Bergelar ibu bapa bukanlah tanggungjawab mudah tapi amanah ini harus dilaksanakan sebaik mungkin agar anak membesar dengan sempurna. Bagi ibu bapa yang dikurniakan dengan anak-anak istimewa atau anak yang sakit itu bukan penamat untuk anda tapi perjuangan yang anda lakukan akan mendapat ganjaran besar kelak.
Mungkin bagi segelintir ibu bapa untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang ilmu keibubapaan sekarang dah mudah kerana banyak maklumat dikongsikan di media sosial. Tapi anda seharusnya faham adakah maklumat itu tepat?
Menyedari mengenai hal ini, jenama bacaan keibubapaan popular, majalah Pa&Ma terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd yang merupakan syarikat usahasama Astro dan Karangkraf telah mengambil inisiatif dengan mencetus fenomena terbaru menerusi rancangan televisyennya sendiri.
Nak tahu kenapa anda yang bergelar ibu bapa wajib tonton rancangan Pa&Ma?
Berpaksikan jualan majalah lebih 40,000 naskhah setiap keluaran dan juga pelawat laman sesawang www.pama.my yang mencecah 1.3 juta orang sebulan, transisi ke dunia penyiaran ini dilihat mampu mengupas perihal keibubapaan secara lebih interaktif, mendalam dan juga mencapai sasaran penonton yang luas.
Jadi jangan lupa saksikan rancangan Pa&Ma setiap Selasa jam 12 tengah hari di Astro Prima & ulangannya di Astro Maya HD 9 malam.