Bergelar ibu bapa bukanlah tanggungjawab mudah tapi amanah ini harus dilaksanakan sebaik mungkin agar anak membesar dengan sempurna. Bagi ibu bapa yang dikurniakan dengan anak-anak istimewa atau anak yang sakit itu bukan penamat untuk anda tapi perjuangan yang anda lakukan akan mendapat ganjaran besar kelak.
Mungkin bagi segelintir ibu bapa untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang ilmu keibubapaan sekarang dah mudah kerana banyak maklumat dikongsikan di media sosial. Tapi anda seharusnya faham adakah maklumat itu tepat?
Menyedari mengenai hal ini, jenama bacaan keibubapaan popular, majalah Pa&Ma terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd yang merupakan syarikat usahasama Astro dan Karangkraf telah mengambil inisiatif dengan mencetus fenomena terbaru menerusi rancangan televisyennya sendiri.
Nak tahu kenapa anda yang bergelar ibu bapa wajib tonton rancangan Pa&Ma?
- Rancangan keibubapaan no 1 di Malaysia yang sebelum ini maklumatnya hanya dikongsikan di majalah dan website.
- Sebuah rancangan edutaiment yang membincangkan isu-isu realiti bagi golongan ibu bapa muda dan yang berpengalaman mengenai pembesaran si manja kini.
- Rancangan berdurasi 30 minit ini membincangkan topik-topik yang dekat dengan masyarakat berkenaan perkara-perkara yang terjadi kepada anak-anak kecil.
- Dihoskan oleh pasangan selebriti popular, Eira Syazira dan Azad Jazmin.
- Pakar yang membincangkan topik dalam setiap episod adalah yang berpengalaman.
Berpaksikan jualan majalah lebih 40,000 naskhah setiap keluaran dan juga pelawat laman sesawang www.pama.my yang mencecah 1.3 juta orang sebulan, transisi ke dunia penyiaran ini dilihat mampu mengupas perihal keibubapaan secara lebih interaktif, mendalam dan juga mencapai sasaran penonton yang luas.
Jadi jangan lupa saksikan rancangan Pa&Ma setiap Selasa jam 12 tengah hari di Astro Prima & ulangannya di Astro Maya HD 9 malam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Asal Nak Cari Duit Poket Je.” Sekarang Banyak Demand Minta Pn. Syazwani Buat Deko Belon Untuk Majlis!
Kalau nak buat sesuatu, perlu lahir dari hati. Barulah setiap apa yang diusahakan akan ‘menjadi’ dan dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain. Begitulah prinsip Pn. Norsyazwani Mohd Yatim yang kini giat memajukan bisnesnya, Wanaqee Empire Décor.
Perniagaan jambangan bunga dan coklat, dekorasi belon untuk majlis, gubahan hantaran mahupun photobooth yang diusahakan Pn. Syazwani bermula dari rumah sekitar hujung tahun 2019. Ketika itu, ibu kepada seorang anak ini hanya menjalankan bisnes secara suka-suka untuk mencari duit poket.
Mula Serius Ketika Zaman PKP
“Pada awalnya saya bermula dengan bisnes membuat jambangan bunga dan coklat. Waktu itu sekadar mengisi masa lapang dan mahu cari duit poket sendiri. Mungkin rezeki agaknya, bisnes saya mula berkembang ketika zaman PKP. Waktu itu saya semakin serius berbisnes kerana banyak menerima tempahan dari anak-anak yang tak dapat pulang ke kampung untuk berjumpa orang tua mereka,” jelas Pn. Syazwani.
Tambah isteri kepada En. Muhammad Zuhairie Badrulhisham ini lagi, bukan sekadar jambangan bunga dan coklat bahkan ketika itu dia banyak menerima tempahan kek untuk dihantar kepada pelanggannya di daerah Hulu Selangor. Kemudian pada tahun 2022, wanita hebat ini mengembangkan perniagaan untuk perkhidmatan dekorasi belon.
“Saya mulakan dengan dekorasi kecil dengan pakej yang murah, niat saya nak gembirakan pelanggan. Jadi saya dan suami wujudkan pakej yang berpatutan untuk pelanggan, melihat senyuman di wajah mereka sudah cukup memberikan saya rasa puas dan gembira,” tambah Pn. Syazwani lagi.
Kini, dia boleh berbangga dengan bisnesnya yang mula mendapat perhatian dari syarikat-syarikat besar seperti Wah Chan, Coway, Jollibee dan banyak lagi.
“Alhamdulillah, sekarang rezeki semakin bertambah. Saya banyak mendapat tempahan untuk dekorasi belon yang lebih besar dengan bayaran yang lumayan. Apa yang membuatkan saya rasa dapat achieve sesuatu kerana saya bermula dari rumah dan kini dapat menguruskan perniagaan sendiri dan buat keluarga rasa bangga,” ceritanya lagi.
Perlu Berani Untuk Berubah
Ketika ditanyakan bagaimana dia boleh bermula dengan perkhdimatan dekorasi belon, Pn. Syazwani memberitahu yang dia hanya mengikut permintaan pelanggannya ketika itu. Tidak mahu dekorasinya tampak biasa, Pn. Syazwani memberanikan diri untuk membuat dekorasi yang berbeza dan berjaya membuatkan pelanggannya berpuas hati.
“Saya keluar dari comfort zone, sesuatu yang saya minat tapi tak pernah terfikir nak jadikan bisnes. Saya cuba buat ikut permintaan pelanggan waktu tu sebab dah selalu buat untuk majlis hari jadi anak serta anak saudara sendiri sebelum ini. Lepas enam bulan buat bisnes dekorasi ni, saya ikut kelas sebab nak mantapkan kemahiran yang ada,” kata Pn. Syazwani lagi.
Penat Tapi Gembira
Menurut Pn. Syazwani, semakin hari minatnya terhadap bisnes yang diusahakan semakin bertambah dan membuatkan dirinya merasa gembira.
“Nak buat dekorasi belon ni memang penat. Ia memerlukan tenaga serta memakan masa tapi bila pelanggan puas hati dan seronok, itulah yang jadi penguat semangat saya. Keutamaan untuk diri saya adalah untuk menawarkan servis yang terbaik buat pelanggan yang mempercayai Wanaqee Empire Décor,” jelasnya.
Menurut Pn. Syazwani, idea untuk membuat dekorasi adalah melalui pemerhatian dan kajian di internet. Selain itu, Pn. Syazwani juga akan pastikan setiap dekorasi yang dibuat akan diberi nafas baru dan berbeza dari yang sebelumnya.
“Saya akan pastikan dekorasi yang dihasilkan ada personal touch supaya impaknya berbeza untuk setiap pelanggan. Saya akan cuba yang terbaik untuk mengikut setiap permintaan pelanggan. Saya juga merupakan antara bisnes pertama yang memperkenalkan elemen filler chain dalam dekorasi belon di Malaysia,” tambah Pn. Syazwani.
Servis Hebat Wanaqee Empire Décor
Selain membuat servis jambangan bunga dan coklat serta dekorasi belon, Wanaqee Empire Décor juga menawarkan servis solekan untuk majlis tertentu serta membuat perkhidmatan pelamin mini. Untuk servis dekorasi belon, Pn. Syazwani akan menerima tempahan di kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur, Selangor, Port Dickson dan Ipoh jika bersesuaian dengan bayaran.
“Harga pakej untuk dekorasi belon majlis hari jadi bermula dari RM509 dan untuk acara di dewan pakejnya bermula serendah RM950. Biasanya saya akan buat konsultasi dengan pelanggan, mereka mahukan dekorasi yang bagaimana dan berapa bajet yang ada. Dari situ, saya akan sarankan apa yang sesuai untuk majlis mereka mengikut kepakaran dan pengalaman saya. Semuanya boleh dibawa berbincang.
Sekiranya ada yang mahu mendapatkan perkhidmatan dari Wanaqee Empire Décor boleh hubungi kami di 011-7311 0897 atau boleh ikuti kami di TikTok, Instagram atau Facebook Wanaqee Empire Décor. Perancangan kami untuk masa depan adalah untuk berkembang ke servis fotografi dan pengurusan majlis. Harap dapat dijadikan kenyataan,” akhiri Pn. Syazwani.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Payah Tanggalkan Pelekat Botol Susu Lagi, Guna Label Botol Baby Koala Ni Je, Mudah!
Bagi yang baru bergelar ibu dan menyambut kelahiran anak sulung pasti terasa sukar hendak berdepan dengan pengalaman menyusukan anak sendiri.
Rasa kekok usah cakaplah. Ditambah pula dengan rasa stress bila susu tak muncul tiba malah tak banyak macam orang lain. Makin tambah stress bila aksesori pam seperti botol penyimpanan, plastik dan sebagainya tidak mencukupi. Boleh kata kalau semua ni tak lengkap makinlah bertambah stress ketika pantang.
Jangan susah hati dan stress, lebih-lebih lagi bila berada dalam tempoh berpantang. Label Botol daripada jenama baru di Malaysia iaitu Baby Koala pasti dapat membantu kerunsingan mama.
Produk genius ni memang sangat mudah. Paling menarik setiap kali nak simpan stok susu dalam peti ais, mama dah tak perlu lagi beli pelekat kecil dan tampalkan pada botol untuk tulis tarikh dan nama ketika waktu nak simpan susu.
Mudah saja, gunakan Label Botol Baby Koala ni dan tuliskan saja nama dan tarikh simpan susu. Memang mudah.
Produk ni baru saja dilancarkan di Malaysia pada Oktober lalu dan sambutannya memang hebat. Maklumlah mudah, siapa yang tak nak kan?
Lagi pula bila produk Label Botol Baby Koala ni direka cukup unik sebab menggunakan silikon gred makanan yang berkualiti tinggi.
Jadi tak payahlah basuh botol dan tanggalkan kertas pelekat serta basuh kotoran kesan marker di botol susu lagi. Simpan sahaja Label Botol ni dalam beg dan gunakan bila hendak simpan susu.
Tak kiralah samada sedang mengepam semasa waktu bekerja atau di rumah, Label Botol Baby Koala membolehkan anda melabel botol dengan nama, tarikh dan kandungan tanpa sebarang masalah untuk mengelakkan campuran. Tulis, basuh dan tulis semula sekerap yang anda suka.
Label ni juga buat anda jadi lebih bersedia dan teratur. Dengan alat yang betul, penyimpanan susu ibu jauh lebih mudah dan momen-momen menyusukan bayi menjadi lebih tenang dan aman. Stress pun dah tak ada.
Tapi bukan saja pada botol susu, Label Botol Baby Koala ni boleh digunakan pada cawan sippy, botol air dan bekas makanan kecil dan sebagainya. Label yang menarik dan berwarna-warni ini boleh ditulis semula, boleh dibasuh serta boleh digunakan semula untuk kegunaan harian. Setiap pek mengandungi 4 keping Label Botol Baby Koala dan 1 pen marker. Harganya pun murah, RM49.90 sahaja. Wow hebat!
4 Ciri Hebat
- Boleh digunakan dengan mana mana pen marker. Mudah dipadam dengan air.
- Sangat elastik dan fleksibel.
- Dihasilkan daripada silicon gred makanan bekualiti tinggi yang bebas daripada BPA, BPS, PVC dan Phthalate. Produk mesra alam dan tidak toksik. Mudah dan menjimatkan.
- Boleh dimasukkan di dalam sterilizer, dishwasher dan microwave.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cipta Keseronokan Bermain Dengan Set Mainan Pembinaan
Mencipta keseronokan bermain dan dalam masa yang sama merangsang otak dan kreativiti hanya boleh dilakukan apabila kanak-kanak bermain set permainan LEGO.
Set permainan yang tak lapuk dek zaman ini bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa juga sentiasa teruja untuk menyelesaikan pembinaan set permainan LEGO®.
Keriangan dan keterujaan untuk menyaksikan hasil binaan LEGO® mereka terhasil membuatkan sesiapa sahaja boleh fokus dan duduk diam memberi tumpuan. Jadi, para peminat set permainan LEGO® jangan lepaskan peluang untuk merebut 7 koleksi permainan yang terdapat dalam LEGO® Build The Thrills campaign.
LEGO Group melancarkan rangkaian set kenderaan baharu untuk kanak-kanak yang menggemari kereta untuk membina kereta penuh aksi, menyesuaikannya mengikut kesukaan mereka dan merasai pengalaman permainan tersebut dengan keupayaan untuk membina dan membina semula.
- Race Car
LEGO® racing action untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas mengasah bakat membina imaginasi binaan kreatif yang berinspirasi iaitu set mainan LEGO® City Race Car termasuk 2 figura mini.
Kepingan Modular LEGO® dan pre-molded Starter Brick chassis memberikan permulaan baru kepada para pembina lego.
Set permainan ini memberi peluang untuk ibu ayah mencipta masa bersama si kecil kerana boleh bersama-sama membinanya. Langkah demi langkah panduan membina secara bergambar dan digital memudahkan untuk si kecil membinanya.
The LEGO® City Race Car didatangkan dengan pemandu dan mini figura mekanik, aksesori yang melengkapkan keseronokan imaginasi permainan lumba.
- Police Car
Pengembaraan menangkap penjahat dalam dunia kreatif LEGO® City. Set mudah bina permainan kereta polis pasti mengujakan si kecil berusia 5 tahun ke atas terutama kanak-kanak lelaki.
Selain merangsang kreativiti pembinaan, set kereta polis ini turut memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar semasa bermain. Panduan secara bercetak dan digital disediakan bagi membantu pengalaman membina yang menyeronokkan selain membentuk keyakinan diri dan kemahiran kehidupan.
Set kereta polis ini juga boleh menjadi hadiah hari jadi paling ideal atau pemberian bermakna kepada peminat set binaan LEGO® City dan kereta mainan.
- Formula E® Porsche 99X Electric
Raikan salah satu daripada pasukan lumba Formula E® terkenal di dunia dengan set pembinaan Formula E® Porsche 99X Electric. Peminat Formula E® pasti tak lepaskan peluang untuk mencipta semula drama hari perlumbaan menggunakan aplikasi.
Dengan aplikasi augmented reality dan 2 pull-back motors, kanak-kanak boleh membuat keputusan taktikal seperti pelumba popular Porsche Formula E®.
Dengan 422 keping lego, kanak-kanak pasti seronok membina model replica kereta lumba autentik Formula E® Porsche.
- Tree Planting Vehicle
Set binaan brick tapak semaian pokok dan trak ini pasti disukai kanak-kanak yang gemar bermain berkebun di pokok yang sedang tumbuh dan memelihara hidupan liar.
Set mainan ini dilengkapi dengan elemen untuk mengembangkan imaginasi mempunyai 336 keping lego termasuk 2 mini-dolls, tapak semaian pokok, trak pickup, aksesori berkebun dan figura hidupan liar.
Set warna warni ini menjadi cara terbaik untuk memupuk minat kanak-kanak terhadap alam sekitar dan menunjukkan kepada mereka bagaimana pokok tumbuh membesar.
Ia boleh menjadi set ideal untuk hadiah hari jadi, percutian atau pemberian untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan berusia 6 tahun ke atas yang sayangkan alam semula jadi, haiwan comel atau kenderaan pelik.
- The LEGO® Speed Champions 1970 Ferrari 512 M
Set pembinaan LEGO® ini memberi peluang kepada kanak-kanak dan peminat kereta dari semua peringkat umur untuk mengumpul, membina dan meneroka kereta lumba ikonik. Ia sesuai untuk dimainkan dan dipamerkan, rekreasi LEGO® yang setia ini merakamkan intipati kereta lumba endurance lagenda 1970-an yang terkenal dengan prestasi yang menakutkan dan epik di trek.
- Lotus Evija
LEGO® Speed Champions Lotus Evija (76907) ini merakamkan kesederhanaan elegan dan reka bentuk inovatif real-life all-electric hypercar. Sesuai untuk kanak-kanak dan peminat kereta dari semua peringkat umur, ia memberikan pengalaman pembinaan yang menarik, sesuai untuk pameran dan hebat untuk aksi perlumbaan bertenaga tinggi.
- Street Racer
Peminat kereta terpantas boleh meredah jalanan atau litar lumba denan set bangunan LEGO Creater 3in 1 Street Racer (31127) yang menakjubkan ini. Kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas akan teruja untuk mempamerkan perlumbaan dengan kereta mainan yang hebat ini, yang menampilkan paip sisi yang hebat, spoiler dan bumbung boleh tanggal.
Kanak-kanak mendapat tiga pengalaman bina dan main yang berbeza denga set mainan LEGO Creator 3in 1 ini. Mereka boleh membina mainan kereta otot Street Racer, kemudian membinanya semula menjadi kereta lumba red-and-teal hot rod, atau menyalakan imaginasi mereka untuk mencipta kereta lain yang berkuasa pantas.
Pengalaman digital untuk pembina LEGO
Set mainan dilengkapi dengan arahan pembinaan digital interaktif untuk menjadikan pengalaman pembinaan lebih menyeronokkan. Ia boleh diperolehi secara percuma dalam aplikasi LEGO Building Instructions yang boleh digunakan melalui telefon pintar atau tablet, alat zoom dan putaran membantuk kanak-kanak memggambarkan model semasa mereka membinanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI