Kehamilan

“Dah Nampak ‘Baby Bump’, Bridgia Akan Jadi Kakak.” Acha Septriasa Hamil Anak Ke-2

Share

Pelakon Indonesia, Acha Septriasa mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua. Berita gembira itu dimaklumkan melalui instagram pada Ahad.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, Acha Septriasa turut memuat naik gambar baby bump yang dirakam dari jarak dekat.

“Ada manisnya tersendiri bisa ikut mencipta. Mengukir nama, membesarkan hidup dan mencipta kenangan bersama.

“Terharu dan bersyukur atas kesempatan kedua menjadi ibu bapa. Bridgia tak lama lagi akan menjadi kakak,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bagaimanapun setakat ini, Acha Septriasa tidak mendedahkan usia kehamilannya.

Terdahulu, walaupun kini pasangan ini menetap di Australia, Acha tetap aktif berlakon dan antara projeknya terbarunya ialah sebuah filem yang mengandingkan dirinya dengan aktor Farid Kamil.

Naskhah yang dilakonkan mereka berkisar mengenai perjuangan seorang ahli politik yang juga Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Acha melakonkan watak datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Imbas kembali, Acha Septriasa berkahwin dengan Vicky Kharisma pada Disember 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Bridgia Kalina Kharisma.

Acha Septriasa mengambil keputusan menetap di Australia untuk mengikut suaminya bekerja di sana sejurus mendirikan rumah tangga.

Kredit: IG Acha Septriasa & MH

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy