“Dah Pesan Jangan Ke Situ.. Abang Jerit Adik Dalam Air.” Anak 3 Tahun Korban Banjir

Share

Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi korban pertama banjir yang sedang melanda Pantai Timur di negeri ini, selepas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam tali air di Kampung Kebor Besar, Kuala Terengganu.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Sufi Ijaz Sobre, tiga tahun, melihat air banjir bersama bapanya, Sobre Ramli, 33; abangnya, Muhammad Shakir Wafiudin, lapan tahun dan adik, Muhammad Shafiq Arshad, berusia satu tahun, kira-kira jam 4 petang.

[Baru Nak Lari, Terus Digigit Buaya. Ibu Syukur Anak Selamat, Hanya Kaki Cedera]

[Anak Paling Kita Rasa Mencabar Perangai Dia, Itulah Yang Sama Personaliti Dengan Kita]

Usaha mencari mangsa sedang dilakukan pasukan Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu di lokasi kejadian.

Sobre berkata, kejadian berlaku ketika Sufi bersama abangnya, Shakir, melihat air sungai dari atas jambatan yang hanya terletak kira-kira 10 meter dari lokasi dia dan anak bongsunya berada.

“Saya tiba di sini jam 4 petang. Ketika sampai, kami melihat air di tepi kawasan rumah yang dinaiki air tetapi saya sedari abang mengajak adiknya ke jambatan.

“Saya sudah pesan jangan ke situ (atas jambatan) kerana bahaya. Dalam beberapa saat sahaja selepas itu abang menjerit memberitahu adik dalam air.

“Saya terus terjun tetapi arus sangat deras sebelum kembali ke tebing menghubungi saudara mara dan isteri, Nurul Ain Bakri, 33, yang sedang bekerja di Politeknik Kota,” katanya.

Sobre berkata, sebelum kejadian dia baharu sahaja mengambil tiga anak itu yang berada di rumah ibunya di Kampung Tetambah di sini, selepas pulang bekerja.

Katanya, sebelum pulang ke rumah mereka, dia membawa tiga anaknya untuk bermain air di kawasan berkenaan tanpa menduga hasrat itu bertukar tragedi.

Kredit: Berita Harian

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy