Jika sebelum ini kita cuba menghasilkan peanut butter sendiri, apa kata kali ini kita cuba pula menghasilkan mayonis sendiri untuk anak-anak.
Tidaklah sesukar mana, hanya menggunakan lima bahan sahaja, mayonis sedap tersedia untuk anak makan dengan sebarang hidangan.
Nak buat macam mana? Ikuti perkongsian resipi dan langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Kejap sangat tak sampai 3 minit pun nak buat mayonis sendiri. Saya buat mayonis, guna 5 bahan je. Tak susah hati kan anak nak makan.
Antara sebab utama saya dapatkan Thermomix, nak kurangkan anak-anak dari makanan ultra processed. Dan mayonis salah satunya yang anak-anak saya suka.
Bila buat sendiri, kita boleh guna bahan yang terpilih, bahan yang lebih baik untuk anak-anak makan.
Bahan yang saya guna;
1. Minyak
2. Susu segar
3. Garam Himalaya
4. Gula tebu asli
5. Air perahan lemon
Mula saya masukkan susu, gula dan garam, mix 20 saat.
Kemudian mix kan bagan tadi, 2 minit. Sementara tu, masukkan minyak dari atas lubang lid.
Selesai 2 minit, masukkan air perahan lemon, mix sekali lagi 30 saat.
Tadaaa. 2 minit 50 saat je buat mayonis. Expressss kan!
Yang penting, kita tahu bahan apa kita letak dalam mayonis.
Tak ada gula berlebihan.
Tak ada pengawet tiruan.
Tak ada aditif tambahan.
Tak ada maltodekstrin.
Menarik: Bodygoals Betul, Cantik & Langsing-, Bella Astillah Dipuji Tak Macam Anak Dua
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!