Ibu mana yang tidak terkesan bila mana anak cedera hingga terpaksa menjalani pembedahan kecil. Rasa sayu dan sedih melihat anak terpaksa menanggung kesakitan.
Minggu lalu penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berkongsi kisah Aafiyah yang terpaksa menjalani pembedahan kecil di bahagian dagunya selepas jatuh dari skuter.
Enggan kejadian yang sama berulang lagi sekali pada Aafiyah mahupun adiknya, Afwa, Dato’ Siti terus membuat skuter tersebut.
Hal itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi kesayangan ramai itu menerusi satu sesi live di Instagramnya.
“Selepas kejadian itu saya terus buang skuter tersebut kerana takut terjadi kepada Afwa pula,” kata Siti selepas mendakwa dia turut dimarahi suami.
Mengimbau cerita mengenai tragedi itu, Siti memberitahu dia terdengar anak perempuannya meraung dan menangis ketika sedang bersiap- siap untuk menghadiri satu acara.
“Sebenarnya sudah lama saya beli skuter tersebut dan kerap juga Aafiyah bermain tetapi hari itu memang ditakdirkan dia terjatuh.
“Masa saya tengah bersiap saya dengar suara Aafiyah menangis meraung kesakitan.
“Saya turun tengok dagu dia, yang ini mesti kena jahit ni sebab dalam. Nasib baik tak panik tengok darah,” ceritanya.
Namun kejadian berkenaan telah membuatkan Datuk K marah kerana membenarkan anak bermain skuter tanpa memakai alat pelindung keselamatan.
“Reaksi Datuk K apabila Aafiyah terjatuh skuter pada hari itu memang (buat) saya kena marahlah.
“Tetapi saya senyap sahaja sebab sedar (insiden) berlaku atas kesilapan saya juga.
“Sebelum Aafiyah main, dua hari sebelum tu dia (Datuk K) dah pesan jangan bagi anak main. Tak ada safety tu, tak pakai topi keledar,” kongsinya.
Selepas kejadian itu, dia terus membuang skuter tersebut kerana bimbang kejadian yang sama akan berulang pada anak lelakinya, Muhammad Afwa yang berusia hampir dua tahun.
Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma