Biasalah kalau ibu-ibu rasa sakit kaki. Waktu sibuk menguruskan hal rumah dan anak-anak tak terasa pun. Bila dapat rehat malam tu, barulah terasa lenguhnya.
Kadang-kadang nak harapkan suami, dia pun letih juga. Baru nak minta tolong, suami dah berdengkur di sebelah! Sama-sama letih. Jangan risau, ibu boleh urut kaki sendiri seperti yang dikongsikan oleh Sarifa Redzuan ini:
#CARA_MUDAH_URUT_KAKI_SENDIRI#
Bila selalu sakit kaki, boleh urut macam ni.
1. Sapu minyak seluruh kaki
2. Guna tapak tangan bergiliran tarik ke bawah ke atas perlahan lahan 6 kali (rujuk gambar 2) – Teknik Alternate Palm
3. Guna penumbuk tarik ke atas 6 kali (rujuk gambar 3) – Teknik Knuckle
Ads
4. Buat putaran ke atas 6 kali (rujuk gambar 4)- Teknik Thumb Circle
5. Guna ibu jari urut di tengah tapak kaki dengan laluan ke atas 6 kali (rujuk gambar 5)- Teknik Thumb Gliding
Ads
6. Urut bahagian tepi tapak kaki 6 kali (rujuk gambar 6)- Teknik Thumb Gliding
7. Urut bawah ibu jari kaki (rujuk gambar 7)- Teknik Thumb Gliding
Ads
8. Tekan setiap jari jari ( rujuk gambar 8) – Teknik Static Pressure
Pelakon dan isteri kepada pelawak Johan, Ozylnn Wati berjaya menamatkan tempoh berpantang selama 100 hari selepas melahirkan anak keenamnya, Nur Latifah Cherdiq Hanania pada September lalu.
Menurut Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 40, dia meluahkan rasa syukur kesihatan dalamannnya sudah kembali pulih dan boleh kembali bekerja.
“Pantang 100 hari selesai alhamdulillah, rasa happy gila. Ramai cakap aku dah start kerja, yes memang aku dah start kerja. Sama macam ibu-ibu lain yang mana ada tanggungjawab terpaksa keluar mencari rezeki untuk bantu suami bantu keluarga.
“Sama je macam aku, jangan lupa pakai stoking, aku selalu keluar pakai sweater. Pakai baju tebal-tebal, sweater tebal-tebal, pakai stoking. Itu paling penting okay.
“Tapi untuk suami tercinta, tahan sikit ya papa,” ujarnya di dalam sebuah video yang dimuat naik.
Menerusi perkongsian itu lagi, Ozylnn turut menjalani terapi sauna sebagai salah satu rawatan di dalam tempoh berpantangnya.
“Best yang mampu berpantang sampai 100 hari. Kak Ozlyn pun semakin cantik berseri dah..”
“Alhamdulillah.. Dpt juga husband yang memahami. Demi kesihatan masa depan. Suka tengok..”
“Saya admire sis….100 hari banyak dugaan dan godaan..”
“Masalahnya tak kembang pun muka tu, cantik je! Badan pun maintain!..”
Kredit: IG jozylnnhanania
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Eyra Hazali yang sudah sarat dan menunggu masa sahaja untuk bersalin berkongsi perkembangant terbaru dirinya yang akan melahirkan anak pertama pada bila-bila masa sahaja lagi.
Dalam perkongsian yang dibuat di Insta Story milik suaminya, Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gawang pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Eyra sudahpun memasuki wad bersalin dan dijangka melahirkan cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup dengan bila-bila masa sahaja lagi.
Dalam posting tersebut, Haziq memohon doa daripada semua buat isterinya semoga segalanya dipermudahkan.
Manakala di IG Story Eyra Hazali Turut memuat naik video yang menunjukkan Haziq sedang membaca Al-Quran bagi menenangkan isterinya dan juga dirinya yang pasti berdebar menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Untuk rekod, Eyra dan Haziq telah melangsungkan pernikahan pada 1 November 2019. Pasangan tersebut juga telah memaklumkan bahawa bakal menimang anak lelaki selepas Haziq memuat naik gambar pakaian bayi lelaki di Instagram miliknya sebelum ini.
Semoga dipermudahkan urusan bersalin Eyra Hazali!
sumber: IG Eyra Hazali & Haziq Nadzli
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu Jam 9 Malam di Astro Ria Saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu yang baru hamil dan hamil kali pertama mungkin masih belum mengetahui tentang anemia semasa hamil. Akan tetapi, kepada yang lebih senior atau dengan kata lain sudah mengandung lebih dari sekali biasanya lebih arif dengan perkataan anemia, haemoglobin, zat besi, dan yang seangkatan dengannya.
Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah haemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan. Bagi wanita hamil, jumlah haemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL.
Biasanya jumlah haemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.
Anemia boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu hamil yang menghidap anemia sering berasa letih dan lemah. Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 menjadi alasan utama berlakunya anemia. Bayi di dalam kandungan akan menyerap nutrien yang diambil oleh ibunya.
Oleh yang demikian, ibu hamil perlulah mengambil makanan yang mengandungi zat besi, folat dan vitamin B12 dalan jumlah yang lebih berbanding sebelum hamil untuk mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Jika kurang darah, banyak kesan kurang baik. Oleh itu, hindari simptom dan tanda penyakit kurang darah lebih awal.
Sebagai salah satu usaha menambah jumlah darah ini pastinya melalui pengambilan makanan yang tepat. Mari kita lihat senarai makanan yang dicadangkan untuk penghidap anemia.
1. Daging merah
Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perlu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain. Barulah boleh tambah darah!
2. Brokoli
Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.
3. Pisang
Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru.
4. Kekacang
Kekacang adalah salah satu sumber untuk mencegah anemia dan bagus untuk tambah darah. Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan.
5. Hati
Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun, pengambilan hati terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak.
6. Bayam
Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.
7. Kerang
Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.
8. Telur
Telur bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan penghidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Bagus untuk tambah darah.
9. Oat
Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat. Walaupun tidak sesuai dengan tekak kita, cubalah telan sedikit untuk kebaikan kita sendiri. Mahu tambah darah kan? Kenalah makan sesuatu!
10. Buah delima
Makanan tambah darah yang seterusnya ialah buah delima. Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.
11. Madu
Pastikan anda mengambil madu di dalam menu harian anda jika anda mengalami anemia. Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan. Untuk tambah darah, pastikan madu yang asli, bukan yang tiruan dan diletakkan gula.
12. Kurma
Makanan tambah darah yang menepati sunnah ialah kurma. Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.
13. Kismis
Untuk tambah darah, sambil-sambil duduk berehat, boleh kunyah buah kismis. Untuk pengetahuan, buah anggur yang dikeringkan dipanggil kismis. Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. Buat kismis sebagai snek harian dan didiklah juga anak-anak makan kismis sejak kecil.
Elakkan kafein dan makan zat tambahan
Menjaga jumlah haemoglobin dalam darah sangat penting kerana ia melibatkan janin yang dikandung. Perbanyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi. Di samping itu, hindarilah makanan dan minuman yang berkafein kerana boleh mengganggu menyerap zat besi. Kalsium juga boleh menganggu penyerapan zat besi. Ibu hamil disarankan untuk mengambil kalsium sebelum tidur agar dapat tambah darah.
Ibu hamil yang mengalami anemia biasanya akan diberi pil zat besi dan juga obimin oleh pihak klinik semasa pemeriksaan antenatal untuk tambah darah. Anda dinasihatkan untuk mengambil ubat-ubatan ini berserta vitamin C agar lebih mudah diserap. Contohnya makan pil zat besi bersama dengan air jus buah-buahan. Elakkan dari minum susu sejam sebelum dan selepas makan ubat atau ia akan menjadi sesuatu yang sia-sia.
Semoga ibu hamil dapat menjaga diri dan kandungan agar terhindar dari gejala anemia. Amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang. Rujuklah kepada pakar sekiranya berasa letih dan tidak bermaya.
Dengarlah nasihat doktor dalam membantu anda untuk melawan gejala anemia ini. Yang penting, elakkan makanan yang dilarang semasa mengandung.
Makan ubat yang diberi mengikut jadual serta boleh mencuba makanan untuk mencegah anemia seperti yang telah disenaraikan. Fikirkan tentang kesihatan anda dan bayi anda.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.