Enggan menanti lebih lama, penyanyi popular, Marsha Milan, tekad untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan zuriat pertamanya bersama suami.
Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed, akui Marsha dia kini terbuka hati untuk mencuba rawatan itu malah sudah berbincang bersama suami.
Akui pelantun lagu Cinta itu lagi, sepanjang perkahwinannya, telah bermacam cara dilakukan termasuklah mendapatkan rawatan tradisional namun masih belum diberikan rezeki.
Malah kata Marsha lagi, dia pernah menyuarakan hasrat untuk punya anak angkat jika rawatan ini tidak mendatangkan hasil.
“Kami sudah berusaha bermacam cara termasuk rawatan tradisional untuk mendapatkan anak sepanjang tempoh perkahwinan.
“Hasil pemeriksaan, doktor beritahu kami sihat dan tiada masalah dari aspek kesihatan untuk mendapatkan anak cuma belum ada rezeki saja lagi,” katanya berkongsi.
Pun begitu kata Marsha, dia menantikan masa yang sesuai sebelum menjalani rawatan itu sedikit masa lagi.
Letak Tangan Atas Peha, Auto Macam Baba Dia, Comelnya Jebat Jayden Berceloteh, Ramai Geram!
Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik, Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Biarpun terpaksa berehat seketika kerana IVF yang memakan masa, namun kata Marsha dia tekad. Semuanya demi zuriat pertama mereka.
“Sebelum ini saya sibuk dengan pelbagai komitmen dan kini selepas semuanya selesai, barulah kami berbincang semula mengenai IVF.
“Maklumlah untuk buat rawatan itu, saya perlu mengambil cuti yang panjang dari aktiviti seni. Insya-Allah, jika semuanya berjalan seperti direncanakan, saya akan mencuba kaedah IVF itu pada tahun ini,” katanya.
Malah kata Marsha lagi, dia juga mempertimbangkan untuk mengambil anak angkat jika segala usaha yang dilakukan untuk mendapat anak sendiri tidak berjaya.
“Suami juga tidak menghalang tetapi buat masa ini, dia tidak mahu saya berfikir sejauh itu. Apapun, saya mohon doa daripada semua peminat semoga impian kami untuk memiliki anak sendiri tercapai tidak lama lagi,” katanya.
Terdahulu, Marsha mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.
Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma