Jarang-jarang bercuti dek kerana kesibukan bekerja, Fazura dan Fattah Amin kali ini meluangkan masa sebaiknya bersama puteri tercinta mereka.
Baru sahaja kembali dari Pulau Langkawi, pasangan ini kini terbang ke Bangkok pula bersama ahli keluarga yang lain untuk bercuti.
Menariknya banyak perkongsian video dan gambar percutian keluarga ini yang dikongsikan Fazura di Instagramnya. Begitu juga dengan akaun rasmi mereka, @fattzuralovelife.
Paling menarik kata Fazura, berkunjung ke Bangkok setelah sekian lama membuatkan dirinya terkenangkan momen ketika dia mula mengandungkan Fatima dua tahun lalu.
Kongsi Fazura lagi, percutian itu adalah yang pertama kali buat Fatima. Sebelum ini Fatima pernah sama-sama mengikuti mereka ke Bangkok tetapi ketika itu rupanya masih dalam perut lagi.
Rupanya ketika itu kata Fazura, dia sudah pun hamil tetapi masih tidak menyedari akan kehamilan dirinya.
“Teringat last time we were in Bangkok 2 years ago, Faz dah pregnant with Fatima tapi belum tahu.
“Alhamdulillah.. her first time in Bangkok out of mommy’s tummy today.
Ads
“Tak dilupakan yang masih mengharap dan berdoa dikurniakan zuriat. Semoga hari itu tiba tak lama lagi buat kamu, mudah mudahan. Amin,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, beberapa gambar dan video percutian Fazura dan keluarga pastinya mencuri tumpuan ramai.
Sepanjang berada di sana, Fazura turut sama membawa Fatima ke Dream World, khusus untuk menggembirakan Fatima yang ahli keluarga yang lain.
“Fun day out bersama Fatima dan keluarga di Bangkok baru-baru ini.
“Kami pergi ke Dream World pada hari kedua. Memang panas tapi menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk memanjakannya dengan barang kegemarannya (termasuk gula-gula lolipop),” tulis Fazura ringkas di kapsyennya.
Biarpun berpanas, namun semuanya digagahkan jua demi buah hati tersayang mereka.
Ads
Melalui beberapa perkongsian Fazura di Instagramnya, banyak momen menarik yang dikongsikan Fazura untuk Fatima. Malah sifat keibuan Fazura terserlah dengan menyiapkan kelengkapan awal Fatima.
Beberapa pek makanan dan bekalan snek untuk Fatima turut dikongsikan serta disiapkan lebih awal. Semuanya demi untuk memastikan Fatima cukup makan dan mood yang baik sepanjang percutian.
Semalam, 19 Ogos kita baru sahaja dikejutkan dengan berita yang mendukacitakan apabila abang sulung kepada pengacara popular, Uyaina Arshad iaitu Mohd Attaful Uzair bin Arshad telah menghembuskan nafas terakhir.
Berita tersebut disampaikan sendiri oleh Uyaina melalui perkongsian di laman Instagramnya semalam.
Beberapa jam yang lalu, bonda Uyaina, Puan Siti Noor Farah Al-Wafa meluahkan rasa reda di atas pemergian anak sulungnya dan berjanji akan terus menyayangi menantu dan juga dua cucu perempuan sepenuh hati.
“Pedih, perit, luluh, remuk hati Ummi atas pemergian Uzair.. Namun Ummi tetap bersyukur untuk 35tahun ini Uzair sudah menjadi anak Ummi yang sangat baik.
Anak yang sedari kecil sudah menggalas tugas sebagai ketua keluarga dengan baik, anak yang sentiasa menjaga nama baik keluarga, yang menjadi penyejuk hati Ummi, kebanggaan Ummi, anak yang sentiasa sangat menjaga solat dari zaman kanak-kanak lagi, yang selalu ajak solat berjemaah, yang sentiasa rajin ke masjid/surau, yang tidak meninggalkan Al-Quran dan solat-solat sunat, yang sentiasa sangat beraklak mulia, yang sentiasa pemurah, yang sentiasa baik dengan insan insan lain, yang sentiasa menunjukkan contoh tauladan dan nasihat yang baik-baik pada adik-adik dan Ummi.”
“Selagi Ummi hidup akan Ummi terus kasihi dan sayangi Tini, Haura dan Hanessa sepenuh hati Ummi.”
“Pergilah Uzair kembali pada Ilahi.. Ummi redha seredhanya.. Ummi ampunkan segalanya.. Ummi halalkan semuanya.. Semoga Syurga terindah tempatmu duhai permata hati sulungku, Mohd Attaful Uzair bin Arshad..”
Arwah meninggalkan seorang balu dan dua cahaya mata perempuan yang masih kecil iaitu Afreen Haura dan baby Azra Hanessa.
Rata-rata sebak membaca luahan Ummi Uyaina ini kerana setia menyayangi menantu dan cucu-cucu.
Dr. Halina, isteri kepada Angkasawan pertama negara isitu Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi pengalaman ‘cerai’ susu badan untuk bayi kembarnya Emelia dan Eusoff.
Menerutnya, perjalanan ‘wean off’ menyusu badan bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan kekuatan hati kerana melibatkan soal perasaan.
“Selesai sudah perjalanan kami’
“Malam tadi, buat pertama kali dalam 21 bulan, Emelia tak breastfeed sebelum tidur. Eusoff breastfeed beberapa kali tapi Emelia tak. Dia sangat attached dengan saya.”
“Ada ikatan istimewa antara bayi saya dan saya apabila saya breastfeed mereka. Menyusukan membuatkan saya rasa dikehendaki. Menyusukan membuatkan saya rasa penting. Mungkin itulah sebabnya sukar untuk saya melepaskannya.. Tetapi mereka sudah cukup besar sekarang”
Dr. Halina berkongsi, dia menangis mengenangkan perjalanan penyusuan dan ikatan yang cukup istimewa setelah hampir 21 bulan menyusukan si kembarnya itu.
“Saya sedih sebab ‘chapter’ ni dah sampai ke penghujungnya. Saya fikir saya sudah bersedia. Saya begitu yakin tentangnya sehinggalah meraka tidur, air mata mengalir di pipi bila saya ingat balik betapa kecilnya mereka. Sepanjang malam ketika saya sendirian menyusukan mereka.. mengetahui bahawa mereka hanya memerlukan saya.. mereka mungkin tak akan ingat, tetapi saya akan ingat”
“Malam tadi permulaan baru, saya suap mereka dengan susu botol sebelum tidur. Saya pastikan mereka menyusu sehingga kenyang terlebih dahulu. Di atas katil, saya bagitahu mereka berulang kali bahawa sekarang mereka sudah besar. Mereka boleh minum dari botol. Mereka tak perlukan ibu untuk tidur. tak lama lagi mereka akan tidur di bilik sendiri.
“Saya menangis. Eusoff tertidur dalam dakapan saya mendengar saya (sebak) Emelia tengok saya tak tahu nak buat apa.. lepas tu dia minta saya angkat dia. Saya angkat dan peluk dia sampai dia tertidur”
“Dan itu sahaja. Itulah pengakhiran perjalanan penyusuan saya. Menyusukan bayi kembar buat kali kedua. Saya kagum dengan kemampuan badan saya. Sekarang saya tinggal dengan parut yang saya perolehi ini. Sangat bangga dengan diri sendiri. Alhamdullilah…”
Rata-rata warga maya turut berkongsi pandangan dan pengalaman sendiri. Mereka bersetuju bahawa ‘wean off’ bukan sesuatu yang mudah setelah 2 tahun menyusukan anak.
Seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham atau lebih dikenali sebagai adik Alisa Umairah yang menghidap kanser mata tahap empat telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam semalam.
Kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai selepas bapa Alisa iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, sehingga mengundang sebak orang ramai.
Kata bapanya, Alisa Umairah didiagnos menghidap kanser ketika usianya setahun dan telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua matanya pada Mei dan Julai lalu.
Sebelum ini, menerusi beberapa hantaran di laman Instagram @era.je, adik Alisa yang berada dalam kritikal bertemu dengan selebriti popular, Elly Mazlein untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kesihatan kanak-kanak tersebut.
Malah, sebelum ini juga Elly Mazlein telah mengunjungi adik Alisa di kediamannya yang terletak di Labis, Johor selepas selesai menjalani sebuah pembedahan terakhir pada bulan lalu.
Menerusi video yang dikongsikan, artis wanita itu turut membawa beberapa buah tangan termasuklah gula-gula kegemaran adik Alisa.
Ely Mazlein menerusi Instagramnya turut meluahkan rasa sedih atas kehilangan itu.
“Adik Alisa sekarang dah berlari di taman syurga. Adik Alisa seorang anak yang kuat. Adik Alisa berehat ya, Mama Lina akan sentiasa ingat Adik Alisa. Al-fatihah,” tulisnya.
Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita semua ingin memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat, cergas, dan bijak. Namun, ada beberapa tabiat yang mungkin tidak...