“Kami tidak sempat meraikan ulang tahun perkahwinan pertama (5 Jun) dan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami rancang meraikan di rumah sahaja namun arwah pergi dijemput llahi terlebih dahulu,” kata Leftenan Muhammad Iqmall Muhamad Sukri.
Isterinya, Siti Aishah Mohd Zamri, 26, yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Labuan meninggal dunia pada jam 10.40 pagi Rabu lalu selepas dimasukkan ke wad akibat jangkitan COVID-19 pada 26 Mei lalu.
Arwah disahkan positif selepas seorang pesakit yang menerima rawatan di wad hospital berkenaan positif COVID-19 dan Aishah adalah kontak rapat kepada pesakit.
Muhammad Iqmall yang bertugas sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara di Pangkalan Udara Labuan berkata, 5 Jun tahun lalu masa bernikah arwah isteri tiada sebarang majlis kenduri dilakukan kerana PKP dan arwah hanya menyediakan pelamin bagi mengambil gambar kenangan.
Katanya selepas bernikah mereka ada merancang untuk mengadakan majlis kenduri kendara namun tidak menjadi kenyataan berikutan PKP yang berlarutan selain akibat kekangan tugasannya dan arwah.
Ads
“Namun tidak sangka beliau pergi beberapa hari sebelum ulang tahun pernikahan kami dan lebih memilukan dia pergi bersama anak sulung kami (dalam kandungan) yang diberi nama Muhammad Adam.
“Kali terakhir kami berbual di telefon pada tengah malam Isnin sebelum arwah menjalani proses memasukkan satu tiub ke dalam rongga mulut dan melalui salur pernafasan bagi membolehkan oksigen disalurkan ke paru-paru di wad Unit Rawatan Rapi ( ICU),” katanya ketika dihubungi.
Muhammad Iqmall berkata ketika isterinya menjalani rawatan bantuan pernafasan (CPR) di ICU, pembedahan kecemasan turut dijalankan bagi mengeluarkan bayi berusia tujuh bulan dalam kandungan arwah namun anak mereka juga disahkan meninggal dunia.
Ads
Katanya arwah isteri belum menerima suntikan vaksin disebabkan mengandung.
“Saya reda dengan pemergian isteri tercinta dan di kesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada petugas di Hospital Labuan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana mengambil berat terhadap arwah isteri ketika menjalani rawatan,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Suami dan isteri mempunyai keperibadian yang berbeza. Cara mereka dibesarkan juga tidak sama. Sejak kecil, lelaki dididik untuk menjadi anak yang berdikari dan sentiasa menyelesaikan masalah sendiri. Anak perempuan pula dimanjakan dan lebih kepada melayan perasaan.
Di dalam sebuah videonya, Imam Muda (IM) Hassan ada berkongsi tentang cara suami isteri menangani sesuatu isu itu berbeza. Di dalam videonya itu, IM Hassan ada memberi contoh situasi:
Apabila anak lelaki bermain basikal dan terjatuh lalu ibu bapa akan menyuruhnya bangun dan berhenti menangis. Berbeza dengan anak perempuan, ibu bapa akan memujuk dan bertanya jika si anak sakit di mana-mana.
Itulah yang membentuk perwatakan anak lelaki dan perempuan sehingga dewasa. Oleh itu apabila sudah berkahwin, cara mereka menangani sesebuah masalah itu juga tidak sama. Cara bercakap antara suami dan isteri juga berbeza.
Suami menyelesaikan masalah manakala si isteri lebih suka melayan perasaan. Seperti contoh situasi yang diberikan oleh IM Hassan, apabila seorang wanita itu mendapati rakan di pejabatnya memakai pakaian yang sama dengannya, dia akan bercerita hal itu dengan kawan yang lain untuk meluahkan perasaannya. Hal ini boleh berlanjutan sehingga ke petang.
Apabila pulang ke rumah, si isteri akan bercerita hal yang sama kepada suami. Tidak sampai 10 saat, suami akan menyarankan agar si isteri tidak perlu memakai pakaian itu lagi. Mudah!
Sebenarnya isteri suka bercerita sekadar untuk MELAYAN PERASAAN dan apabila suami mendengarnya, dia akan MENCARI PENYELESAIAN untuk situasi tersebut.
Di dalam video tersebut, IM Hassan turut menasihatkan agar si suami dengarkan luahan isteri kerana itu yang mereka mahu. Beri kepuasan kepada mereka dengan menjadi pendengar yang baik dan kemudian baharulah dicadangkan penyelesaian yang tepat untuk si isteri. Dalam rumah tangga, paling penting untuk suami isteri saling memahami.
Perbezaan cara fikir suami dan isteri dalam percakapan akan menambah seri dalam rumahtangga. Pandanglah ia dari sudut positif! Terimalah ia seadanya kerana ia telah dibentuk sejak kecil lagi. 😊#imammudahassan#ustazKRT#suamiisteribahagia#keluargabahagia#hassanadliboutique#dutaserantaumuslim
Sikap tidak bertanggungjawab seorang suami telah mengakibatkan isteri dan bayi mereka dijangkiti virus kurang imun (HIV). Hal ini dikongsikan oleh seorang peguam, Kirdpon Kaewkird di laman Facebook.
Kejadian viral tersebut berlaku di di Thailand dan mula mendapat perhatian orang ramai selepas wanita malang itu meminta bantuan peguam tersebut untuk memfailkan sama terhadapnya suaminya yang curang.
Menurut peguam itu lagi, jangkitan HIV itu berlaku apabila si suami curang dengan isterinya. Wanita tersebut yang berasal dari wilayah Isaan telah menghubungi peguam terbabit untuk memohon bantuannya mempejuangkan kes ini.
“Wanita tersebut yang tinggal di wilayah Isaan telah menghubungi saya dan memberitahu bahawa suaminya telah menjalinkan hubungan sulit dengan seseorang sehingga dijangkiti HIV.”
Tambah peguam itu, keadaan menjadi lebih teruk buat wanita tersebut kerana jangkitan itu telah menyebabkan bayi mereka yang baharu lahir meninggal dunia disebabkan sikap tidak bertanggungjawab lelaki tersebut.
“Virus HIV menjangkiti isterinya dan kemudian terkena pada bayi mereka juga. Bayi malang itu baru saja dilahirkan apabila dia kemudiaannya jatuh sakit dan meninggal dunia.”
Sebelum kejadian tersebut, si isteri tidak pernah membayangkan suaminya akan curang. Namun akhirnya lelaki itu terpaksa mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan orang lain apabila doktor mengesakan bayi mereka turut dijangkiti HIV.
Memang pentingkan diri sendiri! Sebenarnya lelaki terbabit telah mengetahui tentang keadaan dirinya yang menghidap HIV tetapi tidak berusaha untuk mencegah hubungan kelamin bersama isterinya.
Suami durjana itu boleh didakwa mengikut Seksyen 297 Undang-undang Jenayah negara terbabit yang akan membawa kepada hukuman penjara enam hingga 10 tahun.
Bagi yang kehilangan insan tersayang pasti akan merasai betapa rindunya pada yang dah tiada. Tambah pula, pemergian tersebut dalam keadaan belum bersedia dan sedang melalui fasa kebahagiaan untuk menunggu cahaya mata.
Seperti kisah isteri ini yang kehilangan suami ketika sedang sarat hamil benar-benar satu ujian berat baginya. Namun hidup perlu diteruskan demi amanah yang ditinggalkan oleh arwah suami.
Menerusi perkongsian di Facebook Edit Apa Hari Ini permintaan isteri untuk sunting gambar arwah suaminya benar-benar menyentuh hati dan ramai yang turut bersimpati serta cuba tunaikan hasrat itu.
Masing-masing cuba buat yang terbaik ikut kreativiti dan menghasilkan potret keluarga yang cantik untuk kenangan anak bila dah besar nanti.
Seorang wanita dikenali DhiyaSyajaah MohdAzmi meminta agar gambar dia bersama anak yang baru dilahirkan disunting bersama suaminya yang telah meninggal dunia sewaktu Hari Raya AidilAdha lalu.
“Nak minta tolong pakar-pakar editkan gambar suami berdiri sebelah saya dan anak kami. Arwah suami meninggal masa raya haji, tak sempat lihat anaknya lahir.
“Semoga gambar ini dapat jadi tatapan buat anak kami kelak, mesti dia seronok sangat. Terima kasih semua,” tulisnya.
Dia juga berharap agar gambar tersebut akan menjadi sesuatu bermakna buat anak setelah dewasa kelak kerana mempunyai gambar bersama seorang insan bergelar bapa meskipun takdir memisahkan mereka.
“Cantik sangat gambarnya.. semoga ia menjadi kenangan”
Rata-rata ahli grup tersebut sedaya upaya menghasilkan suntingan bermakna buat tatapan anak arwah suatu masa nanti. Mereka juga berharap agar dengan suntingan tersebut ia dapat menceriakan dan melengkapkan gambar keluarga kecil itu.
Malah, ramai turut menitipkan mendoakan agar arwah suaminya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan anak tersebut menjadi seorang insan yang membahagiakan ibunya.
“Ya Allah..semoga keluarga kecil ni terus kuat dan tabah.”
“Allahu akhbar… Cantik sangat gambarnya.. semoga ia menjadi kenangan”
“Innalillahiwainnalillahirojiun…semoga puan kuat, tabah menghadapi ujian dr Allah SWT..MMG ucapan dan kata-kata tak sama untuk ditanggung tapi puan jaga waris yang ditinggal didik supaya menjadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat insyaallah Amin ya Rabbal Alamin”
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.