Ibu mana yang tidak terkesan bila mana anak cedera hingga terpaksa menjalani pembedahan kecil. Rasa sayu dan sedih melihat anak terpaksa menanggung kesakitan.
Minggu lalu penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berkongsi kisah Aafiyah yang terpaksa menjalani pembedahan kecil di bahagian dagunya selepas jatuh dari skuter.
Enggan kejadian yang sama berulang lagi sekali pada Aafiyah mahupun adiknya, Afwa, Dato’ Siti terus membuat skuter tersebut.
Hal itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi kesayangan ramai itu menerusi satu sesi live di Instagramnya.
“Selepas kejadian itu saya terus buang skuter tersebut kerana takut terjadi kepada Afwa pula,” kata Siti selepas mendakwa dia turut dimarahi suami.
Mengimbau cerita mengenai tragedi itu, Siti memberitahu dia terdengar anak perempuannya meraung dan menangis ketika sedang bersiap- siap untuk menghadiri satu acara.
Ads
“Sebenarnya sudah lama saya beli skuter tersebut dan kerap juga Aafiyah bermain tetapi hari itu memang ditakdirkan dia terjatuh.
“Masa saya tengah bersiap saya dengar suara Aafiyah menangis meraung kesakitan.
“Saya turun tengok dagu dia, yang ini mesti kena jahit ni sebab dalam. Nasib baik tak panik tengok darah,” ceritanya.
Ads
Namun kejadian berkenaan telah membuatkan Datuk K marah kerana membenarkan anak bermain skuter tanpa memakai alat pelindung keselamatan.
“Reaksi Datuk K apabila Aafiyah terjatuh skuter pada hari itu memang (buat) saya kena marahlah.
“Tetapi saya senyap sahaja sebab sedar (insiden) berlaku atas kesilapan saya juga.
Ads
“Sebelum Aafiyah main, dua hari sebelum tu dia (Datuk K) dah pesan jangan bagi anak main. Tak ada safety tu, tak pakai topi keledar,” kongsinya.
Selepas kejadian itu, dia terus membuang skuter tersebut kerana bimbang kejadian yang sama akan berulang pada anak lelakinya, Muhammad Afwa yang berusia hampir dua tahun.
Siapa yang tak bersyukur bila pasangan mula berubah ke arah yang lebih baik. Begitu juga buat penyanyi Usop yang apabila isteri tercintanya, Nur Fatihah Md Hashim kini menutup aurat dengan tampil bertudung.
Menurut Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 24, dia sangat terharu dengan perubahan Nur Fatihah yang sebelum ini hanya mengenakan turban sahaja.
“Sekitar empat bulan lalu, saya pernah cakap kepada isteri jika mahu dimurahkan rezeki kenalah jaga penampilan termasuk menutup aurat. Sejak daripada itu, dia mula berubah sedikit demi sedikit.
“Saya terharu apabila isteri berubah ke arah itu malah dia banyak membeli tudung untuk dipakai. Awal dahulu dia hanya pakai turban dan sekarang sudah bertudung penuh,” katanya memetik mStar.
Bagaimanapun, Usop tidak menafikan wujud perasaan bimbang sekiranya isteri diuji dalam proses istiqamah.
“Gembira tetapi ada juga rasa bimbang kalau hatinya diuji dan kembali kepada imej asal. Sebab itu saya cukup takut nak beri komen jika lihat-lihat mana-mana selebriti yang buka tudung kerana khuatir terkena pada batang hidung sendiri.
“Gambar-gambar isteri tidak bertudung pun saya akan padam, cuma mengambil sedikit masa disebabkan terlalu banyak,” jelasnya yang sentiasa mendoakan agar hati si isteri sentiasa kuat dalam mencari keredaanNya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu dan mereka bakal menyambut kelahiran anak pertama tidak lama lagi.
“Alhamdulillah usia kandungan isteri sudah memasuki tujuh bulan dan kami berdua memang teruja menantikan kehadiran cahaya mata sulung dan mengharapkan agar semua berjalan lancar,” kongsi Usop.
Kredit: mStar; IG Usop Official & Tik Tok TeHa Richer
Detik melahirkan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Ketika itu, sokongan suami dengan berada di sisi isteri ketika mengharungi kesakitan kontraksi amat diperlukan.
Jika hospital pilihan anda berdua membenarkan suami menemani isteri, berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan buat suami ketika berada di dalam bilik bersalin.
1. Kuatkan semangat
Suami adalah hero buat isteri dan si anak. Jadi, papa kena kuat daripada segala aspek. Kalau takut darah atau jarum suntikan, papa kena bertahan dan kuatkan semangat. Sebaik-baiknya, papa berdiri atau duduk dekat dengan bahagian kepala isteri supaya dekat dengan telinganya. Tentu ia akan lebih memudahkan anda memberi kata-kata semangat dan pada waktu kontraksi menyerang, papa dapat mengosok bahagian belakang isteri.
2. Tahu teknik meneran
Sebab inilah papa perlu sama-sama menyertai kelas antenatal. Dengan itu, papa dan isteri boleh belajar teknik meneran yang betul. Jadi, apabila tiba masanya, papa dapat membantu mengingatkan isteri, cara meneran dengan betul supaya bayi dapat dikeluarkan dengan lancar.
3. Bacakan doa dan zikir
Ketika sakit kontraksi datang, kadang-kadang isteri hilang kawalan. Disebabkan itu, mungkin isteri lupa doa dan zikir yang patut diucapkan bagi mengurangkan rasa sakit. Untuk itu, papa kena jalankan peranan dengan membantu membacakan doa dan zikir yang berkaitan.
4. Bantu isteri meneran
Ketika tiba saat untuk meneran, papa perlu memberi sokongan. Antara yang boleh papa lakukan ialah mengampu badan isteri atau memegang erat tangannya agar lebih mudah untuknya meneran.
5. Redakan kesakitan isteri
Proses meneran mungkin berlaku lebih daripada sekali. Tambahan pula, meneran hanya boleh dilakukan ketikan kontraksi datang menyerang. Semasa tiada kontaksi cuba redakan kesakitan isteri dengan mengurut bahagian belakangnya, mengelap peluh mahupun bisikkan kata-kata semangat. Papa boleh juga berzikir dan membaca doa bersama-sama isteri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika kita pelik dengan selera adik yang viral makan nasi lemak dengan kek coklat, penyanyi Tajul juga turut sama meninggalkan rasa pelik di kalangan wargamaya bila mana tampil makan nasi goreng bersama ubat gigi.
Menerusi akaun TikTok milik isterinya, Nur Shamieza Eddie, Tajul mencuri perhatian ramai bila mana makan dengan cukup berselera bersama ubat gigi ketika pasangan itu bercuti ke Bangkok, Thailand.
“Pelik-pelik mengidam dia ni.
“Tolong, baru dua hari duduk Thailand dah pelik perangai laki aku ni,” katanya berkongsi menerusi video yang dikongsikan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh isterinya itu, Tajul dipercayai teringin untuk makan ubat gigi semenjak berada di negara tersebut.
Malah di dalam video itu juga, Tajul dilihat meletakkan sedikit ubat gigi di dalam sudu nasi goreng sebelum menikmatinya dengan penuh berselera.
Memang pelik sehingga ada yang mengatakan Tajul berkemungkinan mengidam atau terkena alahan isterinya yang mungkin mengandung.
Namun hal itu tidak dijelaskan oleh isterinya dan membiarkan aksi pelik makan nasi dengan ubat itu menjadi tanda tanya di kalangan wargamaya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur namun ada juga yang terkejut melihat tindakan Tajul yang bersahaja makan ubat gigi dengan nasi goreng.
Lain dari yang lain namun pasti ada sebabnya bila Tajul begitu teringin untuk makan sebegitu.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.