
Batuk yang berpanjangan selepas terkena Covid-19 membuatkan kita terus rasa tidak selesa. Selain usahakan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan, cara mudah yang dikongsikan ini mungkin serasi dengan kita.
Tak perlukan ubat, hanya potongan buah limau dan nenas setiap pagi dan sebelum tidur yang dikongsikan oleh Pn Ezan Ed ini boleh anda usahakan. Mana tahu serasi. Jom cuba!
Nak share “ubat batuk” saya pagi ni. Hampir sebulan dah batuk. Lalok makan ubat batuk hari-hari tapi masih jugak tak sembuh.
Akhirnya saya cuba potong buah oren dengan nenas kecil-kecil macam ni. Kemudian tabur sedikit garam. Alhamdulillah semakin ok. Kahak pun kurang. Cubalah.
Anda hanya perlukan:
Sebelah buah oren potong nipis sekali kulit. (Lemon pon boleh.)
Sepotong nenas potong kecil.
1 sudu teh garam. Tabur.
(Edit** Saya makan sekali kulit. Basuh bersih-bersih ye)
Saya makan sebelum sarapan & setengah jam sebelum tidur. Pastikan minum air secukupnya.
Insyallah lega dengan izin Allah SWT!
Menarik: Bibir Mungil Macam Umi, Nampak Sipi-Sipi, Warganet Teruja Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: Ezan Ed
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mainan, Bantal Busuk & Anak Patung Yang Tak Pernah Di Cuci Mungkin Punca Anak Kerap Jatuh Sakit

Anak sudah masuk usia 5 tahun, barang permainan pun semakin banyak. Tetapi pernah tak ibu ayah membasuh mainan kanak kanak walaupun sekali? Eh…perlu ke untuk mencuci barang permainan si kecil?
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat
Perlu ke membasuh mainan kanak kanak?
Pastinya ada dalam kalangan ibu bapa yang keliru, sama ada perlu atau tidak untuk mencuci barang permainan si kecil, bukan? Malahan, mesti terdapat ibu bapa yang berasakan tiada keperluan pun untuk basuh mainan kanak-kanak, kan?
Kebanyakan ibu bapa sering memandang remeh isu ini. Tetapi adakah anda terlupa bahawa bakteria dan kuman boleh berkumpul pada barang mainan si kecil?
Apatah lagi jika si manja mempunyai tabiat memasukkan mainan ke dalam mulut, khususnya bayi. Sudah tentu keadaan seperti itu memudahkan sebarang jangkitan bakteria dan kuman untuk menyerang si kecil.
Kekerapan untuk mencuci permainan tidak perlulah dilakukan setiap hari. Namun terdapat beberapa keadaan yang amat disarankan untuk proses membersihkan barang permainan dilakukan, seperti:
- Barang permainan nampak kotor, khususnya apabila selepas dibawa main di luar rumah atau dikotori dengan makanan yang tumpah
- Anak anda baru sembuh daripada sebarang keadaan kesihatan seperti demam atau selesema mahupun cirit-birit
- Si kecil memasukkan barang permainan ke dalam mulut
- Membersihkan sekurang-kurangnya sekali setiap hujung minggu/ bulan
Kaedah membasuh mainan kanak-kanak - Barang permainan, terutamanya seperti patung boneka seperti teddy bear sememangnya merupakan kegemaran si kecil. Walau bagaimanapun, permainan seperti itulah yang kerap menjadi tumpuan bakteria dan kuman.
Sebenarnya untuk mencuci permainan seperti patung boneka adalah mudah. Namun adakalanya sesetengah barang mainan kanak kanak memerlukan cara pembersihan yang lebih khusus.
Jadi berikut dikongsikan kaedah mencuci barang permainan si kecil yang boleh dicuba:
1. Membasuh mainan anak dengan mesin basuh
Patung seperti patung beruang atau arnab boleh dicuci dengan menggunakan mesin basuh dan sudah tentu ia merupakan 1 perkara paling menyenangkan bagi kebanyakan ibu bapa. Namun terdapat beberapa risiko yang perlu dihadapi.
Perkara paling utama sebelum membasuh mainan anak adalah dengan membaca arahan penjagaan pengeluar yang terdapat pada tag mainan si kecil, terutamanya permainan yang mempunyai butang.
Jika anda memilih menggunakan mesin basuh:
- Pilih menggunakan kitaran lembut bersama air sejuk atau mungkin anda boleh menggunakan air panas (bergantung kepada kesesuaian barang permainan.
- Masukkan bahan pencuci ringan yang tidak dicampur pewangi dan mempunyai bahan antibakteria. Jika tiada, anda boleh menggunakan sabun pencuci baju si kecil. Ikut arahan cucian pada botol sabun dan elakkan daripada menggunakannya dalam kuantiti yang banyak.
- Jika saiznya muat, anda boleh memasukkan barang mainan ke dalam beg pakaian dobi jenis netting (netting laundry bags). Ia dapat membantu menjaga bahagian-bahagian tertentu pada permainan seperti mata dan rambut.
- Secara umumnya, penggunaan mesin pengering untuk mengeringkan permainan anak dibolehkan untuk sesetengah jenis mainan seperti patung boneka walaupun ia bukanlah pilihan terbaik.
Ini kerana sesetengahnya mungkin mengandungi bahagian bergam atau bahagian plastik yang tidak dapat menampung haba panas daripada mesin pengering.
Namun, jika masih ingin menggunakan mesin pengering, pilih tetapan suhu panas yang rendah atau tidak panas.
Anda juga boleh memilih untuk menjemurkannya di bawah sinaran matahari atau berhampiran kipas untuk memastikan patung boneka tersebut cepat kering.
2. Mencuci mainan kanak-kanak dengan tangan
Tidak semua permainan direka dengan cara yang sama. Ada sesetengahnya lebih sesuai dicuci menggunakan tangan, seperti lego atau barangan kitchen pretend play seperti pinggan mangkuk plastik.
Untuk membasuh barang permainan atau patung boneka menggunakan tangan, 3 perkara yang anda perlukan:
#Bekas yang cukup untuk mengisi air bagi menenggelamkan setiap permainan dan patung boneka, seperti baldi besar.
#Sabun pencuci ringan. Anda boleh memilih menggunakan sabun pencuci baju si kecil atau sabun pencuci botol susu bayi.
#Kain bersih yang kering.
Berikut adalah cara-cara untuk mencuci:
- Untuk memulakan membasuh mainan anak menggunakan kaedah ini, anda perlu memenuhkan bekas yang anda ingin gunakan dengan air sejuk atau air panas suam.
- Pastikan ia cukup untuk menenggelamkan setiap permainan anak anda.
- Masukkan sesudu sabun pencuci bagi setiap per galon air.
- Tenggelam timbulkan setiap permainan, supaya ia larut sekata antara air dengan sabun pencuci.
- Rendamkan permainan untuk tempoh antara 15 minit hingga sejam, sebelum mencuci, bergantung kepada kesesuaian barang permainan.
Untuk mencuci, anda boleh memilih untuk menggunakan secara terus air daripada paip atau membuang air dalam bekas dan digantikan dengan air bersih. Cuci menggunakan kaedah tenggelam timbul, sama seperti untuk merendamkan mainan tadi sehingga hilang sabunnya. - Untuk mengeringkan patung boneka, anda boleh memicitnya beberapa kali untuk mengeluarkan air kemudian balut dengan kain bersih. Kaedah ini dapat membantu mengeluarkan lebihan air. Kemudian jemur atau keringkan berhampiran kipas.
Bagi barang permainan plastik seperti lego pula, lapkan dengan kain yang bersih sehingga kering.
3. Barang permainan kanak-kanak dengan komponen elektronik
Mencuci bahagian tertentu merupakan 1 cara membasuh mainan yang tidak boleh ditenggelamkan dalam air kerana mempunyai komponen elektronik atau muzik. Sudah tentu ia untuk mengelakkan sebarang kerosakan.
Kaedah ini hanya melibatkan proses mencuci bahagian permukaan mainan dengan mengelap luarannya menggunakan kain lembap bersama sabun pencuci lembut. Anda boleh menggunakan sabun pencuci pakaian bayi atau sabun pencuci pinggan biasa.
Paling penting, elakkan daripada menyebabkan bahagian komponen elektronik atau muzik terkena air.
Akhir kata
Sebenarnya tidaklah sukar untuk membersihkan barang mainan si kecil, bukan? Ia cuma memerlukan kerajinan dan kesabaran untuk mengendalikan barangan yang bersaiz kecil.
Walau apa pun, cuba untuk mencuci barangan permainan si kecil sekurang-kurangnya sebulan sekali, okay? Sudah tentu ia dapat menjamin tahap kebersihan barangan si manja.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bab Membesarkan Anak, Tiada Ibu Gagal. Cuma Allah Bagi Ujian Itu, DIA Sayang Kita!

Bila tengok orang struggle besarkan anak jangan ringan mulut mengata tapi ringankan tulang, tolong apa yang patut.
Ada ibu yang Allah anugerahkan cahaya mata yang mudah dijaga. Periang, tak meragam, mudah ketawa dan pandai main sendiri.
Ada juga ibu yang Allah anugerahkan cahaya mata yang banyak menguji kesabaran.
Pantang ibu letak, menangis.
Pantang tak nampak ibu, mengamuk.
Pantang orang lain sentuh, meragam.
Dua dua ibu bukan ibu yang tak baik.
Dua dua ibu bukan ibu yang tak pandai jaga anak.
Dua dua ibu bukan ibu yang gagal.
Cuma rezeki masing-masing mempunyai anak personaliti, karakter, kemampuan regulasi emosi, keperluan perhatian, stimulasi sensori yang berbeza.
Please stop kita bandingkan anak-anak high demand dengan anak easy going. Betapa ritihnya perasaan seorang ibu bila digelar tak pandai jaga anak, dan dilabel macam-macam oleh mulut orang yang tak memahami dan membandingkan anaknya.
Pedih, kecewa dan perit. Percayalah, Allah tidak pernah menghantar seseorang yakni anak penghuni rahim dalam kehidupan tanpa tujuan dan asbab yang jelas atau sia-sia. Yang penting ibu ibu sayangi anak-anak mereka dan hiasi mereka walaupun ada kalanya terluah pelbagai emosi dan pengalaman yang berbeza. Namun tetap tak menjadikan mereka ibu yang gagal.
Anak-anak merupakan amanah Allah dan tangan kecil itu akan memimpin ke Syurga. Syurga pula tinggi nilainya, jadi inilah harga pengorbanan yang harus kita lakukan untuk meraihnya.
Sehebat mana pun kita dalam membesarkan anak, tak perlu rasa angkuh dan megah. Tak perlu nak mendabik dada dan bandingkan kita dengan orang lain. Rezeki itu milik Allah, setiap orang rezekinya lain-lain. Cukup kita bersyukur dengan apa yang kita miliki. Okay?
Kredit: Hanis Athirah Rusli
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Umur Dah Cecah 14 bulan, Tapi Berat Badan Masih 8kg” Doktor Dedah Rupanya Pemakanan Salah

Semua orang sayang anak. Tiada orang yang tidak sayang anak. Ada anak yang patuh, ada anak yang agak degil. Namun itu tidak mengurangkan rasa sayang kita pada anak.
Bukan sekali melihat seorang kanak-kanak yang datang secara emergency ke klinik untuk mendapat rawatan nebulizer akibat serangan asthma. Bila ditanya, “anak saya mandi dalam kolam renang lebih 3 jam”.
Bila ayah kanak-kanak yang hadir sama bertanya, “Dah tahu anak ada asthma, kenapa biarkan berendam lama sangat?” Ayatnya lebih kurang macam itu.
“Budak tu dah nak sangat mandi. Saya biarkan jerlah”
Saya hanya mendengar saja. Biarlah suami isteri berbincang dan bergaduh. Kita orang luar ‘buat tak tahu saja’. Kita pun bukan berada di tempat kejadian untuk menentukan siapa benar dan siapa salah. Kita pun tak tahu apa yang sedang bermain di fikiran ibu kanak-kanak itu pada ketika itu.
Tapi apa yang hendak saya beritahu lebih dari itu. Kita kasihkan dan sayang pada anak. Tapi perbuatan kita tidak menggambarkannya.
Saya kesian melihat kanak-kanak yang kekurangan berat badan. Bila ditanya, ibu menjawab “Anak saya tiada selera makan”
Saya ingin bertanya begini. Masakan puan tak sedap ke? Tapi tak sampai hati. Takut terlalu tajam. Nanti ada yang terluka. Tapi niat saya mahu tahu mengapa kanak-kanak ini tidak mahu makan masakan ibunya sehingga berat badannya tidak mencapai berat yang sepatutnya.
Umur sudah menjejah 14 bulan, tapi berat badan masih 8kg. Banyak jurang yang perlu diperhatikan dan diisikan.
“Anak saya suka makan jajan, aiskrim. Tak mahu makan nasi” Akhirnya si ibu memberitahu.
Makanan yang tidak berkhasiat memang membunuh selera anak. Apatah lagi jika diberikan pada waktu menghampiri waktu makan. Mereka rasa kenyang dan puas akibat rasa manis dan MSG pada makanan yang baru mereka makan.Jadi apabila si ibu menghulurkan nasi dan lauk, memang anak tak berselera.
Nanti selepas 3-4 jam, anak lapar semula. Pada masa itu, bukan masa makan. Si ibu mungkin menghulurkan pula biskut dan roti. Bila tiba masa makan, anak-anak itu masih kenyang. Tak mahu makan nasi dan lauk yang dihidangkan.
Begitulah kitaran yang berlaku.
Agaknya apa yang berlaku, jika kita biarkan? Seperti mana anak yang dibiarkan berenang dalam kolam renang melebihi 3 jam tadi, mendapat serangan asthma, anak yang dibiarkan mengambil jajan menggantikan makanan yang sebenar (real food) akan mengalami masalah kekurangan nutrisi. Mudah sakit. Perkembangan otak terjejas.
Jika kita sayangkan anak, jangan biarkan. Bertegas sikit. Kalau dia lapar, jangan segera hulurkan roti, biskiu, aiskrim dan jajan. Teruskan berikan nasi dan lauk yang bersesuaian.
Jangan biasakan anak dengan perasa MSG dan manis. Insya Allah anak kita tidak ketagihan jajan, dan makanan ringan.
Saya juga mencadangkan anak-anak ini diberikan minyak sihat terutamanya minyak zaitun. Bergantung pada usia, berikan pada kadar yang bersesuaian. Minyak dan lemak adalah sebahagian dari makronutrien yang diperlukan oleh tubuh. Cari minyak sihat (healthy fat and oil).
Semoga bermanfaat.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI