Masalah anak lemah subjek Matematik dan English dihadapi oleh ramai ibu bapa. Siapa tak risau apatah lagi dengan silibus pembelajaran zaman sekarang yang makin mencabar.
Sebagai ibu bapa, anda kenalah buat sesuatu untuk membantu mengatasi masalah tersebut.
Kemahiran menyelesaikan masalah kedua-dua subjek tersebut memerlukan kanak-kanak menjadi seorang yang cekal. Ia memerlukan kemahiran bukan kognitif seperti kecekalan, kawalan diri, sikap ingin tahu, keyakinan diri dan keberanian sebagai salah satu rahsia kejayaan seseorang pelajar semasa di bangku sekolah dan dalam kehidupannya kelak.
Untuk itu, apa kata anda daftarkan anak mengikuti kelas di Pusat Kumon. Kumon menawarkan matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris yang terbuka untuk anak yang berumur seawal 4 tahun hingga 17 tahun!
Sejak lebih 60 tahun lalu, ramai ibu bapa dan pelajar di seluruh dunia berterusan menerima manfaat pembelajaran di Kumon. Ia memupuk kebolehan anak untuk belajar sendiri. Jadi, anak anda boleh mengetahui sejauh mana keupayaan diri dan pastinya lebih berkeyakinan untuk mencapai impian dan matlamatnya.
Menurut Nor Aishah Osman, salah seorang pengajar di Pusat Kumon, apabila bercakap tentang keberanian, seorang pelajar tidak boleh mara ke hadapan tanpa memperkukuhkan kemahiran pembelajarannya.
Ads
Di Kumon, pengalaman adalah satu perkara penting untuk membentuk karakter kanak-kanak. Bermula dengan tahap yang lebih senang iaitu menyelesaikan masalah yang mudah, sebelum beralih kepada masalah lain mengikut tahap seseorang pelajar, yang menandakan proses secara individu.
Menggalakkan anak menjadi proaktif
Tidak seperti pembelajaran konvensional, di Kumon anak anda belajar bukan kerana dia perlu, tetapi kerana dia mahu. Dengan bermula pada tahap bersesuaian dengan kebolehan diri, Kumon membenarkan dia fokus kepada kemajuan diri dan tidak mengikut silibus.
Belajar pada tahap yang betul akan memberi keyakinan kepadanya untuk membolehkan dia melengkapkan tahap dan bergerak ke tahap seterusnya dan membina minat dalam proses belajar. Di Kumon, bukan sesuatu yang mengejutkan untuk melihat pelajar belajar pada tahap yang lebih tinggi daripada rakan sebayanya.
Bagi yang tak pernah melihat bagaimana suasana pembelajaran di Kumon, tentu anda kagum apabila menyaksikan Kumon 360 virtue classroom di sini.
Memupuk disiplin
Untuk menjadi bagus dalam sesuatu, apa yang diperlukan ialah kerja keras. Samalah dalam akademik. Disiplin adalah perlu untuk mengembangkan kemahiran. Ia juga memerlukan kegigihan dan ulangkaji yang berterusan. Lembaran kerja Kumon ‘mengajar’ anak anda untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dengan apa yang dipelajarinya. Dia perlu rajin dan konsisten melengkapkan lembaran kerja mengikut masa yang ditetapkan.
Membina karakter cekal
Belajar sendiri sesuatu subjek adalah yang sukar. Pelajar di Kumon perlu melalui cabaran, dan kadang kala membuat silap dalam setiap lembaran kerja. Walaupun begitu, dia ‘diajar’ untuk tidak berputus asa dan belajar membetulkan kesilapan sehingga betul di bawah bimbingan pengajar Kumon. Ini mengajar anak anda menjadi seorang yang cekal dan mempunyai kemahuan untuk menyelesaikan masalah.
Belajar sendiri untuk berjaya
Jika ilmu adalah kuasa, belajar sendiri adalah kebolehan anda. Kebolehan belajar sendiri pelbagai kemahiran membuka pintu kepada potensi tanpa batasan. Di Kumon anak anda akan belajar sendiri lalu berkebolehan dan berkeyakinan untuk mencapai apa sahaja impian dan matlamat diri jika sanggup bekerja keras setiap hari.
Tahukah anda bahawa Bella dan Tasha, anak angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina pernah mencatat kejayaan manis apabila berjaya mencapai kedudukan nombor yang baik bagi Matematik dan Bahasa Inggeris dan telah mendapat anugerah di Kumon’s Advanced Student Honour Roll.
Bella, 7 tahun dan Tasha, 5 tahun mengambil program Matematik dan Bahasa Inggeris di Kumon dan mencatatkan pencapaian yang sangat baik. Bella berada di nombor 20 daripada 2,113 orang pelajar bagi Matematik dan nombor 9 daripada 952 pelajar bagi Bahasa Inggeris. Manakala Tasha pula berada di nombor 11 bagi Matematik daripada 295 orang pelajar.
Hasil kejayaan yang diperoleh oleh mereka berdua adalah kesan daripada kekerapan melakukan lembaran kerja yang telah diberikan. Mereka membuat latihan setiap hari tidak kira di mana-mana pun walaupun semasa bercuti atau melancong.
Anda mahu anak anda mencapai potensi tanpa batasan? Ketahui dengan lebih lanjut di laman web KUMON www.kumonmalaysia.com atau hubungi 1800-18-1010. Ikuti kami di Facebook Kumon Malaysia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membesar dan mendidik anak-anak suatu amanah yang besar buat ibu bapa. Pastinya setiap ibu bapa ada impian untuk melihat anak berjaya suatu hari nanti. Sebagai ibu bapa yang mahukan anak yang bijak, aktif dan soleh, ada pelbagai cara psikologi boleh dilakukan bagi menjadikan anak anda seperti yang anda ingini. InsyaAllah.
Segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah, selain daripada mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak menghadapi anak yang degil, anda boleh juga amalkan doa di bawah. Doa yang lazim diamalkan oleh ibu-ibu ketika memasak di dapur…
Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) terhadap hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah As-Syuraa, Ayat: 19)
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah. Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
Selamat mencuba. Kita berdoa dan berusaha dengan cara yang baik, insyaAllah doa kita akan dimakbulkan. Teruskan berusaha untuk membina keluarga cemerlang.
Perasan tak anak-anak kita bila hampir seharian ditinggalkan di rumah pengasuh atau pergi ke taska, tadika atau sekolah, saat nampak kita keterujaannya itu seolah-olah dia benar-benar rindu.
Ada juga anak-anak waktu petang dia seperti memahami tak lama lagi ibu ayahnya akan sampai dan sanggup menunggu depan pintu menantikan kita mengambilnya.
Menurut Perunding Keibubapaan, Puan Noor Afidah Abu Bakar, perasaan yang dialami oleh anak-anak kecil ini adalah normal. Berikut antara perkongsiannya.
Kenapa anak kecil gelisah ternanti-nantikan kepulangan atau kehadiran ayah ibu di muka pintu?
Kenapa anak kecil sangat teruja kala melihat kelibat ayah ibu yang ditunggu-tunggu?
Anak kecil bergantung sepenuhnya kepada ayah ibu. Ayah dan ibu adalah dunia mereka.
Tidak ada orang lain yang anak kecil percayai selain ayah dan ibu. Si kecil merasa lega apabila insan yang dipercayai muncul di depan mata. Kehadiran ayah dan ibu menjadikan dunia ini terasa selamat baginya.
Ayah dan ibu jugalah yang diharapkan untuk memenuhi keperluan fizikal, mental dan emosinya. Tiada orang lain.
Jangan diabaikan kepercayaan si kecil yang baru hendak mengenali dunia dan seisinya.
Peluklah dia.
Senyumlah pada dia.
Sebutlah namanya.
Jadikanlah penantian itu berbaloi bagi si anak. Bukan gula-gula yang dinantikan. Apatah lagi mainan beratus harga.
Sekiranya penantian si kecil tidak diendahkan, apabila bertambah setahun dua dia tidak lagi teruja menanti kerana kekosongan itu telah terisi dengan orang atau benda lain yang lebih ‘menghargai’.
Pada asalnya tidak berniat untuk membuat tabungan anak, tetapi selepas beberapa ketika mengumpul timbul rasa untuk menyimpan duit buat anak mereka. Pasangan Raizuan Ibrahim dan Nurisha Anis Rosdi mula mengumpul not RM5 dan RM20 sejak tiga tahun yang lalu sebelum kelahiran anak lelaki mereka.
“Ketika itu matlamatnya berbeza. Kami fikirkan untuk kegunaan kami untuk bercuti dan sebagainya. Bila isteri disahkan hamil, terus terfikir untuk buat tabungan anak. Kebetulan waktu itu duit dah semakin banyak dan ditambah dengan pemberian orang untuk dia, jadi kami teruskan mengumpul duit itu, ” terang Raizuan apabila ditanyakan tentang permulaan mereka menabung untuk Muhammad Al-Fayyadh.
Pilih Not Duit Yang Jarang Digunakan
Menjawab persoalan mengapa not RM5 dan RM20 yang dijadikan pilihan, kata mereka kerana duit ini jarang digunakan. “Kalau berbelanja, kami banyak gunakan RM1 dan RM10, bila tengok selalunya berbaki not RM5 dan RM20 ni, itu yang menyebabkan kami selesa mengumpulnya. Kami kumpul bersama-sama. Tak ada tetapkan pun siapa yang simpan RM5 dan siapa kumpul RM20. Sama-sama simpan,” kata Raizuan lagi.
Tambah Anis pula, mereka berdua memilih nilai wang tersebut kerana ia sederhana dan tidak terlalu terbeban untuk mengumpulnya. Mereka akan masukkan duit-duit ini dalam dua tabung berbeza dan bila tiba hujung bulan akan dikira untuk melihat jumlahnya.
Pupuk Sikap Disiplin
Mereka berdua konsisten dan disiplin membuat tabungan ini apabila melihatkan jumlah simpanan yang banyak. Semakin lama, semakin banyak. “Itulah yang menjadi penguat semangat kami untuk terus konsisten buat simpanan. Tak pernah terfikir pun untuk ambil dan gunakan wang itu. Kami komited untuk kumpul lebih banyak lagi,” cerita Raizuan.
Selama tiga tahun simpanan mereka berdua, not RM5 dapat dikumpul melebihi RM4000. Duit not RM20 pula berjaya dikumpul lebih kurang RM2000 dalam tempoh setahun. Apabila wang yang disimpan sudah mulai banyak, tidaklah disimpan bawah katil atau di celahan almari baju. Raizuan dan Anis akan masukkan wang tersebut dalam akaun Tabung Haji.
Bersaing Sesama Sendiri
“Biarpun ini simpanan bersama, tapi kami selalu bersaing. Siapa yang berjaya kumpul lebih banyak wang untuk bulan itu. Rasa nak menang tu buat kami komited untuk menyimpan,” cerita Raizuan lagi. Menurut Anis pula, untuk membuat simpanan harus ada target dan matlamat yang jelas. Kena ada disiplin dan asingkan wang itu sebelum dimasukkan ke dalam tabung khas.
“Nak habiskan duit tu cepat. Nak mengumpul tu yang makan masa. Sebab itulah kita kena berdisiplin dan jangan mengelat. Kita dan pasangan kena saling menyokong dan kuat semangat. Maklumlah bila hampir hujung bulan tu, tengok pula duit bertimbun dalam tabung. Perasaan untuk ‘mengambil’ hak anak itulah yang perlu kita elakkan. Sekali dah ambil, nanti kita akan terbiasa,” kata Anis apabila diajukan soalan bagaiman mereka begitu komited dengan simpanan begini.
Tidak Terlalu ‘Tekan’ Diri Sendiri
Kata pasangan ini, mereka tidak mahu terlalu membebankan diri. Bergantung kepada keberadaan wang, jika ada maka akan disimpan. Tetapi seandainya pada hari itu not duit untuk kedua-dua nilai itu tidak ada, maka tiadalah simpanan. Esok pula mereka akan gantikan.
“Sekarang ni anak kami dan berumur setahun lebih. Usaha menabung ni akan kami teruskan. Mana tahu suatu hari nanti kami mampu buat simpanan dengan nilai not yang lebih besar pula. Rasanya untuk jumlah simpanan RM5 tu lebih dari yang kami beritahu tadi. Sebab waktu itu kami memang bersungguh-sungguh membuat tabungan,” kata Raizuan.
Berkongsi harapan mereka berdua, Raizuan dan Anis memberitahu yang mereka berharap tabungan untuk anak mereka akan jadi lebih banyak untuk kegunaannya di masa hadapan. Juga menyimpan hasrat untuk mengumpul not nilai yang lain pula. “Jika ada anak yang seterusnya pun, kami akan teruskan cara tabungan begini. Harapan kami agar masa depan Fayyadh selesa dan mudah ketika dia dewasa nanti,” akhiri Raizuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tip belikan mainan untuk anak, barulah anak tak tantrum di tempat awam. Tantrum anak kecil sering menjadi cabaran bagi ibu bapa, terutama apabila anak sudah terbiasa mendapat apa yang mereka mahukan tanpa batasan.