Pelakon Indonesia, Acha Septriasa mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua. Berita gembira itu dimaklumkan melalui instagram pada Ahad.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, Acha Septriasa turut memuat naik gambar baby bump yang dirakam dari jarak dekat.
“Ada manisnya tersendiri bisa ikut mencipta. Mengukir nama, membesarkan hidup dan mencipta kenangan bersama.
“Terharu dan bersyukur atas kesempatan kedua menjadi ibu bapa. Bridgia tak lama lagi akan menjadi kakak,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Bagaimanapun setakat ini, Acha Septriasa tidak mendedahkan usia kehamilannya.
Ads
Terdahulu, walaupun kini pasangan ini menetap di Australia, Acha tetap aktif berlakon dan antara projeknya terbarunya ialah sebuah filem yang mengandingkan dirinya dengan aktor Farid Kamil.
Naskhah yang dilakonkan mereka berkisar mengenai perjuangan seorang ahli politik yang juga Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Acha melakonkan watak datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Imbas kembali, Acha Septriasa berkahwin dengan Vicky Kharisma pada Disember 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Bridgia Kalina Kharisma.
Ads
Acha Septriasa mengambil keputusan menetap di Australia untuk mengikut suaminya bekerja di sana sejurus mendirikan rumah tangga.
Pelakon Nad Zainal akhirnya mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga dan bakal bersalin pada pertengahan Oktober depan.
Berdebar menantikan kelahiran bayi ketiganya itu, akui Nad, dia terbuka untuk berkongsikan perkhabaran gembira itu apatah lagi baby bump tidak boleh disorok lagi.
“Insya Allah bersalin pada Oktober nanti. Alhamdulillah fasa hamil kali ini tenang-tenang saja, cuma sekarang musim panas. Demam dan batuk itu biasalah, tapi tak mengapa.
“Suami pun seloroh, dah tak boleh nak sorok (kehamilan) ini. Kalau ada yang tahu, tahulah. Cuma nak buat pengumuman tidaklah,” katanya.
Tambah Nad lagi, berat badannya juga semakin bertambah. Tambah pula kata Nad dia paling gemar makan nasi kandar sepanjang hamil kali ini.
Pun begitu kata Nad lagi, doktor turut menasihatinya supaya mengawal pemakanan.
“Saya boleh nikmati hiadangan Nasi Kandar pada waktu tengahari atau malam. Cumanya saya kena kawal diet selepas dinasihati doktor susulan badan cepat sangat naik,” katanya lagi berkongsi.
Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan kini pasangan ini menantikan cahaya mata pertama mereka.
Melalui perkahwinannya yang terdahulu, Nad dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Apabila disahkan hamil, perkara wajib yang perlu dilakukan oleh setiap ibu ialah membuka buku pink untuk menjalani pemeriksaan antenatal atau dengan nama lainnya adalah pemeriksaan kesihatan ibu mengandung. Ini telah menjadi satu kewajipan bagi para ibu yang baru disahkan hamil. Tidak kira kandungan yang keberapa seklaipun, setiap kehamilan wajib untu ibu membuka buku tersebut.
Ketika hamil, sudah pasti sangat penting bagi seseorang ibu peka terhadap tahap kesihatan diri serta bayi di dalam kandungan. Oleh itu, pemeriksaan secara berkala harus dilakukan bagi memudahkan ibu memantau tahap kesihatan bayi di dalam kandungan.
Di klinik siti, para ibu boleh datang pada bila-bila masa sahaja tidak kira sama ada pada sebelah siang ataupun malam walaupun tanpa temujanji.
Antara pemeriksaan yang boleh dilakukan di klinik ini antaranya:
Untuk mengesan protein, gula dan jangkitan kuman. Ujian air kencing akan dijalankan sepanjang kehamilan anda. Ini kerana, kehadiran sesetengah bahan di dalam air kencing boleh memberi amaran awal kepada doktor mengenai sesuatu kondisi yang mungkin membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan.
Doktor akan memeriksa darah ibu hamil untuk mengesan tahap anaemia dan membuat saringan bagi masalah-masalah yang mungkin akan berlaku. Jika hb kurang dari yang sepatutnya hal ini boleh menganggu pembekalan oksigen ke tisu-tisu badan ibu dan bayi dan boleh memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan.
Selain daripada makan ubat-ubatan yang disyorkan oleh doctor, ibu-ibu juga boleh mengambil sayur-sayuran hijau gelap, ubi, capsicum, asparagus, bunga kobis, kentang, buah-buahan, bijirin, coklat, kekacang, dan lain-lain. Anda boleh mendapatkan konsaltasi daripada doctor di Klinik Siti.
Apabila melalui tempoh kehamilan, terdapat aspek penjagaan kehamilan yang perlu diketahui bagi mengelakkan masalah kesihatan lain seperti Diabetes Gestasi atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM).
Diabetes ini boleh menjejaskan kesihatan ibu dan janin jika tidak dikesan dan dikawal. Wanita hamil mempunyai lebih banyak risiko preeklampsia, jangkitan, macrosomic baby (saiz bayi lebih besar daripada bayi normal yang lain, walaupun tidak semua diabetes gestasi menyebabkan bayi menjadi besar) dan keguguran. Merawat diabetes gestasi sangat diperlukan untuk memastikan janin sihat dan mengelakkan komplikasi semasa kelahiran.
Bagi pemeriksaan rutin antenatal, ultrasound pertama sewaktu buka buku adalah penting kerana ia menentukan tarikh yang tepat bagi anggaran tarikh kelahiran atau Estimated Due Date (EDD). Ia hendaklah dilakukan seawal mungkin iaitu waktu kandungan sekitar 6-7 minggu sehinggalah sebelum kandungan mencecah 12 minggu.
2D scan ni juga adalah standard scan dari 4-40minggu. Boleh dilakukan setiap kali pemeriksaan antenatal. Scan ini lebih pada scan tumbesaran bayi.
MGTT atau istilah yang selalu digunakan para ibu hamil ialah ‘minum air gula”. Di Klinik Siti, terdapat 2 jenis MGTT iaitu air gula perisa asli dan juga berperisa oren. Tujuan air gula perlu diminum sebenarnya adalah untuk menguji kemampuan insulin dalam tubuh, untuk mengetahui sama ada ia boleh berfungsi ataupun tidak.
Jika insulin berfungsi dengan baik, elepas 2 jam ibu hamil minum air gula paras gula dalam darah masih akan normal. Jika insulin bermasalah, paras gula akan naik selepas minum air gula dan anda mungkin mempunyai kencing manis ketika hamil (diabetes gestasi)
Hampir kesemua ibu hamil perlu minum air gula semasa mengandung. Antara faktor risikonya adalah:
Pemeriksaan rutin akan dilakukan pada setiap kali pemeriksaan untuk memastikan ibu dan bayi dalam keaddan baik dan sihat. Pemeriksaan yang akan dilakukan adalah:
7. Suntikan Kancing Gigi
Salah satu imunisasi yang diwajibkan oleh ibu hamil adalah suntikan tetanus atau lebih dikenali sebagai suntikan kancing gigi. Suntikan ini dikenakan sebanyak 2 kali sepanjang tempoh kehamilan
Kenapa anda perlu melakukan pemeriksaan kehamilan di Klinik Siti? Kerana keistimewaan di klinik siti adalah penawaran harga yang berpatutan serta mengetegahkan doktor-doktor wanita yang bertauliah sebagai tunjang utama. Jadi mama tak perlu risau memikirkan bayaran yang mahal dan juga tempatnya yang selesa memudahkan para ibu untuk melakukan pemeriksaan kesihatan disini.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh Whatsapp di 011-10274776 atau layari laman web www.kliniksiti.com. Selain itu, anda juga boleh ke laman Facebook Klinik Siti atau Instagram kliniksiti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jaundis dianggap berpanjangan (prolong jaundice) jika kekuningan yang dialaminya berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi cukup bulan dan 21 hari bagi bayi yang dilahirkan pramatang.
Prolong jaundice yang dialami mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti bayi menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jaundis ini dikenali sebagai breast milk jaundice. Namun, ia tidak membahayakan bayi selagi anda tidak mengambil ubat-ubatan tradisional seperti jamu dan sebagainya.
Ia mungkin juga disebabkan oleh penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis menjadi pucat dan air kencing berwarna pekat.
Kekurangan hormon ataupun masalah kelenjar tiroid, berlakunya jangkitan kuman pada saluran air kencing dan orrgan hati mempunyai masalah kesihatan ataupun komplikasi seperti biliary atresia, neonatal hepatitis dan choledochal cyts pun boleh menjadi puncanya.
Kebiasaannya, bayi yang mengalami jaundis berpanjangan akan diperiksa berdasarkan berat lahir dan perkembangannya. Setelah semuanya diperiksa melalui ujian darah dan air kencing dan keputusannya adalah normal, maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice. Tiada rawatan yang perlu dilakukan kerana ia akan hilang sehingga bayi berusia dua bulan.
Walau bagaimanapun, jika ada tanda merbahaya seperti najis bayi berwarna kuning pucat atau air kencing berwarna gelap, keadaan itu mungkin berkaitan dengan masalah hati tersumbat. Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya bayi menunjukkan tanda seperti ini kerana dikhuatiri dia mempunyai masalah lain daripada jaundis.
Dapatkan pemeriksaan doktor segera jika jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan, peningkatan kekuningan yang cepat, bayi disahkan mengalami kekurangan G6PD, dia kelihatan tidak aktif dan langsung tidak mahu menyusu serta najis bayi kelihatan pucat ataupun air kencingnya adalah pekat.
Berikut adalah amalan yang boleh diamalkan ketika anda hamil pagi supaya bayi yang dilahirkan tidak mengalami jaundis berpanjangan.
1. Makan kurma ketika umur kandungan enam hingga sembilan bulan.
2. Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan.
3. Dua bulan sebelum melahirkan amalkan pengambilan suplemen vitamin B.
4. Amalkan meminum jus pegaga.
5. Elakkan minum kopi dan teh berlebihan.
6. Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.
7. Amalkan pemakanan sihat.
8. Baca ayat al-Quran dan banyakkan berdoa.
9. Bersikap positif dan hindari stres keterlaluan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!