Masalah anak lemah subjek Matematik dan English dihadapi oleh ramai ibu bapa. Siapa tak risau apatah lagi dengan silibus pembelajaran zaman sekarang yang makin mencabar.
Sebagai ibu bapa, anda kenalah buat sesuatu untuk membantu mengatasi masalah tersebut.

Kemahiran menyelesaikan masalah kedua-dua subjek tersebut memerlukan kanak-kanak menjadi seorang yang cekal. Ia memerlukan kemahiran bukan kognitif seperti kecekalan, kawalan diri, sikap ingin tahu, keyakinan diri dan keberanian sebagai salah satu rahsia kejayaan seseorang pelajar semasa di bangku sekolah dan dalam kehidupannya kelak.

“Dah Tau Anak Lemah Matematik & English, Buatlah Sesuatu!”Untuk itu, apa kata anda daftarkan anak mengikuti kelas di Pusat Kumon. Kumon menawarkan matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris yang terbuka untuk anak yang berumur seawal 4 tahun hingga 17 tahun!

Sejak lebih 60 tahun lalu, ramai ibu bapa dan pelajar di seluruh dunia berterusan menerima manfaat pembelajaran di Kumon. Ia memupuk kebolehan anak untuk belajar sendiri. Jadi, anak anda boleh mengetahui sejauh mana keupayaan diri dan pastinya lebih berkeyakinan untuk mencapai impian dan matlamatnya.

Menurut Nor Aishah Osman, salah seorang pengajar di Pusat Kumon, apabila bercakap tentang keberanian, seorang pelajar tidak boleh mara ke hadapan tanpa memperkukuhkan kemahiran pembelajarannya.

“Dah Tau Anak Lemah Matematik & English, Buatlah Sesuatu!”
Nor Aishah Osman, Pengajar di Kumon

Di Kumon, pengalaman adalah satu perkara penting untuk membentuk karakter kanak-kanak. Bermula dengan tahap yang lebih senang iaitu menyelesaikan masalah yang mudah, sebelum beralih kepada masalah lain mengikut tahap seseorang pelajar, yang menandakan proses secara individu.

IKLAN

Menggalakkan anak menjadi proaktif

“Dah Tau Anak Lemah Matematik & English, Buatlah Sesuatu!”Tidak seperti pembelajaran konvensional, di Kumon anak anda belajar bukan kerana dia perlu, tetapi kerana dia mahu. Dengan bermula pada tahap bersesuaian dengan kebolehan diri, Kumon membenarkan dia fokus kepada kemajuan diri dan tidak mengikut silibus.

Belajar pada tahap yang betul akan memberi keyakinan kepadanya untuk membolehkan dia melengkapkan tahap dan bergerak ke tahap seterusnya dan membina minat dalam proses belajar. Di Kumon, bukan sesuatu yang mengejutkan untuk melihat pelajar belajar pada tahap yang lebih tinggi daripada rakan sebayanya.

Bagi yang tak pernah melihat bagaimana suasana pembelajaran di Kumon, tentu anda kagum apabila menyaksikan Kumon 360 virtue classroom di sini.

IKLAN

Memupuk disiplin

Untuk menjadi bagus dalam sesuatu, apa yang diperlukan ialah kerja keras. Samalah dalam akademik. Disiplin adalah perlu untuk mengembangkan kemahiran. Ia juga memerlukan kegigihan dan ulangkaji yang berterusan. Lembaran kerja Kumon ‘mengajar’ anak anda untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dengan apa yang dipelajarinya. Dia perlu rajin dan konsisten melengkapkan lembaran kerja mengikut masa yang ditetapkan.

Membina karakter cekal

Belajar sendiri sesuatu subjek adalah yang sukar. Pelajar di Kumon perlu melalui cabaran, dan kadang kala membuat silap dalam setiap lembaran kerja. Walaupun begitu, dia ‘diajar’ untuk tidak berputus asa dan belajar membetulkan kesilapan sehingga betul di bawah bimbingan pengajar Kumon. Ini mengajar anak anda menjadi seorang yang cekal dan mempunyai kemahuan untuk menyelesaikan masalah.

Belajar sendiri untuk berjaya

Jika ilmu adalah kuasa, belajar sendiri adalah kebolehan anda. Kebolehan belajar sendiri pelbagai kemahiran membuka pintu kepada potensi tanpa batasan. Di Kumon anak anda akan belajar sendiri lalu berkebolehan dan berkeyakinan untuk mencapai apa sahaja impian dan matlamat diri jika sanggup bekerja keras setiap hari.

Tahukah anda bahawa Bella dan Tasha, anak angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina pernah mencatat kejayaan manis apabila berjaya mencapai kedudukan nombor yang baik bagi Matematik dan Bahasa Inggeris dan telah mendapat anugerah di Kumon’s Advanced Student Honour Roll.

“Dah Tau Anak Lemah Matematik & English, Buatlah Sesuatu!”

Bella, 7 tahun dan Tasha, 5 tahun mengambil program Matematik dan Bahasa Inggeris di Kumon dan mencatatkan pencapaian yang sangat baik. Bella berada di nombor 20 daripada 2,113 orang pelajar bagi Matematik dan nombor 9 daripada 952 pelajar bagi Bahasa Inggeris. Manakala Tasha pula berada di nombor 11 bagi Matematik daripada 295 orang pelajar.

Hasil kejayaan yang diperoleh oleh mereka berdua adalah kesan daripada kekerapan melakukan lembaran kerja yang telah diberikan. Mereka membuat latihan setiap hari tidak kira di mana-mana pun walaupun semasa bercuti atau melancong.

Anda mahu anak anda mencapai potensi tanpa batasan? Ketahui dengan lebih lanjut di laman web KUMON www.kumonmalaysia.com atau hubungi 1800-18-1010. Ikuti kami di Facebook Kumon Malaysia.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI