Siapa yang tidak berbangga dengan pencapaian anak-anak kita. Melihatkan perkembangan anak yang sudah mampu mempamerkan kebolehan sendiri pastinya membuatkan hati merasa gembira.
Pelakon, Anzalna Nasir turut berkongsi perkembangan terkini anak sulungnya, Mohammad Eidrees yang sememangnya cukup bijak.
Jika sebelum ini Eidrees pandai mengalunkan zikir dan mengaji, kali ini si comel Eidrees tampil mengira dan menyanyi dalam bahasa Perancis pula. Bijaknya Eidrees.
Menerusi Instagramnya, Anzalna turut berkongsi satu video ketika Eidrees mengira. Pandai!
“Cepatnya membesar. Selain berzikir dan mengaji. Eidrees can count and sing in French.
“Hes a very shy boy susah nak ambil video. Nasib tak tercekik laici tu! hahahahhahah #23MonthsOld,” kongsi Anzalna.
Baru menjangkau usia dua tahun, kebolehan Eidrees sememangnya harus dipuji. Berkat didikan hebat dari ibu dan ayahnya saban hari.
Malah ada juga warganet yang meminta Anzalna berkongsi tip mengajar anak pelbagai bahasa pada usia sebegini. Namun kata Anzalna menerusi ruang komen, memaksa anak bukanlah cara tepat.
“Budak cepat belajar tetapi jangan paksa,” kongsi Anzalna lagi menerusi ruang komen.
Meninjau di ruangan komen, warganet turut menyifatkan Eidrees sememangnya anak yang cepat belajar dan bijak dalam serba serbi.
Pada usianya baru menjangkau setahun lebih, Anzalna turut memuat naik video Eidrees yang asyik berzikir dan mengaji. Aksi comel Eidrees itu ternyata mendapat perhatian seluruh pengikut Anzalna di Instagram. Bukan hanya aksi pandai berzikir bahkan gaya kusyuknya sampai geleng kepala dengan mata tertutup itu buat wargamaya naik geram.
Rata-rata memuji kepandaian Eidrees berzikir dan cara didikan Anzalna pada anaknya. Semoga Eidrees menjadi anak soleh yang membahagiakan ibu dan ayahnya bila besar kelak.
Mohammad Eidrees merupakan cahaya mata sulung Anzalna bersama suaminya, Hanif Zaki. Mereka mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @anzalnanasir88