Memasuki minggu kedua sejak dilahirkan, keadaan baby Danial nampaknya ada perubahan. Memandangkan kelahirannya awal dan berat tak sampai satu kilogram penjagaan rapi perlu untuk memastikan anak Abby Abadi dan Faizal Zakaria terus kuat.

Beberapa hari lalu Abby ada berkongsi yang baby Danial terpaksa bergantung pada mesin pernafasan 90% dan dotor mengesahkan keadaannya 50-50.

View this post on Instagram

Ya Allah Kau yang lebih berkuasa . RepostBy @abby_abadi112: "Hari ke 9 & 10 (5/6Oktober 2019) Abah tak sempat menulis, jadi Mama tulislah utk malam ni. Dah masuk 7hb, hari ke 11 dah sebenarnya umur Baby Danial. Hebat & kuat anak Mama Abah 😘😇 . Siang tadi, dapat cal dari NICU, HBSB kata perlukan darah Mama utk masukkan dalam badan Baby Danial. Pastu bila bgtau kami di Lumut, kami dah maklum dah pihak NICU sblm pergi haritu, & tahu stok darah Mama ada lagi… dorang cal semula bgtau takpe mmg stok ada lagi. Buleh dtg Isnin pagi . Petang tadi hospital cal lagi, bgtau ada Doc nk jumpa nk cakap pasal Baby Danial (Doc ramai, bertukar ganti) Masa tu Mama Abah dah sampai Tapah. Berdebar2 rasa bila kata Doc nk jumpa tu.. Rasa nk terus terbang supaya cepat sampai sbb dah terfikir mcm2 dah 😫 . Sampai Sungai Buloh kul 1030pm tadi terus ke NICU… dari jauhh nampak dah kaki Danial bergerak2. Ya ALLAH bersyukur sangat2! Baby kami masih ada 😭😭😭 . Terus meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan terus pegang dia…berlinang airmata… 😢 . Doc datang jumpa tanya tahukan mcmana keadaan Baby. Pendarahan, paru paru tak kuat bla bla bla.. & yg terbaru…. Baby Danial sudah 90% bergantung pada mesin utk bernafas……. maximum dah penggunaan mesin tu utk baby seusia Danial. Jadi mmg conditionnya sangat kritikal bla bla blaaa.. Malam ni jangan pergi jauh jauh la ye…kata Doc . Ya ALLAH………Sayu dengar bila Doc cakap mcm tu… tp dari awal pun beberapa org Doc cakap point yg sama juga, 50/50 peluang utk hidup sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yg sangat tidak bersedia… dgn berat hanya 535gram berbagai kemungkinan buleh berlaku . Tapi Sy & Suami kuatkan hati & tak putus berdoa & berusaha mengharapkan keajaiban dari ALLAH sbb ALLAH Maha berkuasa ke atas makhluknya . Tiada apa yg Sy harapkan dari Sahabat2 disini. Mohon teruskan doa utk Baby kami ye. Hanya DOA buleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nk share keadaan Baby tp kalau tak share, takde pulak yg mendoakan utk Baby kami nanti 😢 #SemogaAdaRezekiUntukPelukBabyDanial #MohonDoaBerterusanUntukBabyDanial #HanyaDoAbulehUbahTakdir #ALLAHUAKBAR #Gambardarigoogle" (via #InstaRepost @AppsKottage)

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

Bagaimanapun pasangan ini sangat positif dan sentiasa yakin hanya doa dan pertolongan Allah mampu mengubah segala-galanya.

Terbaru melalui perkongsiannya semalam, Abby menjelaskan keadaan baby Danial nampaknya menunjukkan perkembangan baik.

“Hari ke 12, syukur alhamdulillah. Dalam pada hati tak berhenti menangis teringatkan keadaan kesihatan Baby Danial yang turun naik, siang tadi pergi melawat dia, terubat sikit hati bila tahu Baby Danial boleh tolerate dengan susu badan dan pembuangan pun lancar. Dari hari ini pernafasannya nampak macam stabil sikit..dah turun 65% bergantung pada mesin (semalam 90% guna mesin). Saya dan suami baca sendiri sebab takut nak bersembang dengan doktor)” kongsinya.Dah Turun 65% Bergantung Pada Mesin. Baby Danial Makin Stabil & Serasi Susu Badan

Jelasnya lagi, bayi yang lahir pada usia kandungan enam bulan ini semakin kerap menyusu dan dia turut berterima kasih kepada Memey Suhaiza atas pengorbanannya menyediakan bekalan susu ibu buat Danial.

IKLAN

” Tadi…sebelum ke NICU, Hospital Sungai Buloh, nak jenguk Baby Muhammad Danial Firman untuk sesi malam..singgah rumah @normanhakim_786 & @memeysuhaiza ambil susu lagi. Sebab? Sebab susu kita tiap-tiap hari hantar pun tak cukup..tak terkejar Baby Danial minum banyak sekerang. TQ tau Mey, hanya Allah dapat membalasnya. TQ Oman juga sebab bagi keizinan bagi susu pada Baby Danial saya.

Dah Turun 65% Bergantung Pada Mesin. Baby Danial Makin Stabil & Serasi Susu Badan

“Sempat sembang dengan beberapa orang staff nurse je tadi. Baby Danial pun nampak terjaga baik. Walaupun saya tahu nurse dalam tu sibuk, diaorang tak sempat nak belau baby saya, tapi saya yakin ramai yang mengambil tanggungjawab nakkan yang terbaik untuk baby yang ada di situ termasuklah baby Danial kami. Tak belai pun takpelah.

“Tolong beri perhatian yang sewajarnya pun dah cukup baik untuk baby kami terus bertahan”, tulisnya lagi.

Dia turut berharap agar Allah terus memberikan kekuatan untuk membesar dengan sempurna.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN [Baby Danial 90% Bergantung Pada Mesin, Doktor Sahkan 50-50. Mohon Terus Doakan]

Semoga Allah terus kuatkan baby Danial dan dapat membesar dengan jayanya ye sayang. Mama Abah Abang Kakak semua sayang sangat kat Danial dunia akhirat. Tak sabar nak peluk cium Danial sayang. Sekarang tak boleh..

Dah Turun 65% Bergantung Pada Mesin. Baby Danial Makin Stabil & Serasi Susu BadanSebelum ini Abby dimasukkan ke hospital selepas mengalami tekanan darah tinggi sehingga doktor terpaksa membuat pembedahan untuk melahirkan bayinya bagi menyelamatkan nyawa Abby dan bayi dalam kandungannya.

Sumber: ig abby abadi

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI