Hati ibu mana tak sedih anak yang kita harapkan pada orang lain untuk dijaga dengan baik sewaktu keluar bekerja rupanya diperlakukan dengan teruk sekali sehingga membuatkan si anak trauma dan takut.
Kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu, Puan Atika Aziz ini boleh dijadikan peringatan kepada semua ibu bapa agar sentiasa peka dan pantau keadaan anak. Bukan kita tak percaya pada pengasuh atau pihak taska tetapi sekurang-kurangnya sentiasa beringat.
Jika dapat pengasuh anak yang baik dan sayang seperti anak sendiri, kira rezeki tapi jika sebaliknya, itu yang paling takut dan minta dijauhkan daripada anak-anak kita.
Menurut Atika, kejadian yang menimpa anak kedua yang berusia setahun baru-baru ini membuatkan dia begitu sedih dan tak sangka sama sekali kerana jika dilihat secara luaran sangat baik keperibadian pengasuh tersebut.
Assalamualaikum.. Baru hari nie ade kekuatan utk cerita apa yg berlaku pd anak kami, Aidin Elliyin.. baru berumur genap 1 tahun..Sampai skrg masih xbole lupa apa yg da jadi.. betapa hancur nya hati!
Baru hantar anak2 3 hari je, dia da buat aidin sampai mcm nie. Kalau x ambik tindakkan awl2, agaknya ambik anak da x bernyawa dibuat nya.
Awal perkenalan bulan 7 2022 – Lepas tmpt kerja skrg open jawatan, sy da mula2 mencari2 pengasuh baru berdekatan dgn tempat kerja.. dgn harapan, kalau dapat kerja baru tu, da bole hantar pada pengasuh baru.. lebih dekat dgn tempat kerja, lebih mudah nk hantar ambik anak2..
Mula mencari melalui satu group pengasuh di fb.. cara dia mempromosikan dirinya sebagai pengasuh membuatkan sy tertarik dan mula ‘add friend’ melalui fb.. mula melihat2 fb nya utk kenal mcm mana personality dia bila di fb.. so far dr posting2 di fb menampakkan orgnya seperti ‘family person & penyayang’.. tp xsangka sumanya hanya palsu!
22 Dec 2022 – Mula dpt surat tawaran utk tempat kerja baru, Alhamdulillah bersyukur sgt2 dan mula mencari2 pengasuh yg berdekatan.. sy pn mula wssap number pengasuh yg pernah sy add friend kt fb tu sbb rumah nya berdekatan dgn tempat kerja baru nie.. hasil risikan tgk fbnya mcm yakin la konon org nya bole jaga ank sy dgn baik dan penyayang..
Saya pn wssap suspek samaada masih ada kekosongan anak asuhan atau tidak.. dia mengatakan yg sekarang dia sudah ada 3 org anak asuhan, takot nnti ambik ramai2 nnti x terjaga, kesian budak2’ dlm hati berkata bagusnya sbb xnak ambil anak asuhan ramai2 sbb nk focus jaga anak asuhan nya.. sy pn mnjawab baik dgn mngatakan tak mengapa, terima kasih.. perbualan terhenti waktu itu..
23 Dec 2022 Keesokkan nya suspek wssap sy semula mgatakan yg mak kpd anak asuhan nya nk berhenti kerja, jd last hntar 2 org anak nya bulan nie.. jd ada kekosongan utk 2 org anak sy..
Sy mgatakan yg sy nk dtg ke rumah dulu utk berkenalan dgn suspek lbih dekat, utk dia kenal2 anak2 jugak sebelum hantar..
Sebelum itu juga sy mula cerita segala pengenalan tentang anak2 sy, siapa nama, umur berapa, mcm mana perangai anak2 dan rutin harian anak2.. anak makan minum mcm mana, mcm mana nk pujuk kalau anak menangis,semunya sy ceritakan.. dgn harapan dia ada gambaran awal mcm mana ank2 sy..
Ads
Sy jugak beritahu berulang2 kali, kalau xbole jaga anak2 sy.. bagi tahu je sy, sy x paksa.. tempat kerja sy dekat, sy boleh ambik anak2 sy.. tp stiap kali sy tanya, suspek akn ckp ‘ank2 ok, cuma adik je menangis, tp kejab je, lama2 da pujuk ok’
26 Dec 2022 Mula dtg ke rumah suspek dan berkenalan dgn lebih dekat.. dr awal pengenalan tu mmg nampak org nya penyayang dan lembut.. tp tu luaran nya la.. dia mula ambik hati aidin dan cuba utk mendekati aidin, walaupn aidin menangis, tp dia x paksa, dia akan cuba ambik hati lg.. lepas aidin da mula mendekati dia, dia siap bawak masuk ke bilik mainan ank2 nya.. dlm posting fb nya sblm nie mmg ade mngatakan ade bilik mainan utk anak2 asuhan nya.. akn ade buat aktiviti2 utk anak2 asuhan..
Masa tu mmg rasa terharu bila tgk dia bermain dgn anak. Dalam hati mgharapkan yg dia akn jaga ank kte dgn baik dan diberikan sepenuh kasih syg mcm anak sendri..
Selepas berbincang, dan mula bersetuju, sy menyatakan yg kami ingin hantar anak2 selama 2-3 hari dlm 3-4 jam utk tempoh percubaan kpd suspek.. samaada suspek sesuai dan bole atau tidak utk menjaga anak2 kami.. disebabkan aidin nie takut dan akan menangis bila dgn org yg dia x kenal, membuatkan kami sgt risau.. tp mmg awal2 sy sudah mmberitahu suspek dan suspek mgatakan ‘biasalah budak2 akn menangis, nnti lama2 ok la tu’..
28 Dec 2022 & 30 Dec 2022 Mula mnghantar anak2 utk tempoh percubaan dr jam 2ptg-6ptg.. utk tempoh percubaan nmpk semuanya ok cuma aidin je akan menangis, dan kami akn tggu dr luar pintu shgga aidin berhenti menangis.. lbh kurang 3-4 minit jgk aidin da berhenti menangis.. dlm hati kami lega sgt dgn harapan suspek pndai utk memujuk..
Waktu tempoh percubaan mmg semuanya indah.. suspek kerap hantar gambar utk report ape yg ank tgh lakukan.. dr gambar pn nampak indah ank2 bermain..
Kami jugak membayar gaji terus utk tempoh percubaan nie.. suspek hanya mintak harga sekian2, tp kami bg lebih dgn harapan dia boleh menjaga ank2 kami dgn baik..
Suspek jgk ade mgatakan segan sbb kami baik sgt, belikan jajan2 utk ank2 nya, mainan, dan bayar lebih dr apa yg diminta.. kami x berkira asal kan bole jaga ank kami bukan pukul mcm nie kt anak kami 😭
Ads
1 Jan 2023 Sy mula bekerja dan hantar anak dgn harapan ade org yg bole jaga anak2 kte dgn baik dan ikhlas ketika kte mencari rezeki.. mak mana yg xtakot, mak mana yg x risau, mak mana yg xnk jaga ank nya sndri 😭
Waktu pg hantar tu mcm biasa aidin akn menangis.. sy jugak akn tggu dr luar pintu smbil tgk jam berapa lama aidin akn menangis.. mmg sama2 ikot menangis la sbb sedeh terpaksa tinggalkan ank.. tp mama terpaksa utk mencari rezeki, mama mintak maaf aidin
Hari pertama suspek xde hntar report tntang anak2 pn, sy mula hairan.. dan sy ada tnya waktu sy free.. suspek mngatakan jgn risau, semuanya ok.. dia pn xnk ggu sy tgh bkerja.. Waktu balik kerja, lps ambk anak2..singgah rumah ibu.. ibu nmpk kepala aidin bengkak lebam.. bila tnya suspek, dia jawab xtahu.. sy cuma ckp xpe sy xmrah, tp kalau ade apa2 bg tahu sy, supaya sy bole monitor ank di rumah.. masa tu ibu yg xsedap hati.. ibu ckp, mne dia bole ckp xtahu, dia jaga, mustahil kepala lebam gitu dia x perasan, xkn aidin x menangis.. masa tu sy xnk bersangka buruk, jd anggap je yg anak sy lasak mungkin..
2 Jan 2023 Masa kt tempat kerja mintak gambar ank2, tp aidin tido mukanya ditutup kan tuala.. dan sepanjang aidin di jaga dr hari first, mesti aidin x pakai baju.. hanya pampers.. dgn alasan panas..sy ckp sy risau kalau aidin xbole bernafas kalau tuala ditutup kt mukanya.. tp suspek mengatakan yg anak sy sendri yg tutup mukanya dan abgnya bising, jd adiknya xbole nk tidur.. kte nie mak nya, lebih kenal ank kte.. kte xpernah togel kan anak kte, dan anak kte bkn jenis ttup muka dgn kain, pakai kan selimut pn xnk, ape tah lg ttup muka dgn tuala
Hari ke 2, muka aidin ade calar2, katanya aidin yg mengaru2 sbb gatal.. tp sy mula curiga sbb kuku aidin baru je ptong 2 hari lepas dan spanjang balik tu, xde nampak pulak aidin menggaru2
3 Jan 2023 (Hari kejadian) Masa hantar aidin waktu nie mmg da xsedap hati nk hntar anak2.. time nie spanjang pergi kerja menangis2 call baba sbb rasa mak x guna sgt sbb kena kerja dan hntar ank2 kt org utk jaga.
Bila waktu balik kerja, ambik ank waktu tu aidin tidur.. masa angkat aidin je.. Ya Allah, bertapa terkejutnya aku, bertapa hancurnya hati aku 😭 kedua2 telinga aidin lebam, pipi kesan seakan dipukul..
Bila ditanya, jawapan yg sama, TAK TAHU 😭 siap bole ckp mana ade merah.. dia ingat aku nie bodoh mcm dia agaknya.. siap berlakon sambil peluk aidin ‘adik, kenapa nie telinga adik’ aku mmg xbole lupa semua tu..
Ads
Time tu mmg xnk tuduh melulu, aku terus ambk ank2 n bwk g hsa..Mmg agak pnjang prosedur d hospital dan aidin kena admit selama 3hari 3malam
Sepanjang kat ward aidin mmg nmpk sgt trauma.. tidur asyik terkejut2 je, bukak mata nk menangis, tp letih, tertidur balik.. kejab2 tersedar terkejut lg.. menangis pn sayu je mcm dlm kesakitan.
Hampir seminggu jgk aidin mcm tu, bila dgr org ckp suara tinggi pn dia akn terkejut.. kami main cak2 pn dia terkejut. Sedih sgt tgk keadaan aidin masa tu. Doktor jgk sahkan yg aidin ‘physically abuse’ .
Hancurnya hati aku, tergamaknya kau buat mcm nie kt anak aku, kejam nya. Laporan polis jgk da dibuat, suspek pn da mengaku, katanya ’TERCUBIT’ sbb firstday period.. anak sy xberhenti menangis..
Supek cuma ditahan reman 3hari kot, skrg da bebas di luar sana..Tp kes masih dlm siasatan pihak polis dan akan naik ke mahkamah.. Cuma mcm mana progress kes aidin, sy masih kurang jelas..
Sy cuma nak kan keadillan utk anak sy! Anak sy xmampu dan xkuat utk protect diri dia sendri, sy sebagai mak nya yg kena protect utk dirinya atas apa yg suspek da lakukan terhadap dia.
Sampai skrg kalau ingat, aku akn menangis.. terpikir mcm mana la keadaan aidin masa dia kena pukul tu.. xde siapa yg dpt bantu aidin masa aidin menangis kesakitan dipukul, dipulas masa tu. Mesti dia menangis meraung2 dgn harapan ‘Mama tolong adik’ Ya Allah, mama mintak maaf aidin 😭
Kongsi Atika lagi, dia masih bernasib baik kerana anak sulung tidak diperlakukan seperti adiknya. Mungkin sebab abang dah boleh bawa diri dan bermain sendiri berbanding adik yang belum tahu apa-apa.
“Selepas kejadian tersebut, mak saya terpaksa ambil cuti untuk jaga anak-anak sebelum kami dapat pengasuh baru yang juga kawan kepada mak mertua.
“Kini apa yang diharapkan adalah keadilan. Jika benar salah, berilah pengajaran kepadanya agar anak orang lain tak kena nasib yang sama seperti anak saya,” katanya.
Dugaan buat selebriti, Rafidah Ibrahim yang diuji dengan kehamilannya yang mengalami pendarahan serta tidak stabil. Namun akuinya dia reda dengan setiap ketentuan Allah SWT untuk kehamilan kali keduanya ini.
Rafidah sebelum ini mengumumkan hamil 3 bulan biar pun mengalami pendarahan dan kandungannya yang kurang stabil.
Terbaru menerusi Instagramnya, Rafidah berkongsi perkembangan terkini kandungannya yang masih lagi mempunyai denyutan nadi.
Pun begitu katanya, semuanya bergantung kepada kuantiti air ketubannya yang diharapkan bertambah serta bukaan serviks di kala usia kandungannya masih baru.
“Hari ni pergi check lagi. Nadi baby masih ada denyutan, buah pinggang baby pun ok. Cuma bila check serviks terbuka sikit & air ketuban sikit sangat kat mana air ketuban sangat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.
“Jika tak, ruang di dalam akan jadi sempit dan tak bagus untuk perkembangan bayi.
“Hari ni saya ditahan di wad untuk pihak hospital pantau dalam tempoh beberapa hari ni,” luahnya berkongsi.
Pun begitu, berat bagi Rafidah dan suaminya bila mana terpaksa membuat keputusan melihatkan perkembangan bayi di dalam kandungannya.
Jika air ketuban tidak bertambah, dikhabarkan bayi di dalam kandungan terpaksa dilepaskan dan inilah saranan doktor.
“Sekiranya ada perubahan di mana selaput di serviks tertutup semula & air ketuban bertambah balik, InsyaAllah kandungan ini boleh diteruskan.
“Tapi jika sebaliknya, saya dan suami perlu membuat satu keputusan yang sangat berat iaitu terpaksa merelakan pemergian bayi ini.
“Sebak dan tak terucap waktu sampaikan berita ni pada suami yang sedang menunggu di luar. Walau apa sekali pun, saya dan suami sentiasa mengharapkan keajaiban Allah dan dalam masa yang sama kami perlu bersedia dan redha pada segala kemungkinan.
“Allah Maha Besar. Dia jauh lebih mengetahui yang terbaik dalam kehidupan kami,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada Shahzemir Shahzulkarib ini turut mengharapkan doa dari semua agar kehamilannya kali ini dapat bertahan dengan baik serta dipermudahkan Allah.
“Esok pagi sekali lagi saya akan diperiksa oleh doktor pakar.
“Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati kita semua.
*Walaupun pelbagai ujian yg perlu ditempuhi, yakin bahawa Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya. Belum dikatakan beriman selagi seseorang itu belum diuji. Alhamdulillah a’la kulli hal. #bersangkabaik #sabarituindah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Rafidah dan suaminya mendirikan rumah tangga pada Mei 2021. Rafidah sebelum ini pernah keguguran sebelum sekali kali mengumumkan kehamilan keduanya.
Penghijrahan Datin Lisa Surihani mendapat perhatian ramai. Banyak yang memuji penampilannya sekarang yang cukup manis berhijab. Selain itu, pelakon cantik ini juga banyak menghadiri kelas agama bersama rakan-rakan selebriti yang lain.
Suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim memberitahu penghijrahan Lisa adalah kehendak dirinya sendiri. Dia juga tidak pernah menghalang atau memaksa isterinya untuk melakukan penghijrahan sebesar itu.
Yusry turut memberitahu setiap apa keputusan isterinya tidak dilarang melainkan perkara yang tidak elok. Namun katanya, dia bersyukur dengan setiap perubahan Lisa.
Penyanyi dan pengarah terkenal ini juga tidak mahu mengambil ‘kredit’ di atas penghijrahan isterinya.
“Ada segelintir warganet yang beranggapan penghijrahan Lisa ini adalah kerana suami, walhal saya hanya merestui apa yang dibuat oleh isteri saya.
“I don’t want to take a credit for benda-benda yang orang lain buat. Macam ada orang kata bagus lah Yusry pandai jaga dan didik isteri.
“Saya cuma merestui dan it’s all about communications.”
Bercerita tentang keputusan Lisa untuk berhijab, Yusry memberitahu ia berlaku semasa mereka baru pulang dari mengerjakan umrah. Lisa ada menyuarakan hasratnya untuk memakai hijab sebelum menunaikan umrah dan meminta pendapatnya.
Tidak mahu memaksa, Yusry mengatakan jika sudah tiba masa dan isterinya itu mahu berhijab, buatlah. Namun Yusry menitipkan pesanan agar isterinya memakai hijab bukan kerana mahukan pujian atau perhatian orang.
Tidak mahu isterinya melakukan penghijrahan mengenakan hijab kerana orang lain, Yusry tidak mahu suatu hari nanti isterinya buka tudung semula.
“Jadi benda tu saya dah nasihatkan dan make sure it is final. So, bila balik umrah tu Lisa kata YES! It is final. So, Alhamdulillah.”
Melihat penghijrahan Datin Lisa Surihani sememangnya memberi inspirasi kepada kita semua. Dengan sokongan dari suami, mudah-mudahan Lisa dan kita semua yang melakukan perubahan terbaik dalam hidup akan terus bersemangat dan istiqamah.
Jika mahu dilentur buluh, biarlah dari rebungnya. Benarlah kata bidalan, untuk mendidik anak-anak seharusnya seawal usia mereka masih kecil lagi. Dengan asuhan yang betul, peribadi anak dapat dibentuk dengan baik.
Tidak kira status mahupun latar belakang, didikan ibu ayah sangat penting bagi memastikan anak-anak menjadi individu cemerlang dan sentiasa terbaik dalam apa jua yang mereka lakukan.
Dato’ Sri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Sri Nur Shahida tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasangan usahawan terkenal ini sangat dikenali bukan kerana kejayaan mereka dalam bisnes tetapi juga didikan yang diterapkan pada anak-anak.
Tidak memanjakan anak-anak dalam kemewahan, mereka lebih selesa untuk membesarkan anak-anak dalam kesederhaan. Mereka juga sering mengajar anak-anak untuk melakukan kerja rumah biarpun mereka mempunyai pembantu.
Salah seorang anak pasangan ini, Qadejah El Zahra, sangat disukai warganet kerana dapat dilihat dia seorang yang merendah diri dan gemar memasak. Malah menurut mereka, Qadejah atau lebih mesra disapa sebagai Cess nampak sangat mahir dan tidak kekok berada di dapur.
Salah satu video yang dikongsikan oleh Datin Sri Shahida di laman IG menunjukkan Cess sedang menyediakan masakan udang telur masin. Bermula dengan menggoreng udang sehingga menyediakan bahan tumisan untuk menu itu, Cess nampak sangat selesa.
Step by step masakan yang dikongsikan itu juga sangat mudah untuk diikuti terutama untuk orang yang baharu belajar memasak. Di penghujung video, Cess sedang memegang hasil masakannya ketika anak sulung Dato’ Sri Aliff dan Datin Sri Shahida, Ammar Ahyan datang dan mengambil udang itu darinya. Mesti abang suka sangat bila adik masak kan!
Memang seronok tengok kelincahan Cess di dapur, biarpun baru saja berusia 13 tahun tetapi sangat pandai memasak. Memang kagum dengan ibu ayah yang melatih anak-anak untuk membuat kerja rumah sejak kecil. Itulah yang dapat melatih anak untuk lebih berdikari dan menghargai setiap yang mereka ada.
Gelagat comel anak pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza iaitu Isaac Raees sering kali mencuri tumpuan wargamaya dengan kepetahannya.