Uncategorized

Dah Turun 65% Bergantung Pada Mesin. Baby Danial Makin Stabil & Serasi Susu Badan

Share

Memasuki minggu kedua sejak dilahirkan, keadaan baby Danial nampaknya ada perubahan. Memandangkan kelahirannya awal dan berat tak sampai satu kilogram penjagaan rapi perlu untuk memastikan anak Abby Abadi dan Faizal Zakaria terus kuat.

Beberapa hari lalu Abby ada berkongsi yang baby Danial terpaksa bergantung pada mesin pernafasan 90% dan dotor mengesahkan keadaannya 50-50.

Bagaimanapun pasangan ini sangat positif dan sentiasa yakin hanya doa dan pertolongan Allah mampu mengubah segala-galanya.

Terbaru melalui perkongsiannya semalam, Abby menjelaskan keadaan baby Danial nampaknya menunjukkan perkembangan baik.

“Hari ke 12, syukur alhamdulillah. Dalam pada hati tak berhenti menangis teringatkan keadaan kesihatan Baby Danial yang turun naik, siang tadi pergi melawat dia, terubat sikit hati bila tahu Baby Danial boleh tolerate dengan susu badan dan pembuangan pun lancar. Dari hari ini pernafasannya nampak macam stabil sikit..dah turun 65% bergantung pada mesin (semalam 90% guna mesin). Saya dan suami baca sendiri sebab takut nak bersembang dengan doktor)” kongsinya.

Jelasnya lagi, bayi yang lahir pada usia kandungan enam bulan ini semakin kerap menyusu dan dia turut berterima kasih kepada Memey Suhaiza atas pengorbanannya menyediakan bekalan susu ibu buat Danial.

” Tadi…sebelum ke NICU, Hospital Sungai Buloh, nak jenguk Baby Muhammad Danial Firman untuk sesi malam..singgah rumah @normanhakim_786 & @memeysuhaiza ambil susu lagi. Sebab? Sebab susu kita tiap-tiap hari hantar pun tak cukup..tak terkejar Baby Danial minum banyak sekerang. TQ tau Mey, hanya Allah dapat membalasnya. TQ Oman juga sebab bagi keizinan bagi susu pada Baby Danial saya.

“Sempat sembang dengan beberapa orang staff nurse je tadi. Baby Danial pun nampak terjaga baik. Walaupun saya tahu nurse dalam tu sibuk, diaorang tak sempat nak belau baby saya, tapi saya yakin ramai yang mengambil tanggungjawab nakkan yang terbaik untuk baby yang ada di situ termasuklah baby Danial kami. Tak belai pun takpelah.

“Tolong beri perhatian yang sewajarnya pun dah cukup baik untuk baby kami terus bertahan”, tulisnya lagi.

Dia turut berharap agar Allah terus memberikan kekuatan untuk membesar dengan sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN [Baby Danial 90% Bergantung Pada Mesin, Doktor Sahkan 50-50. Mohon Terus Doakan]

Semoga Allah terus kuatkan baby Danial dan dapat membesar dengan jayanya ye sayang. Mama Abah Abang Kakak semua sayang sangat kat Danial dunia akhirat. Tak sabar nak peluk cium Danial sayang. Sekarang tak boleh..

Sebelum ini Abby dimasukkan ke hospital selepas mengalami tekanan darah tinggi sehingga doktor terpaksa membuat pembedahan untuk melahirkan bayinya bagi menyelamatkan nyawa Abby dan bayi dalam kandungannya.

Sumber: ig abby abadi

 

 

 

 

 

 

Published by
Wan Amy