Biasalah kalau ibu-ibu rasa sakit kaki. Waktu sibuk menguruskan hal rumah dan anak-anak tak terasa pun. Bila dapat rehat malam tu, barulah terasa lenguhnya.
Artikel Menarik: [Penat Sangat Jadi Ibu. Nak Kuat & Bersemangat, Baca Zikir Ini Dengan Anak Sebelum Tidur]
Kadang-kadang nak harapkan suami, dia pun letih juga. Baru nak minta tolong, suami dah berdengkur di sebelah! Sama-sama letih. Jangan risau, ibu boleh urut kaki sendiri seperti yang dikongsikan oleh Sarifa Redzuan ini:
#CARA_MUDAH_URUT_KAKI_SENDIRI#
Bila selalu sakit kaki, boleh urut macam ni.
1. Sapu minyak seluruh kaki
2. Guna tapak tangan bergiliran tarik ke bawah ke atas perlahan lahan 6 kali (rujuk gambar 2) – Teknik Alternate Palm
3. Guna penumbuk tarik ke atas 6 kali (rujuk gambar 3) – Teknik Knuckle
4. Buat putaran ke atas 6 kali (rujuk gambar 4)- Teknik Thumb Circle
5. Guna ibu jari urut di tengah tapak kaki dengan laluan ke atas 6 kali (rujuk gambar 5)- Teknik Thumb Gliding
6. Urut bahagian tepi tapak kaki 6 kali (rujuk gambar 6)- Teknik Thumb Gliding
7. Urut bawah ibu jari kaki (rujuk gambar 7)- Teknik Thumb Gliding
8. Tekan setiap jari jari ( rujuk gambar 8) – Teknik Static Pressure
9. Ulang dari langkah 1-8 pada kaki sebelah lagi
10. Lap tapak kaki atau terus pakai stokin
Artikel Menarik: [Bila Dah Jadi Ibu, Tak Ada Istilah Cukup Rehat. Demi Keluarga, Gagahkan Diri!]
Buat setiap malam sebelum tidur. In Sha Allah tidur pun lebih berkualiti. Bangun pagi esok kaki pun ringan ja rasa.
Selamat mencuba, teknik urutan ini nampaknya tidak sukar kalau mahu dibuat sendiri. Dah hebat nanti, bolehlah cuba urut cik abang pula!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minum Susu Ibu Atau Susu Formula. Dua-Dua Pun Perlu Vaksin
Memang benar, susu ibu mempunyai kepelbagaian nutrisi yang baik buat bayi anda. Pun begitu, tidak bermaksud anak itu tidak perlu divaksinkan. Ikuti perkongsian Kaunselor Laktasi, Pn. NurDiana Mohd Rasid tentang isu ini. Semoga ia dapat membantu anda.
Menurut Diana, susu ibu memang yang terbaik. Tidak boleh dibandingkan dengan yang lain walaupun susu formula paling mahal sekalipun. Tiada formula yang boleh ditiru untuk menjadikan susu itu sama khasitnya dengan susu ibu.
Biarpun dengan memberi anak susu ibu dapat menguatkan sistem imunisasinya, ia tidak bermakna anak akan menjadi KEBAL. Sesetengah pendapat bukan profesional mengatakan bayi tidak perlu divaksinkan kerana susu ibu merupakan sumber pertahanan semula jadi bagi mengelakkan serangan penyakit.
APA ITU VAKSIN?
Vaksin dicipta bagi menggantikan kuman virulen (yang berbahaya). Vaksin ini diberikan secara pasif ke dalam badan kita. Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus ataupun bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
“Badan kita dah siap sedia dgn imuniti tersendiri also daripada vaksinasi. Tahu tak bayi boleh dapat imuniti secara tidak langsung daripada ibu masa dari dalam perut (kandungan) dan SUSU IBU?
Tapi imuniti ni tidak spesifik untuk kuman-kuman tertentu tau. Jangan silap di situ. Ini adalah imuniti semulajadi (innate immunity) di mana imuniti secara tidak langsung ni tak sama macam imuniti yang dihasilkan oleh sistem imun badan sendiri jika terdedah kepada penyakit atau menerima vaksinasi.”
SUSU IBU TETAP TAK BOLEH MENJADI PENGGANTI VAKSIN
Sebab? Antibodi ni sifatnya mudah luput atau ada jangkahayat (degradation). Antibodi dalam susu ibu pun bersifat sementara. Tak mampu nak melindungi bayi sampai ke besar sebab tak semua antibodi dalam susu ibu dapat melindungi semua jenis penyakit atau virus.
“Tapi tak bermakna susu ibu tak membantu bayi untuk sistem ketahanan badan kepada penyakit berjangkit yang berbahaya (Vaccine Preventable Diseases). Bayi yang mengambil vaksin dan minum susu ibu akan lebih terlindung daripada penyakit serta virus berbahaya berbanding dengan bayi yang TIDAK VAKSIN tetapi minum susu ibu. Dua benda yang berbeza disitu.
Secara kesimpulan yang mudah faham, imuniti yang terhasil daripada vaksin dan susu ibu sangat penting untuk bergerak dan digandingkan bersama. SEIRING DAN SEJALAN macam lirik lagu tu. Dua dua kena ada. Saling melengkapi. Baru lah bayi boleh membentuk sistem pertahanan tubuh yang kuat!
Jangan kerana anda ingat dah bagi susu ibu je dah cukup! Tak perlu vaksin lain lagi. No, Ibu. Please dapatkan vaksin seperti yang dijadualkan oleh KKM. Begitu juga pada anak yang minum susu formula. TETAP perlu divaksinkan!
Jangan kerana anak anda seorang tidak mendapat vaksin, anak orang lain yang jadi mangsa. Kita hidup bermasyarakat. Mungkin sekarang anak anda yang tidak divaksinkan masih sihat. Tetapi esok lusa? Please vaksinkan anak anda sebab KAMI JUGA IBU BAPA YANG SAYANGKAN ANAK KAMI.”
Artikel ini telah diolah dari sumber: Owh Dydiana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pinjaman 21 Hari Untuk Mama. Tanpa Sedar Rayyan Pergi Dalam Tidur
Pemergian anak secara mengejut ketika bangun dari tidur ibarat satu keadaan yang tak dijangka. Tiada apa-apa tanda dan kesakitan namun semua itu Allah ambil dengan mudah.
Walaupun pahit nak melalui pengalaman ini, ternyata semua itu rahsia Allah yang kita sendiri tak boleh nak halang ketentuan-Nya.
Begitulah yang dilalui oleh Puan Nor Aini Azizan yang kehilangan anaknya, Muhammad Rayyan Ramadan secara mengejut ketika bangun tidur sedangkan tiada apa-apa tanda ditunjukkan sebelum itu.
Tak pernah terfikir semua ini berlaku pada diriku…selama mengandung aku sihat je loya2 tu biasa la.kandungan ke4 ni aku rasa happy sgt sb zara ank ke3 ku yang beria2 nak kan adik.so aku harap die dpt jaga adik die.yer mmg betul.sejak bby dlm perut die selalu tnaya mama bila bby nk keluar ni mama?adik nk jaga bby.nak dukung bby!masih terngiang2 kata2 nya….
Pada 10/7 lahirlah bby ku yg aku rs sgt comel berbanding kakak dan abg2 die yg lain.sejak bby lahir die(zara)lah yg paling teruja.setiap masa g tgok bby.die la yg bantu aku jaga bby awal2 nya.
Hari demi hari aku lalui dengan mudah kali ni.xsakit sgt mcm ank2 lain.bergerak pon xde masalah.semuanya mudah la bagiku.bby pon x buat hal.ngis nk susu tu biasa bagi ku…alhamdulillah rezeki die susu byk samp boleh buat stok.mmg niat ku dari awal nk susukan die samp umur 2tahun.aku usaha kumpul stok demi die.
Hari ke-20 balik dari klinik kuning dh 9.8 aku happy sgt turun byk dah so aku x perlu ulang alik ke klinik.esoknya aku nk ke hukm tuk check darah sb bby ku ni dikira prolong jaudis…
Malam tu aku last susukan die dalam 9.30 mlm die ok mcm biasa.lps susu die tdo.so aku pon mula lah bertungku mcm hari2 sblmnya..tp pada mlm tu mcm lain je.aku langsung x kejutkan die masa aku nk tdo.aku cuma bawa die masuk bilik dan tdo sebelahnya.aku x cium die mcm selalu..aku x pegang pp die mcm selalu aku x pggil nama die mcm selalu.harapan aku nanti tgh malam biasanya die akan ngis nk susu.aku pon tdo….kuasa allah menentu segalanya…..
Aku tdo begitu lena semua org dalam rumah pon begitu.selalu aku mesti terjaga walaupon bby ku tdo nyenyak.aku akan kacau2 die supaya bgun tuk nyusu.tp malam tu aku seolah2 ditidurkan samp pagi.
Alarm bunyi jam 5.15pagi aku terus bngun dan tgok bby ku…
Allahuakhbar! Itulah yg mampu aku ucapkan.terkejut bila bibir dah biru semua badan die pucat kekuningan.aku tergamam.aku terus kejutkan suamiku tuk call ambulan.dalam masa tunggu tu aku cuba buat cpr pada die.aku amat berharap die sedar.tp hati kecilku rs die dah x ada.aku kuatkan semangat doa supaya berlaku keajaiban dari allah tuk hidupkan die kembali.
allahuakhbar!!!masa tu xtau nak ckp apa lg.aku dan adik ku naik ambulan ke hospital serdang.aku doa lagi moga ada keajaiban.tp mcm xde respon apa2 allahuakhbar!!! Air mata mula mengalir…aku cuba kawal perasaan ni.(sb masih dlm pntang)
Samp di zon kritikal:
Aku hanya duduk tunggu apa doc nk ckp.dlm 20min doc dtg cakap pn sy minta maaf….km dh cuba.so aku dh thu apa berlaku dok tu peluk aku. maaf pn ank pn dah x de masa pn bawa ke sini. aku hnya angguk terima kenyataan.
Aku duduk sambil istiqfar sahaja….sambil pikir apa yg berlaku smlm kenapa aku x sdr kenapa aku x cium die mcm selalu.kenapa kenapa kenapa itu ini.rs diri aku bersalah sgt….
Aku x berdaya nk tunggu lama di hospital.susu dah bengkak.aku balik rumah dulu tggal suami dan bapa aku tunggu pos mortem dan urusan mandikan jenazah selesai.
Dirumah ramai rakan2 sek ku dtg ziarah.saudara mara pon ada yg datang.kakak adik dari penang semua datang.hampir 4jam jgk la tunggu semua selesai.
Jenazah dibawa ke rumah sblm disolatkan di masjid sri petaling.masa aku cium bby ku tu aku sempat berkata maafkan mama syggg mama x jaga ramadan elok2!!! Mama redha syg pergi(menitis lagi air mata ni).along angh zara semua cium die.ciuman terakhir…aku tgok sejuk je wajah die(ank syurga kan)aku tahan air mata aku x nak die tgok aku ngis)
Samp di masjid ramai kawan2 ku kawan suami dan rakan yg kenal aku tunggu ctu.aku x sangka seramai tu.
Alhamdulillah allah mudahkan urusan ku.rmai yg solat jenazah.kawn2 saudara yg dtg semua bg aku kata2 semangat..(syukur sgt dikurniakan rakan2 yg baik)
Selesai perkebumian semua…aku pulang ke rumah.malam tu mata ni x boleh nak lelap masih terbayang2 bby ku itu.redha mmg redha nk gambarkan xtau mcm ne.
Hari2 seterusnya aku lalui dgn rs sunyi…habiskan pantang tanpa bby disisi…begitu berat rsnya.begitu lama masa berlalu.aku nk cpt2 abis pantang.aku nk ke sek jumpa kawan2 supaya aku x pikir mcm2.
Now aku terima yg memang ajal die.allah pinjamkan dia utk ku sementara je….aku redha.
Ya allah kuatkan aku tuk hadapi hari2 mendatang dgn sabar.aku masih ada ank2 lain yg perlukan aku…amin
>tq semua yg bagi sokongan dan bantuan pelbagai segi.hanya allah yg dpt balas jasa kalian.
#muhammadrayyanramadan
#anksyurgamama
#pinjamanduapuluhsatuharije
#mamarindusyggg
#10julaihgga31julai2018
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Tahan Sakit Nak Bersalin, Minta Doktor Operate! Ibu Hamil Dan Suami Perlu Tahu Risiko Yang Bakal Mereka Hadapi
Apabila kita berada dalam kesakitan melampau, terkadang kita hilang pertimbangan dan meminta untuk diperlakukan apa sahaja tanpa memikir baik buruk sesuatu keputusan itu.
“Saya tak tahan dah sakit nak bersalin ni doktor. Operate je lah! Senang, abes cerita! Nak tunggu apa lagi?”
Walau bagaimanapun jika terdapat indikasi pembedahan caeserean perlu dilakukan, kami tanpa berlengah lagi akan memastikan ianya dilakukan dengan sepantas kilat untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.
Yang menjadi perhatian saya adalah ibu-ibu yang meminta agar dilakukan pembedahan caeserean ke atasnya tanpa sebab musabab yang difikirkan perlu secara perubatannya. Pembedahan caeserean bukannya benda main-main, silap haribulan segala macam komplikasi boleh timbul. Maka, kedua-dua pesakit dan suami perlu ambil tahu mengenai risiko yang bakal mereka hadapi.
Apakah risiko-risiko utama pembedahan caesarean?
Kesakitan
Selepas pembedahan anda bukannya boleh berjalan segera seperti sediakala. Ada kalanya memerlukan bantuan untuk bergerak berhari-hari lamanya. Anda akan rasa sakit pada bahagian luka pembedahan dan rasa tidak selesa pada bahagian perut selama beberapa minggu selepas pembedahan.
Anda akan diberi ubat tahan sakit untuk menangani kesakitan ini, tetapi ia masih akan mengganggu aktiviti seharian anda untuk beberapa ketika.
Jangkitan kuman
Sebelum dibedah, anda akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan kuman. Walau bagaimanapun, kira-kira 8 % daripada wanita yang menjalani caesarean masih mendapat jangkitan selepas pembedahan. Terdapat tiga jenis jangkitan utama yang perlu diberi perhatian:
1) Jangkitan pada bahagian luka pembedahan – Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut. Ada kala ianya mengeluarkan nanah.
2) Jangkitan pada rahim. Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan darah nifas berbau busuk dan juga demam ketika berpantang.
3) Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sejenis tiub kencing akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.
Darah beku
Mana-mana pembedahan meningkatkan risiko anda mengalami darah beku. Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda masalah ini termasuk:
– batuk;
– sesak nafas;
– kesakitan atau bengkak pada bahagian betis
– sakit dada
Doktor mungkin akan memberi anda ubat untuk mencairkan darah dan sejenis stokin khas untuk memastikan peredaran darah menjadi lancar pada kaki anda. Anda juga digalakkan supaya berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean. Ini akan membantu peredaran darah dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku.
Perlekatan organ dalaman
Seperti juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Perlekatan yang saya maksudkan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami perlekatan ini dan jumlah ini meningkat kepada 83 % selepas tiga kali pembedahan caesarean.
Kadang kala perlekatan boleh menyebabkan kesakitan (adhesion colic) kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman.
Pembiusan
Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan penuh (general anaesthetia), yang membuatkan anda tidur. Sebaliknya, anda akan diberi spinal atau epidural yang akan menyebabkan bahagian perut dan kaki berasa kebas supaya pembedahan boleh dilakukan. Epidural/spinal lebih selamat bagi anda dan bayi berbanding pembiusan am. Walau bagaimanapun, apa-apa jenis pembiusan melibatkan sedikit risiko.
Apakah komplikasi lain?
Komplikasi yang serius sangat jarang berlaku, iaitu kurang daripada 1 %. Komplikasi serius yang dimaksudkan:
-Kecederaan kepada pundi kencing, tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kencing ( ureter ), atau kepada usus.
-Doktor mungkin perlu menjalankan pembedahan membuang rahim (hysterectomy) sebagai langkah menyelamatkan nyawa jika berlaku tumpah darah yang serius yang boleh mengancam nyawa ibu.
Anda mungkin perlu menjalani pembedahan caeserean pada masa akan datang. Perkara ini akan dibincangkan semula dalam kehamilan berikutnya.
Ada juga bayi yang terluka sedikit akibat terkena pisau bedah. 2% bayi mengalami luka kecil semasa pembedahan caeserean.
Akhir kata,
Buat keputusan yang sewajarnya, jangan membabi buta. Jangan ambil bulat-bulat ‘cakap-cakap’ orang. Banyakkan bertanya pada mereka yang berilmu dan bertauliah.
Takde nye saya potong orang sesuka hati, tanpa sebab yg munasabah
Sumber: Facebook Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & Kehamilan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI