“Doakan ye” hanya itu kata-kata yang mampu diungkap saat ini oleh Puan Nurul Erwani Zaidi apabila cahaya mata sulungnya, Ainul Mardhiah kini sedang bertarung nyawa akibat jangkitan kuman.
Pada awalnya adik Ainul mengalami gejala muntah-muntah dan cirit-birit kemudian hari kedua dia mula tidak bermaya sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Keadaan terkini buah hati rakyat Malaysia ini agak kritikal sekarang dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pideatrik (PICU).
“Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah. Mama tak minta banyak. Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni.”
Tambah Puan Wani lagi, pada mulanya Ainul mengalami muntah-muntah serta cirit-birit dan masuk hari kedua dia semakin tidak bermaya. Disebabkan keadaan agak teruk, ibu kepada dua cahaya mata ini mengambil keputusan untuk membawanya ke bahagian kecemasan.
“Ainul mula dengan muntah muntah dan cirit birit dalam masa sehari. Hari kedua mama tengok Ainul dah tak bermaya sangat.”
“Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni. Terus bawa ke Emergency. Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat. Mama rasa gagal sebab tak beri perhatian pada Ainul.”
“Doakan ya semua”
Puan Wani sempat menitipkan pesanan buat semua ibu bapa supaya lebih ‘alert’ tentang virus yang mudah menjangkiti anak-anak walaupun hanya duduk di rumah sahaja.
“Masa ni naik Ambulans ke Emergency. Ingat ya semua. Sekarang ni virus dah dekat mana-mana. Walaupun Ainul duduk rumah je, jaga kebersihan pun kalau nak jadi memang akan jadi. Virus ni jahat betul kacau anak mama sampai jadi macam ni.”
“Ainul tidur dulu ya sayang, nanti Ainul dah bangun kita main sama-sama lagi.”
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang