Kebanyakan ibu pasti merasa sedih jika sampai fasa untuk bercerai susu. Risau jika anak tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya atau gusar mungkin anak akan menjauhkan diri jika sudah tidak menyusu badan. Bercerai susu adalah satu proses di mana ibu menghentikan penyusuan dengan anaknya. Biasanya fasa bercerai susu ini diadakan apabila si kecil sudah mula mengambil makanan lain selain susu ibu.
Artikel Menarik: [“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu]
Ia adalah proses yang normal dalam perkembangan anak dan keputusan berpisah susu adalah di tangan ibu dengan melihat keadaan anaknya. Keputusan untuk menghentikan proses menyusu badan seharusnya bukan kerana pengaruh orang lain. Keputusan ini harus dihormati dan mendapat sokongan suami kerana ia bukan sekadar perhubungan fizikal tetapi juga kesihatan emosi.
Sekiranya ditanyakan waktu yang sesuai untuk seorang ibu bercerai susu dengan anakny adalah pada usianya dua tahun ke atas. Pada waktu ini, susu badan telah memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan si anak. Tambahan pula, anak ketika itu sudah mengambil makanan lain dan keperluan nutrisinya boleh dipenuhi dengan pengambilan sayuran dan buah-buahan.
Semasa usia anak menginjak dua tahun, dia sudah memahami kata-kata ibunya. Untuk memulakan fasa ini, anda boleh bersembang dan terangkan kepadanya tentang bercerai susu. Perlahan-lahan jika sering diberitahu ibunya, si anak akan mula memahami dan bersedia untuk dihentikan penyusuan susu badan.
Artikel Menarik: [Naik Flight Dengan Famili, Fazura Kecewa Diherdik Bawa Anak Anak Kecil & Kanak-Kanak Autisme]
Biasanya doktor akan menyarankan ibu untuk menghentikan proses penyusuan jika sedang hamil. Ketika hamil, keperluan nutrisi akan berganda dari biasa. Sekiranya ibu mengandung menyusukan anak, berkemungkinan mudah merasa letih dan sering pitam kerana kekurangan tenaga. Nutrisi yang ada perlu dikongsi tiga, jadi sesetengah ibu mungkin tidak mampu dan dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti menyusukan anak.
Pun begitu, jika si ibu mampu dan tidak mengganggu tahap kesihatannya penyusuan badan tidak menjadi masalah. Jika anda sedang hamil dan masih menyusukan anak kecil, seeloknya ambillkan makanan yang kaya nutrisi dan amalkan pengambilan suplemen. Selain itu, ibu juga perlu banyak berehat dan minum air kosong secukupnya.
Untuk memastikan ibu hamil menyusukan anak dengan cara yang betul, dapatkan bantuan daripada kaunselor laktasi untuk berkongsi tip dengan mereka. Ia penting supaya tidak memberi kesan kepada fizikal si ibu.
Untuk ibu yang mahu berhenti usia ketika anak sudah besar, anda boleh memberitahu kepada mereka satu atau dua bulan lebih awal tentang hal ini. Kerap memberitahu anak tentang hal ini akan menggalakkan subconscious anak tersebut. Selain itu, para ibu boleh mengurangkan kekerapan sesi menyusu dan pendekkan masa dari biasa.
Sekiranya anak anda jenis yang suka ‘mengempeng’, inilah waktunya yang sesuai untuk anda kurangkan masa mereka menyusu. Jika anda tidak meminta untuk menyusu, jangan pelawa mereka. Biarkan mereka terbiasa dengan hal ini, lama-kelamaan untuk berhenti ia akan jadi lebih mudah.
Selain itu, anda boleh menarik perhatian anak dengan memberi makanan atau minumam kesukaannya apabila dia mula menunjukan signal untuk menyusu. Ketika siang, pelbagaikan aktiviti dengannya agar dia mudah letih dan tertidur sendiri pada waktu malam. Ibu juga boleh mengenakan pakaian yang sukar diakses untuk menyusu.
Artikel Menarik: [“Demi Anak Pertama, 6 Tahun Tunggu.” Bakal Ibu Ni Tak Kisah Kulit Muka Naik Jerawat Teruk]
Anda perlu bersedia dari segi kekuatan emosi kerana penceraian susu bukanlah sesuatu yang mudah buat ibu juga. Setelah sekian lama anak sentiasa berada di sisi menyusu badan, tiba-tiba mereka tidak menyusu lagi. Proses bercerai susu boleh lah dibuat secara berperingkat supaya ia menjadi mudah dan positif. Hal ini juga boleh mengelakkan payudara dari bengkak atau masisitis jika dilakukan secara berperingkat.
Ibu perlu tetapkan target bila mahu hentikan penyusuan supaya tidak melakukan secara mendadak jadi anak juga tidak terkejut dan menggangu emosi anak. Anda perlu sentiasa positif terhadap keputusan yang dibuat kerana ia akan mempengaruhi si anak juga.
Dapatkan sokongan dari teman-teman yang berpengalaman menghentikan proses penyusuan badan. Selain itu, pastikan anda suarakan keinginan ini kepada suami agar dia dapat memberi sokongan penuh terhadap keputusan untuk bercerai susu.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/