu pilihan anda.
Gelabah ibubapa hanya akan sampaikan mesej pengesahan kepada anak bahawa apa yang dia takuti itu adalah patut dan benar. Lalu anak akan terus mengamuk untuk membuat ibubapanya mengalah. Anak belajar dari pengalaman respon ibubapa terhadap tangisan dan kemahuannya. Ulang baca ayat ini 10x.
Jika anak menangis cuba pujuk dahulu dengan kata-kata. Jika tangisan anak makin memuncak cari tempat selamat untuk berhenti angkat dan tenangkan anak. Bila sudah reda beritahu anak bahawa anda harus kembali meneruskan perjalanan dan teruskan pemanduan (untuk bayi besar-toddler. Jika bayi kecil, terus letak bila bayi kembali diam). Jika anak kembali menangis Ulang semula langkah mententeramkan anak yang sama hatta beratus kali.
Ya, ia memang akan mengambil masa. Namun faktanya, ulang dan ulang ajar itu memang SATU-SATUNYA cara anak kecil belajar. Pengulangan akan kuatkan laluan neural (memori pembelajaran) anak. As simple as that.
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI
Dah diwajibkan untuk si kecil anda duduk dalam car seat tahun hadapan, jadi sekarang tugas mama papa pula nak biasakan diri anak-anak. Paling penting apa yang kita buat ini untuk keselamatan anak-anak!
sumber: Baby Language