Jarang-jarang bercuti dek kerana kesibukan bekerja, Fazura dan Fattah Amin kali ini meluangkan masa sebaiknya bersama puteri tercinta mereka.
Baru sahaja kembali dari Pulau Langkawi, pasangan ini kini terbang ke Bangkok pula bersama ahli keluarga yang lain untuk bercuti.
Menariknya banyak perkongsian video dan gambar percutian keluarga ini yang dikongsikan Fazura di Instagramnya. Begitu juga dengan akaun rasmi mereka, @fattzuralovelife.
Paling menarik kata Fazura, berkunjung ke Bangkok setelah sekian lama membuatkan dirinya terkenangkan momen ketika dia mula mengandungkan Fatima dua tahun lalu.
Kongsi Fazura lagi, percutian itu adalah yang pertama kali buat Fatima. Sebelum ini Fatima pernah sama-sama mengikuti mereka ke Bangkok tetapi ketika itu rupanya masih dalam perut lagi.
Rupanya ketika itu kata Fazura, dia sudah pun hamil tetapi masih tidak menyedari akan kehamilan dirinya.
“Teringat last time we were in Bangkok 2 years ago, Faz dah pregnant with Fatima tapi belum tahu.
“Alhamdulillah.. her first time in Bangkok out of mommy’s tummy today.
“Tak dilupakan yang masih mengharap dan berdoa dikurniakan zuriat. Semoga hari itu tiba tak lama lagi buat kamu, mudah mudahan. Amin,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, beberapa gambar dan video percutian Fazura dan keluarga pastinya mencuri tumpuan ramai.
Sepanjang berada di sana, Fazura turut sama membawa Fatima ke Dream World, khusus untuk menggembirakan Fatima yang ahli keluarga yang lain.
“Fun day out bersama Fatima dan keluarga di Bangkok baru-baru ini.
“Kami pergi ke Dream World pada hari kedua. Memang panas tapi menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk memanjakannya dengan barang kegemarannya (termasuk gula-gula lolipop),” tulis Fazura ringkas di kapsyennya.
MENARIK:
Pandai Dia Mengadu, Daddy Mummy Kena Kerja, Bijaknya Fatima Mengadu Nasib Dengan Nenek!
Mahu Zurafah & Harimau, Sambutan Birthday 2 Tahun Anak Fazura Meriah, Rupanya Fatima Pilih Sendiri!
Paw Daddy Beli Mainan Berjaya, Dah Pandai Minta Toys Sendiri, Ramai Suka Fatima Teruja Shopping!
Biarpun berpanas, namun semuanya digagahkan jua demi buah hati tersayang mereka.
Melalui beberapa perkongsian Fazura di Instagramnya, banyak momen menarik yang dikongsikan Fazura untuk Fatima. Malah sifat keibuan Fazura terserlah dengan menyiapkan kelengkapan awal Fatima.
Beberapa pek makanan dan bekalan snek untuk Fatima turut dikongsikan serta disiapkan lebih awal. Semuanya demi untuk memastikan Fatima cukup makan dan mood yang baik sepanjang percutian.
Gaya sedondon Fazura bersama suami dan Fatima dengan tema rona warna merah jambu serta beberapa warna menarik lain juga menarik perhatian. Cantik!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!