Bermacam ragam cara kita menyimpan wang. Ada yang menyimpan untuk mendapatkan barangan kesukaan. Ada pula yang menyimpan untuk menambah tabungan.
Menyimpan tabungan ‘duit raya’ khusus untuk diberikan duit raya ini memang lain dari yang lain.
Tak perlukan wang bernilai besar, cukup hanya satu ringgit untuk beri duit raya yang bakal tiba menjelang April nanti.
Perkongsian tip dan cara menyimpan yang dikongsikan oleh Dr Syahr Musafir ini mak-mak kena cuba. Masih sempat lagi sebelum raya nanti. Memang jadi inspirasi!
Saya ada satu sikap malas nak pergi bank untuk tukar ‘duit raya’ jadi beberapa tahun kebelakangan ini, saya mulai kumpul duit RM1 supaya saya boleh guna sebagai duit raya apabila raya puasa tiba.
Nak dipendekkan cerita, setiap kali masuk office saya, saya masukkan 1 keping RM1 atau 2 hingga 5 keping RM1 ke dalam tabung.
Saya fikir kalau saya istiqamah, saya akan dapat minimum 365 keping RM1 pada hujung tahun. Tetapi ada hari saya tak ada not RM1, saya masukkan saja RM5 atau RM10.
Saya pilih not kertas yang baru, elok dan keras je. Yang lama, rosak, ‘dah lembik’ atau seumpamanya saya tak simpan la.
Saya berjaya kumpul RM800 sebelum raya 2022. Untuk tahun 2022 yang baru berlalu bermula selepas raya puasa, saya mulai menabung semula.
Sehingga semalam 1 Januari 2023, petang ini saya keluarkan duit daripada kotak tabung saya dan saya kira. MasyaAllah saya berjaya kumpul RM1234. Alhamdulillah.
Dalam total itu, ada 684 keping not RM1. Kira settle la ‘stok duit raya’ saya bulan Mac nanti. Tak payah nak pergi tukar duit di bank dah.
Tu je nak share cerita. Inspiring tak? Hehehe.
Jadi anak-anak yang datang beraya nanti bakal dapat duit kertas warna biru muda. Jangan tanya berapa keping, itu rahsia.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma