Kehamilan

Dah Puasa Malam, Sebelum Minum Air Gula, Tapi ‘Lekat Kencing Manis, Ini Sebabnya!

Share

‘Air gula tu manis sangatlah doktor. Sebab air itulah saya terkena kencing manis!’ kata seorang wanita hamil setelah didapati bacaan gula di dalam darahnya tinggi, selepas minum ‘air gula’ di klinik.

‘Bacaan gula pada waktu pagi itu salah doktor. Mana mungkin bacaannya tinggi sedangkan semalaman saya tidak makan atau minum!’ tegas seorang wanita hamil yang lain.

ORAL GLUCOSE TOLERANCE TEST (OGTT)

Menurut Dr Anna Liza Roslani, OGTT ialah satu ujian untuk mendiagnosa penyakit kencing manis (diabetes). Individu yang menjalani ujian ini, terlebih dahulu berpuasa selama sekurang-kurangnya 8 jam dan ujian darah pertama akan diambil (fasting blood sugar FBS). Selepas darah diambil, individu tersebut diberi minum air yang mengandungi 75gm glukosa. Tersangatlah manisnya!

2 jam setelah air itu diminum, ujian darah akan diulangi. Tujuan ujian kedua diambil ialah untuk melihat sama ada badan kita berupaya untuk mengawal kandungan gula dalam darah, setelah kandungan gula yang tinggi telah diminum.

MOGTT ialah gelaran untuk ujian OGTT yang dilakukan untuk wanita yang hamil. Cara ujian ini dikendalikan ialah sama dengan OGTT, cuma bacaan paras gula yang dianggap normal adalah berbeza. Ini adalah kerana fisiologi wanita hamil tidak sama dengan fisiologi individu yang tidak hamil.

Untuk individu yang tidak mengalami diabetes, fisiologi badannya berupaya untuk mengawal paras gula di dalam darahnya pada setiap masa. Walaupun kita ‘berpuasa’ di waktu malam, paras gula tidak akan terus menjunam. Ini adalah kerana badan kita akan dapat kesan bila paras gula menjadi rendah, dan kemudiannya hormon-hormon akan bertindak untuk ‘melepaskan’ gula yang tersimpan (stored sugars). Selepas makan (atau selepas minum air gula) pula, gula yang tinggi dalam darah sama ada ‘dibakar’ sebagai tenaga, atau jika berlebihan di’simpan’di organ-organ tertentu (Simpanan ini akan dilepaskan semasa kita berpuasa seperti penerangan saya di atas).

Oleh itu, untuk individu yang tidak ada diabetes, badannya sendiri mampu mengawal paras gula pada setiap masa. Ini berbeza daripada individu yang mengalami diabetes. Waktu tidur, walaupun dia ‘berpuasa’ badannya akan melepaskan simpanan gula, tetapi dengan cara tidak terkawal.

Oleh itu pelepasan gula tersimpan mungkin melebihi apa yang diperlukan. Maka bacaan gula (fasting blood sugar) akan tinggi. Bukannya ujian itu salah!

Dan apabila diberi minuman yang tinggi gula, individu yang mengalami kencing manis tidak berupaya untuk menukarkan secara efektif ke tenaga atau untuk menyimpan gula di organ-organ simpanan.

Jangan salahkan kaedah ujian itu dijalankan. Jangan salahkan minuman air gula (MOGTT) yang doktor suruh anda minum. Faham bahawa MOGTT adalah suatu keadah untuk mengenalpasti masalah kesihatan yang sudah sedia ada.

Kredit: Dr Anna Liza Roslani

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.

Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Published by
Wan Amy