Dah Vaksin & Menyusu Ibu Sepenuhnya Tapi Anak Masih Sakit? Jangan Cepat Salahkan Vaksin

Share

Ramai ibu bapa yang mengadu “anak saya dah complete semua vaksin malah dah ambil kesemua vaksin tambahan dan dia pun menyusu susu ibu sepenuhnya tapi kenapa anak saya masih jatuh sakit?” 

Bila berhadapan dengan situasi seperti ini pasti anda rasa ragu-ragu dengan keupayaan vaksin ataupun susu ibu untuk melindungi anak daripada jangkitan kuman bukan? Sebelum anda meletakkan rasa ragu pada vaksin dan susu ibu baca dulu perkongsian daripada pakar kanak-kanak (pakar pediatrik)

MENGAPA DAH VACCINE & FULLY BREASTFEEDING TAPI ANAK MASIH SAKIT?

Dalam dunia ni terlalu banyak jenis kuman : Virus, bacteria, parasites dan fungus.
Dalam seorang tubuh manusia shj ada kuman beranggaran 10 x ganda jumlah sel tubuh manusia. Sel tubuh manusia ada lebih kurang 10 trillion…means 100 trillion kuman!!!
Bayangkanlah sendiri ye..

Dan semua kuman yg ada ni jumlahnya tak terhitung banyaknya nama2 mereka, semuanya ada pada tubuh manusia dan sekeliling kita.

Kuman2 ni ada yg cuma menumpang, ada yg kuman jahat buat onar (kacau organ tubuh atau dlm darah) menyebabkan keradangan serta demam, ada kuman yg ibarat mcm kawan baik iaitu good bacteria yg bantu tubuh kita fight kuman jahat. Kesemua kuman2 ini ibarat strangers yg menyebabkan sistem imun kita akan kenalpasti, buat coding, hasilkan antibodi, fighting jika dikenali sbg penjahat.

Maka berlaku peperangan dlm tubuh yg menyebabkan kita demam serta simptom simptom lain bergantung kpd bahagian tubuh yg diserang oleh kuman jahat. Jika di paru2 menyebabkan pneumonia…batuk2, demam, sampai klu teruk jadi nafas semput…

Peperangan ini ambil masa berhari2 sehingga tubuh kita berjaya mengalahkan serangan kuman jahat ini. Kadang2 tubuh kita perlukan bantuan ANTIBIOTIC…utk bunuh bakteria jahat yg menyerang.

But, damaged already happened. Lihat shj dikulit bila kena radang, akan ada parutnya bukan? Begitu juga organ lain…namun tubuh kita ada repairing mechanism juga (perbaiki yg rosak). Ambil masa utk sembuh sepenuhnya.

Setelah diserang, tubuh kita telah BELAJAR SESUATU TTG KUMAN JAHAT YG MENYERANG TADI dan menyimpan coding utk kenalpasti kuman tersebut dlm memory cells (simpan data specific setiap kuman). Bila kuman tu serang lagi, senanglah antibodi kita nak fight balik dan mungkin kuman tu mati dulu sebelum sempat rosakkan mana2 bhgn tubuh kita. Mungkin demam2 sekejap aje…

Begitulah konsep vaccine yg MENYERUPAI KONSEP PEPERANGAN SISTEM IMUN DGN KUMAN YG DIBERIKAN MELALUI VACCINE.

Vaccine mengandungi partikel protein sel kuman yg SPESIFIK, atau VIRUS HIDUP yg telah dilemahkan utk sistem imun kita kenalpasti, coding, lawan dgn menghasilkan antibodi2 yg sepatutnya. Memory cell juga akan terhasil menyimpan data tersebut dan sel2 ini juga membiak membawa ingatan terhadap ‘code’ yg spesifik dan sama hingga kita mati. Sbb sel2 ini juga akan mati dan akan ‘pass the code’ kpd sel2 baru yg membiak.

Namun vaccine yang ujud setakat hari ini hanya spesifik kpd 16 jenis shj iaitu Hepatitis B, Diphtheria, Tetanus, Pertusis, Hemophilus Influenza Type B, Polio, Mumps, Measles, Rubella, Pneumococcal, Chicken Pox, Rotavirus, Meningococcal & bigger child Human Papilloma virus, Hepatitis A dan +/- Japanese E. Bukan utk protect against 100 trillion kuman yang ada.

Namun vaccine ini bertujuan mencegah kuman2 yg sangat bahaya dan membawa maut atau kecacatan kpd bayi dan kanak-kanak.

Kuman2 lain ada yg sangat bahaya tapi belum ada vaksin kpdnya.
Tindakan kuman atau partikel2 protein kuman ini mungkin menyebabkan sedikit reaksi, namun, jika dibandingkan reaksi terhadap vaksin lebih selamat dan SANGAT KURANG BAHAYA drpd jangkitan kuman yg sebenar (severe symptoms).

Jadi, klu anak2 kena demam selesema dan dan batuk atau cirit birit…jangan salahkan vaksin dah diberikan tapi masih jatuh sakit.
Sbb besar kemungkinan, kuman lain yg biasa, yg tidak ada vaksinnya yg menyerang tubuh anak2. Tapi, serangan kuman ini perlu diambil secara positive sebagai TRAINING ASKAR TUBUH ANAK2 AGAR LEBIH KUAT UTK FIGHTING hingga berjaya bunuh kuman2 tersebut.

Dan jika sekalipun baby breastfed sepenuhnya, susu ibu tidak ada 100% antibodi kpd beribu trillion kuman atas muka bumi ini.

Maka, jangan pula kecewa jika sudah menyusukan bayi tapi masih sakit dan demam. Kajian menunjukkan risiko dijangkiti kuman yg serius hingga membawa maut itu amatlah rendah berbanding bayi yg minum susu formula. Setakat anak2 alami sakit2 demam batuk selesema, janganlah dituduh susu ibu tak berkhasiat. Kandungan khasiat dalam susu ibu utk elak pelbagai penyakit tiada tandingannya.

Sumber: Dr Pakar Kanak-Kanak Adda

Published by
NuFa